Sesiapa juga ahli dari bekas UMNO boleh mencuba nasib dalam pemilihan julung kali parti Bersatu pada bulan hadapan, tetapi ia hanya jika mereka bebas daripada "perbuatan jenayah", kata pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Mengikut peraturan mereka tidak boleh bertanding, tetapi kita memberi pengecualian dalam kes tertentu, yang tidak terbabit dalam sebarang perbuatan jenayah.
"Pada umumnya mereka tidak dibenarkan tetapi mungkin ada kes istimewa yang kita akan pertimbangkan," kata Perdana Menteri selepas melawat Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Berhad di sini, pada Isnin.
Beliau ditanya bagi mengulas mengenai kemungkinan ahli dari bekas UMNO bertanding dalam pemilihan parti itu seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Tan Sri Syed Hamid Albar.
Sesiapa yang telah menjadi ahli selama setahun atau lebih boleh bertanding.
Pada awalnya, mesyuarat agung tahunan cawangan dan bahagian Bersatu akan diadakan mulai 25 Jan hingga 4 April tetapi kini diarah diadakan dari 15 Feb-18 April berikutan beberapa masalah dalam pendaftaran ahli-ahlinya.
Bagaimanapun, laporan itu menyebut, tidak akan ada perubahan berhubung mesyuarat agung tahunan Bersatu, yang dijadual diadakan mulai 26-28 Jun.
Bersatu mempunyai 377,057 ahli dari 2,946 cawangan di seluruh negara.
Ditanya kemungkinan wujudnya calon yang berkempen pada pemilihan termasuk menggunakan elemen hiburan bagi meraih sokongan, Dr Mahathir berkata golongan seperti ini tidak sepatutnya dilayan.
"Mereka yang nak pegang jawatan tentu akan berkempen senyap atau terbuka. Kita nak supaya mereka yang bertanding hendaklah mereka yang betul-betul bersemangat, bukan nampak peluang untuk nampak jadi ketua bahagian, supaya mereka akan jadi calon pada masa hadapan. Orang macam ini kita tak akan beri layanan sama sekali," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 14 2020

Dr Mahathir diminta mengulas mengenai kemungkinan ahli dari bekas UMNO bertanding dalam pemilihan parti itu seperti Mustapa Mohamed dan Syed Hamid. - Gambar fail
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

UMNO belum terima permohonan bekas ahli - Ahmad Zahid
UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.

UMNO, PH belum bincang berhubung hasrat bekas ahli UMNO sertai PH
Pucuk pimpinan PH belum berbincang dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengenai hasrat itu.

Bekas ahli mahu sertai semula UMNO perlu lalui tapisan - Ahmad Zahid
Bekas ahli UMNO yang ingin menyertai semula parti itu perlu melalui beberapa peringkat tapisan, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

16 bekas ahli UMNO cabar keputusan RoS, bukan keputusan parti politik
Peguam mereka Mohamed Haniff Khatri Abdulla berhujah bahawa kesemua ahli UMNO terbabit bukan mencabar keputusan dalaman parti politik itu secara langsung.

Pemilihan Bersatu: Hanya ahli bekas UMNO yang bersih boleh bertanding - Dr Mahathir
Mengikut peraturan, mereka tidak boleh bertanding, tetapi kita memberi pengecualian dalam kes tertentu, yang tidak terbabit dalam sebarang perbuatan jenayah, kata Dr Mahathir.

Bekas ahli UMNO yang tiada kes mahkamah boleh sertai Bersatu - Tun Mahathir
Pengerusi Bersatu itu berkata partinya hanya mempelawa ahli yang tidak terlibat dalam sebarang masalah seperti menghadapi kes di mahkamah.

Ahli Bersatu jangan bimbang, kami tak nak jawatan! - Mas Ermieyati
Arahan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau dan bekas pemimpin UMNO lain tidak diberi jawatan sehingga PRU15 perlu dihormati.