Penularan berita palsu termasuk fitnah dimulakan oleh pembangkang untuk meraih undi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pembangkang dilihat semakin ketandusan isu relevan untuk meraih sokongan sekali gus menggunakan berita palsu selain fitnah yang memburukkan imej pemimpin UMNO.
"Politik di Malaysia telah dicemari dengan gejala fitnah dan pembohongan fakta secara terancang dilakukan pembangkang.
"Mereka (pembangkang) yang memainkan cerita bohong dan palsu supaya rakyat menolak UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN)," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
BACA: Kerajaan komited temui pihak berkepentingan bincang isu berita palsu
BACA: Undang-undang berita palsu tidak bermotifkan politik - Salleh
Beliau mendakwa, pembangkang tidak akan 'hidup' jika tidak bermain dengan cerita fitnah dan pembohongan.
"Oleh sebab itu, pembangkang secara terbuka menolak cadangan kerajaan untuk mewujudkan satu undang-undang baru bagi mengekang berita fitnah di negara ini.
"Bagaimanapun, rakyat negara ini tidak selamanya bodoh untuk menelan segala cerita bohong pembangkang," katanya.
Menurut Syed Ali, penyebaran berita fitnah memuncak apabila aplikasi media sosial digunakan secara meluas terutama setiap kali menjelangnya pilihan raya umum (PRU).
"Selepas PRU13, berita-berita palsu dan serangan fitnah diperhebatkan oleh pembangkang sehingga mengelirukan masyarakat umum.
"Apa sahaja kebaikan dilakukan kerajaan sengaja diputarbelitkan dengan fakta pembohongan. Pembangkang memutarkan fakta yang dipalsukan untuk mengalih perhatian rakyat," ujarnya.
Menjelang PRU14 tambah beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, pembangkang mula mempertingkatkan serangan fitnah terutama terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Pembangkang mengunakan serangan fitnah terhadap Najib kerana mereka tidak ada cara lain lagi untuk menumbangkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.
"Malah, kehidupan peribadi keluarga Perdana Menteri termasuk Datin Seri Rosmah Mansor dijadikan fokus utama untuk difitnahkan secara terancang.
"Pembangkang termasuk pihak berkepentingan mensasarkan Rosmah dengan pelbagai tuduhan tidak berasas selain penghinaan dan cacian keterlaluan," tegasnya.
Syed Ali turut meramalkan, serangan fitnah dan cerita pembohongan akan menjadi bertambah hebat apabila PRU14 semakin hampir.
"Pembangkang akan menyebarkan pelbagai maklumat palsu, memfitnahkan salah laku pemimpin dan mengaktifkan berita-berita tidak berasas menerusi media sosial," jelasnya.
Syed Ali juga menyentuh mengenai konflik terbaru Pakatan Harapan di Selangor yang masih berebut kerusi PRU dengan menyifatkannya sebagai gila jawatan.
"Sesama mereka masih tidak ada titik persamaan, masing-masing gilakan jawatan sebagai YB, inilah kerja pembangkang di Selangor," ujarnya.
Dalam perkembangan mengenai penarikan balik pingat dan darjah kebesaran terhadap dua pemimpin AMANAH di Kelantan oleh pihak istana negeri itu, Syed Ali menjelaskan perkara tersebut merupakan hak sepenuhnya istana.
"Tak perlu kita campur, itu hak dan kuasa istana Sultan Kelantan, apa pun sebagai rakyat kita perlu hormati," katanya.
Astro Awani
Thu Feb 08 2018

SYED ALI: Pembangkang termasuk pihak berkepentingan menyasarkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pelbagai tuduhan tidak berasas selain penghinaan dan cacian keterlaluan. - Gambar fail

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

MCA dakwa ada parti dalam PH cuba gunakan media beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa terdapat usaha daripada beberapa parti dalam PH yang menggunakan media bagi memberi tekanan kepada MCA supaya keluar daripada BN.

Chow Kon Yeow kekal terajui Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Amanah Perak beri laluan kepada BN letak calon di PRK Ayer Kuning
Amanah Perak turut memulakan persiapan awal menyusun jentera bagi memastikan calon BN kelak mengekalkan kemenangan di Ayer Kuning.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking
Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).