Jemputan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin kepada Pemuda UMNO untuk bekerjasama merupakan pendekatan mengaut keuntungan politik yang bersifat populis.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, ia juga taktik politik jangka pendek dan lebih kepada langkah menangguk di air keruh.
"Kami tidak berminat untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang cuba menangguk di air yang keruh. Pemuda UMNO lebih suka untuk menjauhkan diri dari terlibat dengan politik kebudak-budakan seperti ini.
"Kami kira wajar Dr Afif mula dengan mengajak rakan-rakan lain di dalam AMK untuk sama-sama bersatu di bawah kepimpinan Nik Nazmi dahulu sebelum memulakan apa-apa gerakan nasional.
"Kepimpinan itu harus melalui teladan dan kami kira AMK tidak menunjukkan teladan yang baik dengan mengajak anak-anak muda bersatu namun pada masa yang sama berkecamuk di dalam rumah sendiri," katanya kepada Astro AWANI di sini pada Jumaat.
Khairul Azwan mengulas jemputan kerjasama Dr Afif kepada Pemuda UMNO yang mendakwa ia usaha untuk keluar dari belenggu lama dan mencipta sejarah baharu yang tersendiri.
Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Md Akin berpandangan sebaliknya dengan beranggapan pelawaan AMK adalah demi perubahan ke arah politik baharu yang mengutamakan kepentingan negara dan rakyat.
"Pelawaan Dr Afif perlu dilihat secara meluas dan ini bukan satu seruan politik. Ia adalah lebih kepada seruan mengajak Pemuda UMNO bersama-sama melakukan perubahan demi kepentingan rakyat dan negara," katanya.
Shamsul turut menegaskan tiada istilah musuh atau rakan kekal dalam politik sebaliknya apa yang kekal hanya prinsip kebersamaan menegakkan keadilan demi kebaikan negara.
Bagaimanapun, Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mempunyai pandangan sebaliknya dan melihat pelawaan AMK sebagai memalukan memandangkan sayap PKR itu sepatutnya mampu berjuang menegakkan kebenaran tanpa pelu menagih sokongan pihak lain terutamanya UMNO.
"Pada saya jemputan Dr. Afif sebagai tindakan memalukan AMK dan parti memandangkan mereka sepatutnya sudah cukup kuat untuk mendepani dan merubah nasib negara ini.
"Perjuangan ini bukan sahaja untuk menjatuhkan seorang individu malah melebihi daripada segalanya. Saya khuatir rakyat akan melihat AMK itu tidak kuat sehingga terpaksa mengajak UMNO."
Badrul pada masa menasihati agar Dr. Afif dan kepimpinan AMK lain menghormati semangat serta roh parti dengan menggerakkan satu perjuangan rakyat dan melupakan hasrat bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan masa depan parti.
Hans Yusoff
Fri Mar 04 2016
![Pemuda UMNO: Kita tak minat pelawaan kerjasama AMK - Azwan Bro Pemuda UMNO: Kita tak minat pelawaan kerjasama AMK - Azwan Bro](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81436764417_KhairulHazwanHarun.jpg)
KHAIRUL AZWAN: Kami tidak berminat untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang cuba menangguk di air yang keruh. -Gambar fail
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![PRN: Sokongan meningkat, PN Selangor yakin rampas Selangor PRN: Sokongan meningkat, PN Selangor yakin rampas Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687453583_TBperikatannasional.jpg)
PRN: Sokongan meningkat, PN Selangor yakin rampas Selangor
Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor yakin dapat menakluk negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
![RN: PN Selangor adakan Konvensyen Pilihan Raya sejurus pembubaran DUN - Afif RN: PN Selangor adakan Konvensyen Pilihan Raya sejurus pembubaran DUN - Afif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687010154_TBPerikatanNasional.jpg)
RN: PN Selangor adakan Konvensyen Pilihan Raya sejurus pembubaran DUN - Afif
Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor akan melancarkan Jentera Pilihan Raya PN Peringkat Negeri pada 24 Jun ini.
![Pengurusan kes rayuan kes bekas ADUN cabar undang-undang lompat parti Pulau Pinang pada 5 Mei Pengurusan kes rayuan kes bekas ADUN cabar undang-undang lompat parti Pulau Pinang pada 5 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681457814_TBCourtHammer.jpg)
Pengurusan kes rayuan kes bekas ADUN cabar undang-undang lompat parti Pulau Pinang pada 5 Mei
5 Mei ditetapkan untuk pengurusan kes rayuan empat bekas ADUN Pulau Pinang yang gagal dalam saman mereka bagi mencabar kesahan usul yang diluluskan oleh DUN bagi mereka mengosongkan kerusi mereka.
![Anwar PM ke-10: Pembentukan kabinet, Bajet 2023 jadi kayu ukur Anwar PM ke-10: Pembentukan kabinet, Bajet 2023 jadi kayu ukur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668315183_AFIFBAHARDIN.jpg)
Anwar PM ke-10: Pembentukan kabinet, Bajet 2023 jadi kayu ukur
Aspek tersebut akan menjadi cabaran kepada kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Anwar terutamanya dalam menentukan hala tuju negara.
![Empat ADUN masih boleh bertugas - Chow Kon Yeow Empat ADUN masih boleh bertugas - Chow Kon Yeow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659764297_ChowKonYeow.jpg)
Empat ADUN masih boleh bertugas - Chow Kon Yeow
Selagi Mahkamah Tinggi (Pulau Pinang) tidak membuat keputusan, mereka masih boleh menjalankan tugas sebagai ADUN seperti biasa.
![PKR arahkan Tian Chua letak jawatan lantikan politik PKR arahkan Tian Chua letak jawatan lantikan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81525104626_TIANCHUA.jpg)
PKR arahkan Tian Chua letak jawatan lantikan politik
Arahan itu dikeluarkan menerusi sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertarikh 29 Jun 2020.
![Afif akui ada desakan lepas jawatan Exco Pulau Pinang Afif akui ada desakan lepas jawatan Exco Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41583319370_AfifExcoPenang.jpg)
Afif akui ada desakan lepas jawatan Exco Pulau Pinang
Keputusan melepaskan jawatan tersebut yang dipegang sejak tujuh tahun lalu diambil selepas perbincangan dengan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada Rabu.
![Dr Afif Bahardin letak jawatan Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin letak jawatan Exco Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/71583298802_AFIFBAHARDIN.jpg)
Dr Afif Bahardin letak jawatan Exco Pulau Pinang
Exco Pulau Pinang , Dr Afif Bahardin meletakkan jawatan sebagai Exco Pulau Pinang berkuatkuasa hari ini.
![Dr Afif terima surat tunjuk sebab didakwa cetus rusuhan ketika kongres tahun lepas Dr Afif terima surat tunjuk sebab didakwa cetus rusuhan ketika kongres tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71582234185_TBAfifBahardin.jpg)
Dr Afif terima surat tunjuk sebab didakwa cetus rusuhan ketika kongres tahun lepas
Beliau hanya menerima surat itu petang Khamis, dan difahamkan beberapa lagi pimpinan AMK telah menerima surat yang sama, namun tidak mengetahui siapa yang telah menerima surat tersebut.
![Kongres AMK kecoh, bekas pengerusi tetap dilarang masuk Kongres AMK kecoh, bekas pengerusi tetap dilarang masuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41575596669_TBKONGRESANGKATANMU.jpg)
Kongres AMK kecoh, bekas pengerusi tetap dilarang masuk
Selain itu, pihak keselamatan turut cuba menghalang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dari memasuki kawasan berkenaan, menyebabkan berlakunya pertembungan.