Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata parti itu akan memberi tumpuan terhadap pemilihan semula, seperti yang dicadangkan oleh RoS (Pendaftar Pertubuhan).
Beliau berkata pemilihan semula akan bermula di peringkat cawangan MIC yang akan diadakan pada pertengahan bulan depan.
"Kita diberi satu tanggungjawab di bawah cadangan RoS iaitu mengadakan pemilihan semula dan kita akan buat itu saja," katanya kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Denggi ASEAN 2015 Peringkat Kebangsaan, di sini Rabu.
Dr Subramaniam turut menegaskan bahawa beliau masih lagi ahli MIC yang sah dan pemecatan seperti yang dibuat oleh presiden Datuk Seri G.Palanivel semalam adalah tidak sah kerana Palanivel bukan lagi ahli MIC.
"Seperti dalam perlembagaan parti, kalau seseorang membawa apa-apa isu ke mahkamah, yang bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC), mereka secara sendiri orang berkenaan kehilangan keahlian.
"Keputusan CWC ialah untuk mematuhi saranan RoS," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Dr Subramanian, yang juga Menteri Kesihatan, berkata kematian akibat denggi meningkat kepada 141 dalam tempoh Januari hingga 3 Jun lepas, berbanding 70 kematian dalam tempoh yang sama tahun lepas.
"Kematian akibat denggi berlaku kerana perubahan serotaip di mana setiap kali berlaku perubahan serotaip, jumlah kes akan bertambah.
"Dulu serotaip Den 2 yang paling banyak kes, tahun ini serotaip Den 1 yang paling banyak kes dan kami meramalkan kes denggi akan meningkat lagi," katanya.
Beliau berkata dalam usaha menangani penularan kes denggi ini, masyarakat tidak boleh mengharapkan tindakan daripada kerajaan semata-mata.
"Masyarakat perlu ada kesedaran yang tinggi untuk menjaga kebersihan dalam usaha mengawal penularan denggi.
"Khususnya mereka yang tinggal di rumah-rumah pangsapuri kos rendah kerana kawasan takungan air yang banyak dan kepadatan penduduk yang tinggi," katanya.
Dari segi penguatkuasaan, Dr Subramaniam berkata pihak kementerian akan memberi tumpuan kepada tapak-tapak pembinaan, di mana notis amaran akan diberikan kepada pemilik tapak pembinaan dan jika tiada perubahan dalam seminggu, tindakan menutup tapak pembinaan yang terlibat akan dilakukan.
"Sebelum ini kita hanya buat kompaun, tetapi kebanyakan pemilik tapak berupaya membayar kompaun walaupun banyak kali dikenakan kompaun.
"Jadi kami dapati penutupan tapak pembinaan lebih berkesan," katanya.
Bernama
Wed Jun 17 2015

SUBRAMANIAM: Pemilihan semula akan bermula di peringkat cawangan MIC yang akan diadakan pada pertengahan bulan depan. -Gambar fail

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

Ahli Dewan Negara, Sivaraj dipecat dari CWC MIC
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk C Sivaraj dipecat sebagai ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC berkuatkuasa 11 Mei lalu.

Klopp sukar luah rasa bangga dengan kata-kata
Kedua-dua pasukan buntu untuk menghasilkan jaringan sepanjang 90 minit tetapi Roberto Firmino akhirnya menamatkan kekentalan pasukan dari negara asalya itu pada minit ke-99.

Rusia dalang sebenar serangan senjata kimia di Syria - AS
Amerika Syarikat menegaskan Rusia adalah negara yang perlu dipersalahkan dalam insiden serangan senjata kimia di Syria.

Sothinathan dilantik ahli CWC tanda perdamaian - Presiden MIC
Pelantikan Sothinathan bertujuan untuk memperbaiki semula hubungan dalam kalangan anggota MIC susulan persengketaan dengan bekas presiden Datuk Seri G. Palanivel.

Pemilihan MIC: Kamalanathan umum pertahan jawatan CWC
P. Kamalanathan mengumumkan akan mempertahankan jawatan beliau dalam Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC pada pemilihan parti itu nanti.

Dr Subramaniam dipilih sebagai Presiden MIC yang baharu
Dr. Subramaniam diisytiharkan memenangi jawatan itu selepas tiada calon lain mencabarnya.

Amaran pada ahli parti MIC: Jangan hadir mesyuarat atau jumpa Palanivel - Saravanan
Menurut Saravanan, ahli perlu akur dengan arahan itu demi mengelakkan kekeliruan sesama ahli parti dan rakyat Malaysia.

'Hanya pencalonan cawangan diadakan CWC Interim MIC 2009 adalah sah'
Hanya pencalonan peringkat cawangan yang diadakan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim MIC 2009 adalah sah, kata Pemangku Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam.

Subramaniam hantar minit mesyuarat palsu kepada RoS - Sothinathan
Menurut perkara 56.2 Perlembagaan MIC, hanya Setiausaha Agung parti boleh memanggil mesyuarat CWC di atas arahan presiden parti dan setakat ini tiada permintaan bertulis diterimanya.

Palanivel: Pemilihan semua jawatan MIC bulan Julai
Bekas Presiden (MIC) Datuk Seri G. Palanivel mendakwa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) 2009 dipengerusikannya akan mengadakan pemilihan parti bagi semua jawatan bulan depan.