KUALA LUMPUR: Hanya keputusan pertandingan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan sayap parti itu yang belum boleh dimuktamadkan pada malam ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Beliau berkata ini kerana terdapat lapan lagi bahagian belum menghantar keputusan undian mereka kepada Ibu Pejabat UMNO.
Menurut Shahrir persaingan bagi jawatan itu sangat sengit dengan hanya enam undi memisahkan Mohd Hairi Mad Shah yang memperoleh 85 undi dan Ikmal Hazlan Ikmal Hisham dengan 79 undi setakat 8 malam ini.
"Menunggu kepastian kerana perbezaan antara tempat pertama dan tempat kedua (buat masa ini) hanyalah enam undi. Jadi maknanya kalau ada lagi lapan bahagian (yang masih belum hantar) ia boleh mengubah keadaan," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Menara Dato' Onn di sini malam ini.
Shahrir bagaimanapun berkata keputusan bagi jawatan Ketua Pemuda dan jawatan-jawatan bagi sayap Wanita dan Puteri UMNO sudah boleh ditentukan pada malam ini, walaupun secara tidak rasmi.
Katanya, di peringkat Wanita, Datuk Dr Noraini Ahmad berjaya mempertahankan kedudukannya yang dicabar Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil manakala Norliza Abdul Rahim turut mempertahankan jawatannya sebagai Naib Ketua Wanita.
Untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO pula, Dr Muhamad Akmal Salleh menang selesa dengan 119 undi setakat ini berbanding 50 undi diraih pencabar terdekatnya, Mohd Shahar Abdullah.
Shahrir berkata, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berjaya memenangi jawatan Ketua Puteri UMNO dan Naib Ketua sayap itu adalah Siti Sokhleha Nordin.
Menurut Shahrir keputusan rasmi berkenaan kesemua jawatan tersebut akan diumumkan pada satu sidang media pagi esok (13 Mac).
Sementara itu, Shahrir memaklumkan pihaknya menerima bantahan keputusan bagi jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah dan pemilihan bagi jawatan itu akan diadakan semula sebelum 17 Mac ini.
Katanya, ia selaras dengan prinsip parti yang memberi masa tiga hari kepada mana-mana perwakilan untuk mengemukakan bantahan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023

Shahrir berkata ini kerana terdapat lapan lagi bahagian belum menghantar keputusan undian mereka kepada Ibu Pejabat UMNO.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

UMNO Selangor ambil alih proses pemilihan sayap wanita Tanjong Karang
Sulaiman berkata, pemilihan yang diadakan pada 27 Julai ini diharap berjalan lancar dan dalam keadaan terkawal.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru 27 Mei ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Abdul Halim berkata, lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir Samad.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawab mengendalikan pemilihan.

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.

"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.

Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.