KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO menyelar bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua susulan kenyataannya yang mengecam Barisan Nasional (BN) sebagai pakatan 'korup'.
Menyifatkan kenyataan Tony Pua itu sebagai biadap, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, ia turut mewujudkan ketidakpuasan hati dalam kalangan akar umbi parti.
Justeru, Akmal menuntut DAP untuk mengambil tindakan tegas terhadap Tony.
"Pergerakan Pemuda menuntut parti DAP agar mengambil tindakan tegas kepada Tony Pua.
"Tony Pua harus menyedari bahawa tindakan beliau ini sedang merobek keharmonian dan kesepaduan yang sedang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan yang lahir atas dasar toleransi dan semangat nasional.
"Pergerakan Pemuda ingin mengingatkan bahawa negara ini ketika dibawah pentadbiran BN yang beliau gelar sebagai 'Pakatan Korup' telah memacu negara dengan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan dibawah BN juga Malaysia telah diangkat oleh Bank Dunia dan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang menyatakan Malaysia adalah negara ke-23 paling kompetitif di dunia.
"Ini termasuklah kejayaan BN meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga mencatatkan nilai RM1.4 trilion termasuklah usaha memperkasa aset syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan mencecah beratus bilion dan beri pulangan tinggi kepada rakyat dan kerajaan seperti Khazanah Nasional yang naik dari RM32 bilion kepada RM116 bilion dan rizab tunai Petronas naik dari RM30 bilion kepada RM174 bilion," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Pada Jumaat, bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua secara 'tiba-tiba' menggelar BN yang kini bersama Pakatan Harapan (PH) dalam Kerajaan Perpaduan sebagai pakatan 'korup'.
Kenyataan itu disuarakan bekas Ahli Parlimen Damansara sewaktu berucap pada Majlis Makan Malam Mengumpul Dana DAP di perkarangan Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Mengulas lanjut, Dr Akmal berkata, ketika negara beralih kepada kepimpinan PH dimana Tony Pua dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng, negara melalui zaman gelap sehingga kerajaan itu rebah dalam tempoh 22 bulan.
"Beliau (Tony Pua) yang bertugas di Kementerian Kewangan tidak mampu memacu perkembangan ekonomi negara sehingga KDNK jatuh merudum dan hutan negara meningkat secara mendadak.
"Ini berlum dikira dengan kejatuhan nilai matawang Ringgit akibat tindakan dan keceluparan beliau yang memberi gambaran negatif tentang negara.
"Justeru itu, Pergerakan Pemuda menyarankan agar Tony Pua untuk cermin dahulu diri sendiri sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan sedangkan beliau hanya tin kosong yang tidak memberi manfaat kepada pembangunan negara," tegasnya.
Akmal memberi peringatan bahawa tindakan biadap Tony Pua akan akan mengakibatkan keharmonian dan persefahaman yang ingin dibentuk tergendala dan berhenti di tengah jalan.
"Tony Pua harus belajar bahawa kehadiran UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan adalah aset penting dalam memastikan nasib dan igauan ngeri orang Melayu ketika 22 bulan di zaman PH tidak kembali berulang.
"Selain itu juga, kepakaran dan pengalaman Menteri Barisan Nasional ketika ini juga yang menjadi faktor penting kepada kelancaran pentadbiran Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Afiezy Azaman
Sat Jun 24 2023

Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menyifatkan kenyataan Tony Pua yang mengecam Barisan Nasional sebagai pakatan korup sebagai biadap. - Gambar fail BERNAMA
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Pemuda UMNO sifatkan kenyataan Tony Pua biadap, gesa DAP ambil tindakan
Tindakan Tony Pua robek keharmonian dan kesepaduan yang sedang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan yang lahir atas dasar toleransi dan semangat nasional.