Beliau turut mengulangi pendirian Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk memberi kebebasan kepada pucuk pimpinan dalam memutuskan sama ada jawatan presiden dan timbalan presiden akan dipertandingkan dalam pemilihan yang berlangsung Mei depan.
"Kita tunggulah usul serta cadangan daripada akar umbi sama ada jawatan itu akan dipertandingkan atau tidak kerana ini ialah parti yang bersifat demokratik.
"Saya tidak terlibat dalam keputusan tersebut kerana tugas saya hanyalah melaksanakan serta memastikan sistem pemilihan dan kongres berjalan lancar," kataTimbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu pada sidang media selepas mengadakan Ops Kita Gempur di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan PKR telah memutuskan pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat, Majlis Pimpinan Wanita Pusat, dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat bagi sesi 2025-2028 akan diadakan pada 24 Mei ini.
Selain itu, pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang, dan Angkatan Muda Keadilan Cabang pula ditetapkan pada 11 hingga 20 April.
Pada 1 Feb lepas, Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin berkata cadangan untuk tidak mempertandingkan kedua-dua jawatan tertinggi parti itu adalah berdasarkan beberapa pandangan daripada proses rundingan dalaman yang telah diadakan sebelum ini.
-- BERNAMA
