JOHOR BAHRU: Penggantungan keahlian beberapa pemimpin UMNO Johor tidak akan menjejaskan perjalanan pentadbiran parti itu di negeri berkenaan, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata terdapat beberapa pimpinan UMNO negeri itu sebelum ini juga pernah berdepan tindakan sama, termasuk Tan Sri Shahrir Ab Samad dan Muszaidi Makmor yang kini Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, namun UMNO Johor masih terus bergerak ke hadapan.
Mohamed Khaled bagaimanapun berkata semua pemimpin UMNO negeri itu yang dikenakan tindakan berkenaan, tidak boleh berputus asa kerana mereka masih berpeluang membuat rayuan bagi membolehkan tempoh penggantungan dipendekkan.
Ahli Parlimen Kota Tinggi itu berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini, hari ini.
Sementara itu, Mohamed Khaled juga berkata Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram Datuk Maulizan Bujang, wajar diberi peluang untuk merayu berhubung hukuman penggantungan ke atas mereka.
Mohamed Khaled yang juga bekas Menteri Besar Johor itu berkata meskipun UMNO Johor akur dengan keputusan Majlis Tertinggi (MKT) parti, namun kedua-dua pemimpin tersebut wajar diberi peluang berikutan sumbangan mereka kepada UMNO Johor.
"UMNO Johor juga turut berbincang dan zahirkan rasa sedih atas apa yang berlaku kepada kedua-dua pemimpin, yang tidak dapat dinafikan banyak berjasa kepada UMNO Johor khususnya, maka kita bersetuju supaya mereka ini wajar diberi ruang merayu atas tindakan yang dikenakan oleh parti ke atas mereka," katanya.
Pada 27 Jan, MT UMNO telah menggantung keahlian Hishammuddin yang juga bekas Naib Presiden UMNO itu, selain memecat lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Selain itu, Mohamed Khaled turut mengumumkan bahawa veteran UMNO Tan Sri Shahrir Ab Samad, tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Ketua Bahagian Johor Bahru dan mengucapkan terima kasih serta menyatakan penghargaan terhadap jasa bekas Ahli Parlimen Johor itu kepada UMNO negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023
Pengerusi UMNO Johor yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor di Bangunan Perhubungan Negeri Johor hari ini. - Foto BERNAMA
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Penggantungan keahlian tidak jejas perjalanan UMNO Johor - Mohamed Khaled
Penggantungan keahlian beberapa pemimpin UMNO Johor tidak akan menjejaskan perjalanan pentadbiran parti itu di negeri berkenaan.
UMNO Bahagian Sembrong tuntut penjelasan penggantungan Hishammuddin
UMNO Bahagian Sembrong menyifatkan penggantungan keahlian selama enam tahun terhadap Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, sebagai tindakan tidak cermat.
Tajuddin tolak penggantungan keahliannya
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menolak penggantungan keahliannya kerana berpendapat keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu dibuat berdasarkan tohmahan dan fitnah.