KUALA LUMPUR: Pengakuan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau hanya mempergunakan DAP untuk menjatuhkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2018, membuktikan bekas perdana menteri itu tidak pernah ikhlas bekerjasama dengan parti itu.
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata perkara itu bertentangan dengan parti mereka, yang mahu bekerjasama dengan Dr Mahathir ketika itu bagi membawa pembaharuan kepada pentadbiran dan kemajuan Malaysia, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada Mei 2018.
Malah Loke memberitahu ketika itu, DAP juga telah berbincang secara panjang lebar dengan parti komponen Pakatan Harapan (PH), untuk mendapatkan persetujuan mengenai kerjasama berkenaan.
"Kita juga ada bertanyakan pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih dalam penjara ketika itu, yang pada mulanya beliau agak keberatan untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir, tetapi akhirnya bersetuju kerana melihat ada keperluan dari segi strategi untuk menggabungkan pengaruh dan kuasa, bagi membawa pembentukan kerajaan baharu.
"...dan pada 2018 terbukti bahawa strategi itu membuahkan hasil kerana buat pertama kalinya Barisan Nasional ditewaskan. Cuma apa yang berlaku selepas pembentukan kerajaan baharu, kita kesali kerana ia tidak dapat mencapai objektif yang sepenuhnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan simposium Keselamatan Wanita dan Industri Pengangkutan di Bandar Sunway hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Dr Mahathir dalam rakaman podcast Keluar Sekejap bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan semalam, yang mengakui dirinya hanya mempergunakan DAP dan menyedari DAP juga mempergunakannya untuk menjatuhkan Najib.
Pendedahan itu dibuat selepas Dr Mahathir ditanya oleh Shahril mengenai pendiriannya yang dilihat tidak konsisten dalam berurusan dengan DAP dan PAS, kerana ada ketikanya sering mengkritik dua parti berkenaan, tetapi pada ketika lain, boleh duduk bersama pimpinan parti terbabit.
Mengenai gesaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) agar Akta Lompat Parti diteliti semula kerana wujud kelemahan, Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata sepatutnya Bersatu meminda perlembagaan mereka.
Beliau berkata sebelum ini, kepimpinan Bersatu sendiri yang tidak bersetuju dengan cadangan (pindaan peruntukan akta), bahawa seseorang MP yang dipecat daripada parti perlu kosongkan kerusinya kerana mengganggap ia tindakan yang tidak adil.
"Tetapi, DAP ketika itu sudah melihat ada kelemahan, sebab itu kita mengambil langkah dalaman dengan meminda perlembagaan parti sendiri untuk memastikan sekiranya seseorang MP atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak lagi menjadi ahli parti, dia perlu menggosongkan kerusi.
"Jadi hari ini apa yang mereka (Bersatu) bantah sebelum ini telah memakan diri, kerana kalau empat orang itu (Ahli Parlimen) dari DAP, sudah pasti mereka akan hilang kerusi dan perlu dibuat pilihan raya kecil," katanya sebagai merujuk tindakan empat Ahli Parlimen Bersatu yang menyuarakan sokongan kepada Perdana Menteri, sehingga membawa gesaan untuk menambah baik akta itu.
Empat pemimpin Bersatu yang menyokong secara terbuka Perdana Menteri ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman; Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023

Loke berkata perkara itu bertentangan dengan parti mereka, yang mahu bekerjasama dengan Dr Mahathir ketika itu bagi membawa pembaharuan kepada pentadbiran dan kemajuan Malaysia. - Gambar fail/Bernama

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.

Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.

Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.

Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.

Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.

Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.