KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menzahirkan kekecewaan terhadap pengumuman barisan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada jam 8.15 malam yang menyaksikan tiada seorang pun Ahli Parlimen BN Sabah yang dilantik sebagai menteri penuh bagi mewakili negeri itu.
Keputusan Anwar itu, menurut Bung, seolah-olah meminggirkan BN Sabah yang mempunyai tujuh Ahli Parlimen selain menjadi penyokong terawal kepada pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Ke-10.
KABINET PERPADUAN NASIONAL 2023
Beliau turut menyifatkan perlantikan Datuk Ewon Benedick sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, dan Datuk Armizan Mohd Ali (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak)) bagi mewakili negeri itu sebagai tidak seimbang jika dibandingkan dengan Sarawak yang diberikan lima portfolio kementerian termasuk Timbalan Perdana Menteri (TPM).
"Pembentukan Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan Persekutuan ini nampaknya menyaksikan Sabah dipinggirkan dalam perlantikan portfolio khususnya wakil daripada BN Sabah yang memberikan komiten awal bersama BN Pusat untuk menyokong Pakatan Harapan menjadi kerajaan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.
"Tiada seorang pun daripada tujuh Ahli Parlimen BN dilantik sebagai menteri penuh.
"Jumlah itu juga dilihat tidak seimbang berbanding negeri jiran, Sarawak yang mendapat lima portfolio termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kedua", ujar Bung di dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Dalam pada itu, Bung turut berharap agar keputusan Anwar itu tidak bermaksud meminggirkan Sabah dalam aspek pembangunan terutamanya melibatkan hal berkaitan perlaksanaan projek infrastruktur di negeri tersebut selain mengingatkan kerajaan baharu itu agar mempercepatkan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah yang tergendala sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018.
"Kita tidak mahu Sabah sekali lagi dipinggirkan dalam aspek pembangunan terutama pelaksanaan projek infrastruktur yang penting untuk kemudahan rakyat negeri ini.
"Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah umpamanya mesti diteruskan dan dipercepatkan. Kita tidak mahu melihat projek ini sekali lagi tergendala seperti yang berlaku ketika PH menjadi kerajaan pada 2018," katanya.
Terdahulu, pengumuman kabinet Kerajaan Persekutuan yang baharu menyaksikan Sabah diberikan dua portfolio kementerian apabila Datuk Ewon Benedick dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, serta Datuk Armizan Mohd Ali sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak).
Pada masa sama, Sarawak masing-masing diberikan 5 portfolio kementerian melalui perlantikan Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan Dan Komoditi, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (Menteri Kerja Raya), Datuk Seri Nancy Shukri (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat), Datuk Seri Tiong King Sing (Menteri Pelancongan), dan Datuk Ago Anak Dagang (Menteri Perpaduan Negara).
Pada PRU15, BN Sabah memenangi 7 buah kerusi Parlimen di negeri itu diikuti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (6), Pakatan Harapan (PH) (5), Parti Warisan (Warisan) (3), Bebas (2), Perikatan Nasional (PN) (1), dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) (1).
Abdul Hafiz Mustadi
Sat Dec 03 2022

Keputusan Anwar itu, menurut Bung, seolah-olah meminggirkan BN Sabah yang mempunyai tujuh Ahli Parlimen selain menjadi penyokong terawal kepada pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Ke-10. - Foto fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.