SHAH ALAM : Badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam cenderung menyokong Perikatan Nasional (PN).
Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Muhamad Hisommudin Bakar berkata, temu bual pihaknya dengan sebahagian responden mendedahkan kebanyakan mereka seolah-olah masih 'terperangkap' dalam zaman pentadbiran Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, faktor penyumbang ialah apabila penjawat awam dipercayai tidak menterjemahkan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Penjawat awam tidak menterjemahkan sokongan kepada kerajaan kerana (berlaku episod) perubahan pentadbiran kerajaan.
"Kalau dilihat (sebelum ini) daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) bertukar kepada PN selepas insiden Langkah Sheraton. Kemudian daripada PN (berubah) kepada Pakatan Harapan (PH) atau Kerajaan Perpaduan.
"Jadi bagi kelompok penjawat awam ini, sebenarnya mereka masih 'terperangkap' ketika pentadbiran Muhyiddin. Mereka 'terperangkap' di situ dan tidak menukar (sokongan) kepada Kerajaan Perpaduan," katanya.
KEPUTUSAN PENUH PILIHAN RAYA NEGERI DI SINI
Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab "Wacana Pasca Pilihan Raya Umum Negeri ke-15" bertajuk PRN 6 Negeri: Apa Telah Terjadi secara langsung dari Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya, di sini, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Muhamad Hisommudin berkata, dalam segmen penjawat awam, golongan guru kini dilihat beralih arah dengan menyokong Pas atau PN.
"Guru dahulu adalah aset kepada UMNO-BN kerana dulu kebanyakan mereka memang secara terbuka menyokong BN. Tetapi sekarang ini dah jadi sebaliknya ... menyokong Pas atau PN.
"Dalam temu bual saya dengan guru-guru, mereka mengakui Menteri Pendidikan sekarang lebih baik (daripada menteri sebelumnya) tetapi mereka tetap menyokong PN," katanya.
Beliau berkata, situasi berkenaan juga antara bukti jelas bahawa gandingan naratif Melayu dan Islam memberikan kelebihan kepada PN.
"Kalau dulu (identiti) BN hanya Melayu, Pas hanya Islam tetapi sekarang ini (bila naratif Melayu dan Islam) digabungkan, ia memberikan satu gabungan yang luar biasa," jelasnya.
Terdahulu, dalam wacana berkenaan, Muhamad Hisommudin membentangkan dapatan kajian bertajuk Prediksi Akhir PRN, Prestasi PH Unggul, PN Kuasai Jajaran Melayu.
Empat panel lain wacana itu ialah Ketua Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Mohd Yusri Ibrahim yang membentangkan laporan bertajuk Pola Pengundian PRN Membentuk Polarisasi Kaum dan Felo Penyelidik Ilham Centre, Mujibu Abd Muis Merawat Melayu: UMNO Perlu Bagaimana.
Pensyarah Kanan APM, Abdul Muqit Muhammad pula memperincikan hasil kajian Memahami Pengundi Muda/Pertama Kali dan Editor Kanan Astro Awani, Nazri Kahar berjudul Media: Politik Prestasi VS Sentimen.
Astro Awani
Fri Aug 25 2023

Berdasarkan hasil kajian Ilham Centre, pola pengundian pada PRN di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam cenderung menyokong PN. - Gambar fail

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.

Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.

Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.

Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.

Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.