Perbuatan 'tikam belakang' sesama ahli UMNO akan memberi kesan buruk kepada kekuatan serta perpaduan parti.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata sokongan kepada parti dan pemimpin hendaklah lahir daripada hati yang ikhlas kerana dengan cara demikian UMNO akan lebih bermaruah dan dihormati.
"Perbuatan itu merupakan satu pengkhianatan kepada UMNO dan perlu dikenal pasti agar tidak menjadi barah yang boleh memudaratkan parti," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Syed Ali menjelaskan, UMNO memerlukan ahli-ahli parti yang setia kepada pucuk pimpinan bagi memastikan 'sokong tidak membawa rebah' pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
"Kesetiaan kepada parti dan pucuk pimpinan merupakan kunci kepada kemenangan UMNO walaupun terdapat percanggahan pendapat atau perbezaan pandangan.
"Kita tidak mahu berlaku unsur-unsur atau perbuatan tikam belakang kerana ini hanya akan merosakkan perpaduan dan kepimpinan sedia ada," tegasnya.
Menurutnya, walaupun ada sesetengah pihak beranggapan kadangkala keputusan atau tindakan pucuk pimpinan tidak selari dengan hasrat mereka tetapi perbezaan itu boleh diselesaikan secara berhemah.
"Tidak semua keputusan atau dasar serta tindakan pucuk pimpinan mampu memuaskan hati semua pihak, apatah lagi melihat kepada jumlah keahlian UMNO melebihi 3 juta orang.
"Dalam permasalahan begini, kita perlu utamakan kepentingan parti secara menyeluruh dan setia kepada pemimpin, bukannya terjerumus dengan agenda atau kepentingan peribadi.
"Kita ada saluran tertentu, boleh disuarakan secara sopan dan mengikut kaedah tertentu, bukannya mengambil jalan pintas dengan menikam belakang atau melakukan sabotaj terhadap parti," ujarnya.
Tambah Syed Ali, adalah lebih bermaruah jika mengambil tindakan secara bertanggungjawab untuk keluar UMNO daripada berterusan menjadi 'duri dalam daging' kepada parti.
"UMNO hanya memerlukan mereka yang benar-benar setia kepada parti dan pucuk pimpinan bagi menjamin gerak kerja menjelang PRU ke-14 tidak terencat.
"Fokus kita sekarang ialah memenangi PRU ke-14 akan datang dengan keputusan yang lebih cemerlang, tidak ada gunanya berebut tempat atau kedudukan tetapi UMNO kecundang pada pilihan raya," tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali berkata analisis pemerhati politik yang mendakwa beberapa kerusi Parlimen yang dimenangi BN pada PRU ke-13 berada dalam keadaan rapuh perlu diambil perhatian serius.
"Kita tidak boleh pandang mudah, biarpun sekadar analisis tetapi kajian itu dibuat bersandarkan kepada pemerhatian, sikap pengundi dan senario politik masa kini.
"Analisis atau pandangan koresponden bersabit kedudukan kerusi dimenangi UMNO itu sebenarnya satu manfaat kepada pemimpin terbabit untuk menguatkan lagi gerak kerja kepartian.
"Inilah ruang untuk ditambah baik 'pangkalan politik' di setiap kawasan dengan memastikan kepentingan rakyat atau pengundi sentiasa dipertingkatkan," katanya.
Menurutnya lagi, inilah masanya kepada seluruh pemimpin UMNO termasuk komponen Barisan Nasional (BN) turun padang bertemu rakyat menjelaskan isu-isu semasa.
"Saya menyokong penuh saranan timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan seluruh anggota BN khususnya UMNO turun padang bagi memastikan kemenangan lebih besar kepada BN pada PRU ke-14.
"Pemimpin UMNO juga perlu lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang boleh memberi tafsiran atau gambaran kepada umum bahawa parti berada dalam keadaan lemah.
"Kita kena lebih agresif, meyakinkan rakyat bahawa UMNO sentiasa kuat dan mampu berdepan dengan cabaran serta serangan pembangkang," tegasnya.
Astro Awani
Mon Sep 05 2016

SYED ALI: Pengkhianatan ahli beri kesan buruk kepada UMNO. -Gambar fail
Tapak PPR Gua Musang dibangun secara optimum, KPKT sedia pertimbang tapak baharu PRR
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu memberitahu Dewan Rakyat tapak PPR Gua Musang telah dibangunkan secara optimum.
Namun KPKT terbuka kepada permohonan cadangan baharu PRR dan kerajaan negeri mestilah memastikan tapak yang dicadangkan itu di lokasi strategik dan isu hak milik diselesaikan sama ada diberi secara percuma ataupun pada kadar nominal kepada KPKT.
Namun KPKT terbuka kepada permohonan cadangan baharu PRR dan kerajaan negeri mestilah memastikan tapak yang dicadangkan itu di lokasi strategik dan isu hak milik diselesaikan sama ada diberi secara percuma ataupun pada kadar nominal kepada KPKT.

Tidak hormat Ramadan, peniaga hisap rokok di kedai makan ditahan
Seorang peniaga lelaki yang bersahaja menghisap rokok ketika mengangkat makanan dipercayai untuk dijual, ke dalam kenderaannya, ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sini, pada Ahad.

Taklimat Harian PMO: PM arah segerakan usaha pemulihan bekalan beras putih tempatan
Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyegerakan usaha itu.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.24 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.0 mata kepada 1,578.70 daripada 1,574.70 pada Jumaat lepas.
Program perumahan mampu milik di Kelantan: 3,268 unit siap, 2 lagi projek menyusul
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu memberitahu Dewan Rakyat sehingga 31 Disember 2024, pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) ataupun Program Residensi Rakyat (PRR) di Kelantan melibatkan lapan buah projek telah diluluskan dengan 3,574 unit rumah.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Taklimat Harian PMO bukan pengganti jurucakap kerajaan MADANI - Tunku Nashrul
Taklimat Harian PMO sebaliknya, menjadi pelengkap dan memperkukuh struktur komunikasi kerajaan.
Taklimat Harian PMO bukan pengganti kepada jurucakap kerajaan
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri bukan pengganti kepada sidang media jurucakap Kerajaan Perpaduan oleh YB Fahmi Fadzil. #AWANInews

Kerajaan komited teruskan agenda reformasi institusi - PM Anwar
Kerajaan komited untuk meneruskan agenda reformasi institusi dengan melaksanakan perubahan, bagi menjamin ketelusan dan kecekapan, kata Perdana Menteri.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4595/4650 berbanding dolar AS daripada 4.4600/4650 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Pengkhianatan ahli beri kesan buruk kepada UMNO - Syed Ali
Perbuatan 'tikam belakang' sesama ahli UMNO akan memberi kesan buruk kepada kekuatan serta perpaduan parti.