KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda MIC menegaskan tidak akan membenarkan mana-mana pihak untuk memansuhkan sekolah vernakular khususnya Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil di negara ini.
Ketua Pemuda MIC Kebangsaan K.Raven Kumar berkata ia susulan setiap pemimpin parti berusia 75 tahun itu pernah berusaha dan bekerja kuat demi pembangunan sekolah Tamil sejak dahulu.
"Sekolah vernakular Tamil merupakan harta kami, denyut nadi kami. Justeru, Pemuda MIC di bawah kepimpinan Tan Sri S.A Vigneswaran (Presiden MIC) tidak sesekali akan membenarkan sesiapa sentuh SJK Tamil," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC di sini hari ini.
Beliau berkata mempertahankan dan memperjuangkan SJK Tamil seperti yang yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia, antara empat resolusi diluluskan Pemuda MIC pada mesyuarat sayap parti itu.
Resolusi kedua adalah Pemuda MIC akan membantu belia-belia India dengan memperkenalkan peluang pekerjaan dan juga menjana usahawan India yang baharu.
Selain itu, Pemuda MIC juga memberi kepentingan untuk meneruskan pembelajaran hingga ke peringkat universiti selain meluaskan pengetahuan dalam bidang politik dengan menghadiri seminar serta kursus.
Resolusi terakhir adalah memberi kepentingan dalam penglibatan belia India di arena sukan tanah air dan mendorong mereka untuk mewakili negeri dan negara.
Sementara itu, Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita MIC turut meluluskan tiga resolusi termasuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kepimpinan Vigneswaran.
Resolusi lain adalah memberi sokongan penuh kepada Ketua Wanita MIC Datuk Mohana Muniandy serta menunaikan janji dalam manifesto Vetri Magalir seperti yang diketengahkan dalam pemilihan MIC yang diadakan beberapa bulan lepas.
Terdahulu, Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC yang dihadiri seramai 1,500 perwakilan itu dirasmikan Timbalan Presiden parti Datuk Seri M.Saravanan.
Perhimpunan Agung Tahunan parti itu akan diadakan esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 11 2021

Raven Kumar berkata setiap pemimpin parti berusia 75 tahun itu pernah berusaha dan bekerja kuat demi pembangunan sekolah Tamil sejak dahulu. - Gambar fail

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC
Nilai pengorbanan, disiplin dan pengabdian dalam sambutan Thaipusam menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan dan bersama-sama membina negara yang lebih baik.

Bekas Presiden MIC Dr Subramaniam terima anugerah Pravasi Bhartiya Samman dari India
Bekas Presiden MIC yang juga bekas menteri Tan Sri Dr S. Subramaniam menerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) 2025 daripada kerajaan India, semalam.

Titah Adendum: Ratusan penyokong Najib memenuhi kawasan Kuil Murugan
Kehadiran mereka sebagai tanda solidariti terhadap Najib berhubung prosiding di Mahkamah Rayuan berkait Titah Adendum.

MIC akan hantar ribuan ahli berhimpun untuk Najib
Katanya, kehadiran wakil MIC sebagai penghormatan buat Najib yang disifatkan sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada masyarakat dan negara.

MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.

Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.

Kerajaan dicadang isytihar cuti tambahan sempena Deepavali
Datuk T. Murugiah mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 1 Nov ini sebagai cuti umum tambahan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati tempoh sambutan Deepavali yang lebih panjang.

MIC lakukan lantikan penting, Ramasamy kini Naib Presiden yang baharu
MIC hari ini melakukan beberapa lantikan penting bagi penggal 2024 hingga 2027 antaranya Bendahari Agung MIC Tan Sri M. Ramasamy dilantik sebagai Naib Presiden MIC yang baharu berkuat kuasa semalam.

PRK Mahkota: MIC yakin pengundi india berpihak kepada BN
Vigneswaran berkata ia berdasarkan maklum balas pengundi yang diterima semasa berkempen selain usaha kerajaan Johor jaga kebajikan kaum India.

MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan
MIC bertekad untuk berusaha mengukuhkan kerjasama sesama pemimpin dan kembali memartabatkan kedudukan parti berkenaan dalam kalangan masyarakat.