LANGKAWI:Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) perlu memperincikan dengan jelas mengenai apa yang diperlukan jabatan berkenaan bagi meluluskan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pihak Jawatankuasa Penaja Parti sentiasa terbuka dan bersedia untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan bagi segera melengkapkan proses berkenaan.
Tambahnya, pihaknya turut berharap agar JPPM segera menghentikan apa yang didakwanya 'permainan politik' yang direncana pihak tertentu untuk melambat-lambatkan atau menghalang penubuhan sebuah parti yang tidak sehaluan dengan kerajaan sedia ada.
"Lama sangat (JPPM) nak cari benda yang tak betul tu. Dah jumpa (mereka) berkali dah, tapi masih lagi kononnya ada yang tak betul.
"Kita bersedia (untuk perbetul dan siapkan apa yang diperlukan), tapi janganlah main politik pasal (YDP) Agong dah nasihat jangan kita ada banyak politik.
"Ini tindakan (yang dilakukan seperti) nak halang satu parti yang tak bersetuju dengan kerajaan daripada didaftar. (Ia) adalah satu tindakan politik," kata Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas Sesi Perjumpaan bersama wakil Parti Pejuang Tanah Air Parlimen Langkawi di sebuah hotel di Padang Matsirat, Langkawi pada Sabtu.
Pada Jumaat, JPPM menerusi satu kenyataan menyifatkan dakwaan Jawatankuasa Penaja Parti Pejuang Tanah Air tentang pendaftaran parti mereka dilengah-lengahkan, adalah tidak berasas sama sekali.
Jelas JPPM, semakan rekod hingga 29 Oktober mendapati permohonan parti berkenaan belum diselesaikan sepenuhnya berdasarkan sistem eROSES.
Jabatan itu berkata pihak Jawatankuasa Penaja Parti juga diingatkan untuk berhubung terus dengan JPPM bagi menyelesaikan urusan permohonan pendaftaran tersebut.
Abd Hadi Che Awang
Sun Nov 01 2020

Dr Mahathir menjelaskan pihak jawatankuasa penaja parti sentiasa terbuka dan bersedia untuk melakukan apa yang diperlukan bagi segera melengkapkan proses berkenaan. -Astro AWANI

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

JPPM luluskan peruntukan GPPK kepada lebih 1,000 persatuan
Peruntukan GPPK berjumlah RM20 juta daripada Belanjawan 2023 bertujuan membantu persatuan penduduk melaksanakan pelbagai aktiviti.

RoS tolak pendaftaran parti Pejuang - Peguam
Keputusan dibuat ketika permohonan semakan kehakiman bagi pendaftaran Pejuang sebagai sebuah parti politik dijadual didengar hari ini.

Pendaftaran belum diluluskan, Muda heret JPPM ke mahkamah
Muda yang diasaskan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu melantik Tommy Thomas dan Ambiga Sreenevasan.

Pejuang fail permohonan semakan kehakiman terhadap JPPM
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) termasuk pertubuhan itu sendiri.

Kongres DAP ditangguh ke tahun depan - Anthony Loke
Parti DAP bakal mengadakan kongresnya pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak sebelum 30 Jun 2021 selepas kongres yang dijadualkan pada 20 Disember di Shah Alam dibatalkan.

Pendaftaran Pejuang: Apa lagi JPPM mahu? - Tun M
Jawatankuasa Penaja Parti sentiasa terbuka dan bersedia untuk melakukan apa sahaja yang diperlukan bagi segera melengkapkan proses berkenaan.

COVID-19: Semua aktiviti, persidangan, perhimpunan, mesyuarat agung pertubuhan perlu ditunda hingga 30 Jun - ROS
Semua pertubuhan dilarang daripada mengadakan program,aktiviti, persidangan, perhimpunan dan mesyuarat agung pertubuhan sehingga 30 Jun, selaras dengan arahan-arahan yang dikeluarkan.

RoS keluar notis kepada 3 pertubuhan disyaki hadir Majlis Peringatan Perjanjian Damai Hatyai
ROS menghantar notis kepada tiga pertubuhan untuk hadir ke jabatan itu untuk memberi keterangan berkaitan penglibatan pertubuhan itu yang disyaki menghadiri Majlis Peringatan Perjanjian Damai Hatyai.

DAP perlu adakan pemilihan semula CEC yang baharu - JPPM
Pemilihan semula ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP perlu diadakan agar pemilihan diiktiraf oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.