KUANTAN: Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara enam ketua bahagian di negeri ini yang menang tanpa bertanding pada pemilihan parti kali ini.
Perkara itu disahkan Wan Rosdy selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini, yang memaklumkan ia ekoran tiada pencalonan lain diterima bagi pertandingan jawatan itu apabila tempoh tutup pada 26 Feb lepas.
Ini sekali gus menjadikan Wan Rosdy kekal menerajui Bahagian Cameron Highlands, Ismail Sabri di (Bera) manakala Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Lipis).
Turut menang ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun (Bentong), bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (Kuala Krau) dan Setiausaha UMNO Pahang Datuk Seri Ab Hamid Mohd Nazahar (Kuantan).
Sementara itu, mengulas mengenai pertandingan kerusi naib presiden UMNO yang mana beliau adalah seorang daripada tujuh yang menawarkan diri, Wan Rosdy berharap perwakilan akan membuat keputusan bijak untuk kebaikan parti.
"Semua yang menawarkan diri ada kekuatan sendiri dan merasakan layak untuk bertanding serta mempunyai hala tuju masing-masing dan dalam pertandingan, pasti ada kalah menang.
"Kita kena bersifat terbuka bila keputusan sudah dimuktamadkan dan tidak boleh salahkan sana sini kerana ini adalah demokrasi...sudah tentu perwakilan mempunyai asas dan sebab tertentu dalam menentukan siapa yang mereka mahu," katanya.
Wan Rosdy juga berharap semua pihak termasuk bagi pertandingan di Pahang untuk berkempen secara sihat dengan 'memasarkan' diri mereka sebaiknya dan bukanya 'mengata orang' bagi memelihara keharmonian parti.
Selain Wan Rosdy, turut menawarkan diri untuk bertanding merebut tiga jawatan naib presiden ialah dua penyandangnya iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Mereka yang lain ialah Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Ahli Parlimen Simpang Renggam Datuk Seri Hasni Mohamad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) yang juga Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara enam ketua bahagian di negeri ini yang menang tanpa bertanding. - Fail/Astro AWANI
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

UMNO Selangor ambil alih proses pemilihan sayap wanita Tanjong Karang
Sulaiman berkata, pemilihan yang diadakan pada 27 Julai ini diharap berjalan lancar dan dalam keadaan terkawal.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru 27 Mei ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Abdul Halim berkata, lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir Samad.

Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawab mengendalikan pemilihan.

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.

"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.

Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.