SHAH ALAM : Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kestabilan negara itu bergantung kepada dasar pentadbiran yang dibawa dan bukannya dengan jumlah Ahli Parlimen sesebuah etnik adalah tidak tepat.
Menurut Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, pengaruh sesebuah kaum atau etnik dalam menentukan kekuasaan nasional sangat penting.
Ujar Ahli Parlimen Marang itu, ia dibuktikan dengan pandangan ilmuan Islam yang mana pemilihan ketua negara mesti berdasarkan etnik atau kaum yang memiliki pengaruh tinggi.
“Para ulama berhujah bahawa syarat supaya pemimpin daripada kalangan Quraisy itu bermaksud bahawa ketua negara itu wajib daripada kalangan kaum penganut Islam yang paling kuat pengaruhnya iaitu kaum yang mendominasi umat Islam.
“Maka, dalam politik Malaysia, bangsa Melayu yang menganut Islam itu wajib memimpin, memerintah dan mentadbir masyarakat majmuk yang termasuk rakyat bukan Islam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.
Baru-baru ini, Anwar menganggap dakwaan Abdul Hadi mengenai kedudukan ahli Parlimen Melayu dalam kerajaan merupakan perkiraan yang tidak betul.
Jelas beliau, untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil ia tidak bergantung kepada jumlah Ahli Parlimen mana-mana etnik di parlimen sebaliknya dasar yang dilaksanakan.
Bahkan Anwar juga menganggap menilai kestabilan kerajaan dengan hanya bersandarkan kepada faktor bangsa adalah pertimbangan yang jumud.
Dalam pada itu, Abdul Hadi menambah, falsafah politik Pakatan Harapan (PH) membawa konsep sekularisme dan ‘Malaysian Malaysia’ yang menolak kepimpinan Melayu Islam tanpa mempedulikan aspek iman, akhlak dan integriti.
Kata beliau, kepimpinan sebegini tidak akan bertahan lama kerana terdapat kelompongan dalam pentadbiran.
“Kita menyaksikan contoh kerajaan seperti ini hanya dapat bertahan buat sementara waktu yang pendek dan rapuh, kerana pemilihan pemimpin bukan daripada kaum dominasi seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat, Chile, Fiji, dan terkini di United Kingdom,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 04 2023

Baru-baru ini, Anwar menganggap dakwaan Abdul Hadi mengenai kedudukan ahli Parlimen Melayu dalam kerajaan merupakan perkiraan yang tidak betul. - Gambar fail

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".

Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.

Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.

"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.

Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.