KUALA LUMPUR: Keputusan UMNO untuk mengekalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diterima baik para pemimpin UMNO serta pemimpin utama parti komponen Barisan Nasional (BN).
Antara menyokong ketetapan itu ialah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid sambil menyifatkan ia bukti parti berkenaan bergerak sebagai sebuah pasukan berhubung perkara utama.
Beliau berkata UMNO berterima kasih kepada Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan kerana telah memberi sokongan dan membawa perkara itu kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk disokong sebulat suara.
"MKT secara konsensus dan sebulat suara setuju untuk sokong kenyataan bahawa Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri.
"Ini membuktikan kepada masyarakat Malaysia bahawa UMNO dalam satu pasukan dan perkara utama kepada semua individu dalam UMNO ini adalah melihat kepada keutamaan parti itu sendiri," katanya ketika ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini hari ini.
Terdahulu, berlangsung mesyuarat MT parti secara tertutup antara lain membuat ketetapan bahawa Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO sebagai calon Perdana Menteri bagi PRU15.
Mesyuarat juga mahu pembentangan Akta Anti Lompat Parti diteruskan dan disokong untuk diluluskan tanpa berkompromi dengan gesaan mana-mana pihak yang cuba menggagalkannya.
Ahli MKT UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata keputusan itu adalah yang terbaik.
"Kalau keputusan dan tujuannya baik serta beri ruang dan peluang kepada Ismail Sabri untuk terus jadi PM selepas pilihan raya akan datang, maka terbaiklah," katanya.
Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berkata beliau menyokong setiap ketetapan diputuskan dalam mesyuarat MT itu termasuk cadangan mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15.
"Melihat kepimpinan Ismail Sabri ini satu kepimpinan yang menyerlah dan sebab itulah asas keputusan dibuat adalah berdasarkan faktor ini. Saya memang menyokong kerana melihat politik dan kerajaan dapat kita perkukuhkan.
"Saya yakin apa yang lebih penting adalah mengembalikan kegemilangan Barisan Nasional (BN) seperti sedia kala. Jadi saya rasa ini keputusan yang diterima baik dan akan memberi hala tuju jelas dan menunjukkan kesungguhan UMNO dan BN untuk kita menawan semula (kerajaan) dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 14 2022
Mesyuarat MKT parti secara tertutup antara lain membuat ketetapan bahawa Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO sebagai calon Perdana Menteri bagi PRU15. - Gambar fail
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Roy Azman elak bawa watak jahat, mahu jaga nama baik anak-anak
Roy juga cuba untuk kekal positif walaupun sering menerima komen kebencian ketika melakonkan watak jahat.
#AWANIRingkas 26 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Januari 2025
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
1️⃣ Dagangan secara berhati-hati
2️⃣ Subsidi kerajaan kurangkan rungutan rakyat
3️⃣ Trump akui sedang pertimbang pilihan
#awaniringkas
Askar wanita Israel nafi diberi dadah semasa dalam tawanan
Penilaian oleh doktor itu menyangkal dakwaan rasmi Israel bahawa Hamas memberi perangsang kepada tawanan dalam bentuk vitamin dan ubat penenang.
Meta akan bangunkan jurutera AI untuk tulis kod
Ini sekali gus akan membantu dalam membangunkan fungsi dan produk baharu dengan lebih pantas berbanding sedia ada.
Stoking kalimah Allah: UMNO arah Dr Akmal henti keluar kenyataan
UMNO sudah meminta Ketua Pemuda, Dr Muhamad Akmal Saleh berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu stoking kalimah Allah.
Pengampunan Najib: UMNO hormati keputusan YDPA, teruskan usaha dapatkan pembelaan
Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) hari ini bersetuju meneruskan usaha mendapatkan pembelaan terhadap bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.
Pengampunan Najib: Mesyuarat Khas MKT UMNO bermula
Antara pemimpin yang hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Datuk Seri Ahmad Said.
MKT UMNO pecat Isham Jalil
Keputusan pemecatan itu dibuat setelah parti mendapati Isham melakukan pelbagai kesalahan terhadap UMNO.
UMNO adakan Konvesyen Bahagian-bahagian, perkukuh Kerajaan Perpaduan
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat ketetapan untuk mengadakan Konvensyen UMNO Bahagian-bahagian.
Mesyuarat MKT UMNO dijangka buat keputusan besar malam ini?
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) menjadi tumpuan malam ini.
PAU2023: Lembaga Disiplin UMNO teliti rayuan ahli dikenakan tindakan disiplin
Lembaga Disiplin UMNO akan meneliti kesemua rayuan yang dikemukakan oleh ahli-ahli parti itu yang dikenakan tindakan disiplin.
Pengampunan Najib: "Kita tak boleh paksa-paksa, biarlah Yang di-Pertuan Agong buat keputusan..."
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi itu berkata, isu tersebut kini bukan lagi di bawah urusan kementeriannya.
Perhimpunan Agung UMNO 2023 dari 7 hingga 10 Jun
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini menetapkan tarikh Perhimpunan Agung UMNO 2023 dari 7 hingga 10 Jun depan, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
MKT UMNO mohon Agong beri pengampunan penuh kepada Najib
Pertimbangan tersebut selaras dengan kuasa Seri Paduka Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.