KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil menerima kekalahan dengan hati terbuka dalam perebutan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO.
Shahrizat dalam kemas kini di laman Facebook pada Ahad malam, turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad kerana berjaya mengekalkan jawatan itu.
Beliau berharap Noraini akan membawa Wanita UMNO ke satu tahap yang lebih cemerlang.
"Saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Noraini atas kemenangan beliau dan mengekalkan selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia.
"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Datuk Norliza Rahim yang telah berjaya mengekalkan jawatan beliau selaku Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia dan juga kepada barisan Exco Wanita UMNO Malaysia," katanya.
Mengulas lanjut, bekas Ketua Wanita UMNO itu berkata, beliau berasa bertuah kerana diberi peluang untuk meraikan demokrasi dalam UMNO.
"Saya rasa seronok setiap minit masa saya bersama Wanita UMNO dan berhubung semula dengan mereka serta ahli parti yang lain
"Walaupun tiada rezeki (menang), tetapi saya pasti ada hikmah dengan keputusan ini,” ujarnya.
Terdahulu, Noraini yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi memperoleh 106 undi daripada 189 bahagian, manakala Shahrizat memperoleh 70 undi sekali gus cubaan beliau untuk kembali menerajui Ketua Wanita UMNO tidak kesampaian.
Shahrizat sebelum ini mengumumkan persaraan daripada arena politik pada 2018 iaitu selepas 11 tahun memimpin sayap wanita parti Melayu itu.
Astro Awani
Sun Mar 12 2023

Shahrizat dalam kemas kini di laman Facebook pada Ahad malam, turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Noraini Ahmad kerana berjaya mengekalkan jawatan itu. - Foto FB Shahrizat Jalil
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

UMNO Selangor ambil alih proses pemilihan sayap wanita Tanjong Karang
Sulaiman berkata, pemilihan yang diadakan pada 27 Julai ini diharap berjalan lancar dan dalam keadaan terkawal.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru 27 Mei ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Abdul Halim berkata, lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir Samad.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawab mengendalikan pemilihan.

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.

"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.

Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.