Pemimpin dan anggota PKR digesa memperkukuh barisan untuk bersama-sama mengusahakan agenda baharu pasca 9 Mei (509) demi kepentingan parti, Pakatan Harapan (PH) dan Malaysia amnya selepas pemilihan parti itu yang akan bermula pertengahan bulan ini.
Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Gooi Hsiao Leung berkata parti itu amat memerlukan agenda pembaharuan dan hala tuju yang baharu selepas pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.
"Kita harus sedar yang kita ada tanggungjawab besar, bukan sahaja terhadap parti kita tetapi juga negara kita khususnya selepas 509 kerana keputusan daripada pemilihan parti kita akan memberi kesan kepada kerajaan PH," katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad.
Merujuk kepada percakaran terbuka calon timbalan presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli, beliau berkata pertelingkahan kedua-dua pemimpin PKR itu hanya melemahkan PH.
Mengulas lanjut Gooi berkata pemilihan parti tidak harus menjadi pertandingan personaliti, sama ada seseorang menyokong Rafizi atau Azmin.
"Matlamat pemilihan parti ialah agar kita dapat menjadi sebuah parti yang lebih kuat dan bersatu, bukan berpecah, untuk merealisasikan agenda pembaharuan pasca 509 iaitu menjadikan PH lebih kuat supaya ia dapat memberi sepenuh tumpuan kepada memenuhi mandat yang diberi rakyat Malaysia Baharu," katanya.
Menurut Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Tengah itu segala perbalahan berkaitan kesetiaan dan siapa reformis sebenar dalam parti sejak 20 tahun lalu hanyalah mengarut.
Malah katanya, perkara itu hanya menjejaskan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim di mata umum selaku bakal presiden parti dan perdana menteri selain turut memberi kesan terhadap kredibiliti PH untuk mentadbir negara.
"Pada pemilihan parti kali ini kita benar-benar melampaui batas dengan sikap 'berpatah arang berkerat rotan' terutama dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 09 2018
![Pemimpin, anggota PKR digesa perkukuh barisan selepas pemilihan Pemimpin, anggota PKR digesa perkukuh barisan selepas pemilihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41536510936_PKRBerkibar.jpg)
Anggota PKR harus sedar ia mempunyai tanggungjawab besar, bukan sahaja terhadap parti itu tetapi juga negara, khususnya selepas PRU14. - Gambar hiasan
WHO: krisis kesihatan Gaza kritikal, kemudahan perubatan terhad
WHO mendedahkan sistem kesihatan Gaza lumpuh dengan hospital dan pusat kesihatan beroperasi sebahagian. Pihaknya gesa pembukaan Rafah diperluas bagi rawatan pesakit di Mesir.
Konflik Gaza: Israel serah Gaza kepada A.S setelah konflik berakhir – Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Khamis umum bahawa Israel akan menyerahkan Kawasan Gaza kepada Amerika Syarikat setelah konflik berakhir.
![ACC: Tiada wakil Malaysia di separuh akhir selepas KL City tumbang ACC: Tiada wakil Malaysia di separuh akhir selepas KL City tumbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738880899_TBaseanfootball.jpg)
ACC: Tiada wakil Malaysia di separuh akhir selepas KL City tumbang
Turun dalam aksi wajib menang, Miroslav Kuljanac memilih corak permainan bertahan berbanding tuan rumah yang mempamerkan corak menyerang.
![Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738879833_IsraelKatz.jpg)
Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza
Kata Menteri Pertahanan Israel, rakyat Palestin boleh pergi "ke mana-mana negara yang sudi menerima mereka."
![Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738724702_tbDonaldTrumpIsr.jpg)
Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu
PM Israel sokong rancangan Presiden Trump dan mengarahkan tentera bersedia untuk proses memindahkan warga Palestin dari Gaza.
![Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738880696_TBShweKokkocity.jpg)
Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.
![Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738879745_TBMarcelo.jpg)
Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo yang berusia 36 tahun mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
![PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738880366_TBPGA.jpg)
PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.
![Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738879357_TBLisandroMartinez.jpg)
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
![MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738878458_TBmotogp.jpg)
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
![Penerbangan pertama jemaah haji 9 Mei, terakhir 9 Jun - Tabung Haji Penerbangan pertama jemaah haji 9 Mei, terakhir 9 Jun - Tabung Haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71680687529_GrandMosque.jpg)
Penerbangan pertama jemaah haji 9 Mei, terakhir 9 Jun - Tabung Haji
Syed Hamadah berkata kuota rasmi jemaah haji bagi Malaysia kekal pada 31,600 orang seperti diumumkan kerajaan Arab Saudi sebelum ini.
![Iltizam Pakatan Harapan bela nasib rakyat - Muhyiddin Iltizam Pakatan Harapan bela nasib rakyat - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/81557385401_Muhyiddin.jpg)
Iltizam Pakatan Harapan bela nasib rakyat - Muhyiddin
Usaha untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat akan terus diberi keutamaan oleh kerajaan Pakatan Harapan.
![9 Mei selepas setahun 9 Mei selepas setahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71525900637_pkrTunM.jpg)
9 Mei selepas setahun
Anak muda itu dan teman-temannya serta sebahagian besar rakyat Malaysia gembira apabila berakhirnya pentadbiran sebuah parti yang dianggap tidak lagi relevan.
![Pemimpin, anggota PKR digesa perkukuh barisan selepas pemilihan Pemimpin, anggota PKR digesa perkukuh barisan selepas pemilihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41536510936_PKRBerkibar.jpg)
Pemimpin, anggota PKR digesa perkukuh barisan selepas pemilihan
Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Gooi Hsiao Leung berkata parti itu amat memerlukan agenda pembaharuan dan hala tuju yang baharu selepas pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.
!['Rise: Ini Kalilah' hargai keberanian rakyat Malaysia 'Rise: Ini Kalilah' hargai keberanian rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81536183339_rise.jpg)
'Rise: Ini Kalilah' hargai keberanian rakyat Malaysia
Rakyat Malaysia merupakan hero luar biasa melalui tindakan berani mereka pada PRU14 itu yang penuh iltizam serta bersemangat kental bagi memastikan keadaan negara ini bertambah baik.
![Kerajaan Pas Kelantan bakal tumbang - Tun Daim Kerajaan Pas Kelantan bakal tumbang - Tun Daim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81525650589_TunDaimZainuddin.jpg)
Kerajaan Pas Kelantan bakal tumbang - Tun Daim
Tanpa menamakan parti yang menjadi pengganti, bekas menteri kewangan itu berkata, ia berlaku disebabkan pendekatan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengelirukan ahli Pas sendiri.
![Calon dinasihat tidak jarakkan diri dengan media - Dr Jeniri Calon dinasihat tidak jarakkan diri dengan media - Dr Jeniri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51525648902_DrJeniriAmir.jpg)
Calon dinasihat tidak jarakkan diri dengan media - Dr Jeniri
Calon calon yang bertanding dalam pilihan raya dinasihat tidak menjarakkan diri dari media konvensional.
![Hari mengundi Rabu tidak jejas peratusan keluar mengundi - Wan Ahmad Hari mengundi Rabu tidak jejas peratusan keluar mengundi - Wan Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/71487401401_PRKTanjongDatu.jpg)
Hari mengundi Rabu tidak jejas peratusan keluar mengundi - Wan Ahmad
Jumlah peratusan mengundi pada setiap PRU yang diadakan mencatatkan peratusan pengundi keluar mengundi melebihi 70 peratus.
![Sabah umum cuti kelepasan am tambahan pada 9 Mei Sabah umum cuti kelepasan am tambahan pada 9 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41521773990_PRKTanjongDatu.jpg)
Sabah umum cuti kelepasan am tambahan pada 9 Mei
Setiausaha Kerajaan Negeri, Sukarti Wakiman dalam satu kenyataan berkata, tarikh cuti ini adalah bagi memudahkan urusan rakyat di negeri ini melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.
![Pulau Pinang akan pertimbang tarikh 9 Mei sebagai cuti umum Pulau Pinang akan pertimbang tarikh 9 Mei sebagai cuti umum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/81458223821_LimGuanEng.jpg)
Pulau Pinang akan pertimbang tarikh 9 Mei sebagai cuti umum
Lim Guan Eng sedang berbincang dengan pelbagai agensi berkaitan di negeri itu dan berharap kerajaan pusat juga dapat mengambil langkah sama.