Peranan wanita yang banyak memberi sokongan kepada parti masing-masing menjadi asas penglibatan mereka sebagai penstabil sebarang kewujudan kekecohan politik yang berlaku di dalam negara.
Pengarah Institut Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Profesor Datin Paduka Datuk Dr Ramlah Adam menegaskan, walaupun kurang membuat kenyataan namun tidak boleh dinafikan peranan mereka menjadi tulang belakang dalam setiap keputusan yang dibuat pemimpin parti.
"Sebenarnya keadaan sekarang amat gawat, jadi kebijaksanaan pemimpin itu sangat-sangat diperlukan dan wanita sebagai penyokong, pembantu dan pembuat keputusan adalah sangat penting. Saya rasa wanita sangat konsisten, mereka tidak lompat parti, adalah satu dua dalam UMNO tetapi secara umumnya wanita tidak lompat parti, mereka setia di belakang kepimpinan dan juga pemimpin bagi parti-parti itu.
"Memang dalam kekecohan politik hari ini, saya rasa wanita adalah 'tukang stabil' kepada keadaan itu dan mereka memberi pendapat dan saya percaya parti-parti yang berkaitan, Muafakat Nasional (MN), Bersatu dan juga parti-parti lain akan mementingkan kepentingan negara. Tetapi ada juga wakil-wakil rakyat yang mementingkan diri sendiri, lompat sana, lompat situ.
"Jadi bagi saya ini patutlah dihentikan, sebab ia memalukan. Integriti pemimpin-pemimpin itu dipersoalkan dan bagaimana mereka hendak menawarkan diri semula dalam PRU akan datang bila mereka sendiri bersifat pentingkan kedudukan, tidak peduli kepada kestabilan negara, tidak peduli kepada pembelaan rakyat, tidak peduli kepada COVID-19 yang berulang-ulang," katanya semasa dihubungi di sini, pada Selasa.
Kali terakhir dilaporkan, jumlah Ahli Parlimen wanita di Malaysia ialah seramai 32 orang iaitu mewakili 14.4 peratus sahaja daripada keseluruhan Ahli Parlimen.
Jumlah minimum Ahli Parlimen wanita yang disasarkan jika objektif 30 peratus oleh kerajaan adalah seramai 66 orang.
Angka itu masih jauh dari sasaran Kementerian Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat (KPWKM) sebelum ini yang menyasarkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus perwakilan wanita sebagai pembuat keputusan di dalam Parlimen, seiring dengan matlamat global.
Mengulas isu sama, Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, peranan wanita boleh dilihat semakin jelas jika penambahan penyertaan mereka bukan sahaja dalam bidang politik malah sosial dan ekonomi.
Tegasnya, sifat kelembutan wanita itu sendiri memberi kesan dan meredakan kekecohan yang berlaku dalam pelbagai situasi semasa negara hari ini.
"Apabila kita melihat dari segi keperibadian wanita itu sendiri, wanita itu dalam kekuatannya ada kelembutan dan peranan yang dimainkan oleh wanita itu sebenarnya boleh menjadi penstabil dari corak bagaimana mereka menjadi pendamai.
"Pandangan mereka boleh meredakan sesuatu keadaan yang tegang dan memainkan peranan sebagai bukan sahaja pendamai tetapi juga dalam melaksanakan tugas-tugasnya sebagai orang tengah atau sebagai jambatan yang boleh menjadikan sesuatu keadaan itu bertambah baik atau menjadi reda.
"Maksudnya dalam sesuatu keadaan yang kita lihat lebih dinamik. Jadi tidak salah dengan apa yang boleh dimainkan peranan wanita selama ini," ujarnya.
Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia pada 2018, daripada keseluruhan 687 orang calon yang bertanding pada peringkat Parlimen dalam PRU14, hanya 75 orang calon (10.9 peratus) sahaja daripada kalangan wanita.
Wan Syamsul Amly
Tue Aug 18 2020
Dr Ramlah menegaskan, walaupun kurang membuat kenyataan namun tidak boleh dinafikan peranan mereka menjadi tulang belakang dalam setiap keputusan yang dibuat pemimpin parti. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Februari 2025.
[INFOGRAFIK] Bandar Wakaf Di Gaza
Berikut adalah info berkenaan dengan Bandar Wakaf di Gaza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tarif elektrik baharu tidak beban pengguna domestik, ambil kira keperluan ekonomi - ST
Suruhanjaya Tenaga memaklumkan jadual tarif baharu yang akan dimuktamadkan itu mencerminkan kos pembekalan elektrik sebenar.
Enam suspek disyaki tawar rasuah monopoli projek kerajaan selama 19 tahun ditahan
Enam individu termasuk seorang jurutera awam dan tiga pemilik syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki memberi rasuah.
Trump larang 'dolar digital', AS ketinggalan dalam persaingan mata wang global
Trump menandatangani perintah eksekutif yang angtara lain melarang institusi Amerika daripada membangun, mengeluar atau menggunakan CBDC.
Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.
AWANI Ringkas: Perbicaraan kes Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Di Sarawak, jumlah mangsa berkurangan kepada 6,160 orang berbanding 6,259 orang.
Pemimpin wanita penstabil kekecohan politik negara - Ramlah Adam
Peranan wanita yang banyak memberi sokongan kepada parti masing-masing menjadi asas penglibatan mereka sebagai penstabil sebarang kewujudan kekecohan politik yang berlaku di dalam negara.