KUALA LUMPUR: Pucuk pimpinan UMNO perlu menggalas tanggungjawab besar untuk mengurus persepsi akar umbi dan rakyat susulan tindakan pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin dan ahli parti itu.
Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, beliau secara peribadi berpandangan ramai yang terkejut dan sedih dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada Jumaat malam.
"Sudah tentu kena urus peringkat ahli parti dan peringkat rakyat secara umum. Saya rasa ini satu tanggungjawab yang besar untuk pucuk pimpinan melihat pada persepsi dan apa yang berlaku di bawah.
"Di peringkat negeri Johor, saya ingin menekankan fokus membangunkan negeri Johor dengan semangat perpaduan Bangsa Johor. Kita nak jadikan Johor sebuah negeri maju menjelang 2030," katanya dalam satu rakaman video yang diberikan media, pada Sabtu.
BACA: KJ keterlaluan, Hishammuddin tidak serik belakang parti - Puad Zarkashi
Pada Jumaat malam, UMNO memecat bekas Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar.
Beberapa pemimpin lain pula digantung selama enam tahun antaranya Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presidennya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.
Turut digantung keahlian selama enam tahun ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Fathul Bari Mat Jahya, bekas Ahli Parlimen Jempol Datuk Salim Mohd Sharif, dan Ketua Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang.
MKT UMNO juga bertindak memecat lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO bahagian Tanjong Karang serta 26 ahli UMNO dari Pahang.
Antara kesalahan mereka adalah menjadi calon bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN) dan membantu parti lawan ketika PRU15.
Hasimi Muhamad
Sat Jan 28 2023
!['Pembersihan' UMNO: Tanggungjawab besar pucuk pimpinan urus persepsi di bawah - Onn Hafiz 'Pembersihan' UMNO: Tanggungjawab besar pucuk pimpinan urus persepsi di bawah - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674886671_OnnHafizJohor.jpg)
Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau secara peribadi berpandangan ramai yang terkejut dan sedih dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada Jumaat malam. - Gambar AWANI
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Lompat parti disifatkan proses pemutihan UMNO Lompat parti disifatkan proses pemutihan UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/71545207331_PerundinganIslam.jpg)
Lompat parti disifatkan proses pemutihan UMNO
Situasi keluar parti dalam kalangan pimpinan UMNO ketika ini tidak menggugat kekuatan parti itu sebaliknya dilihat mampu memperkukuh parti itu pada masa depan.