PONTIAN: Penubuhan cawangan Parti Warisan Sabah (Warisan) di kawasan Parlimen Tanjung Piai didakwa tidak akan memberi kesan kepada UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan berkata, sebagai sebuah parti politik yang cukup matang, UMNO bersedia berdepan lawan sama ada daripada Warisan atau parti politik yang lain.
Tegasnya, Tanjung Piai cukup istimewa pada PRN Johor kali ini memandangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) pernah diadakan pada tahun 2019 yang menyaksikan calon daripada Barisan Nasional ( BN) menang ketika itu
"UMNO Bahagian Tanjung Piai tidak gentar dengan penubuhan Warisan di sini. Malah kami cukup bersemangat pertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup dan merampas kembali DUN Pekan Nanas.
"Kemenangan pada PRK lalu akan menjadi pembakar semangat kepada UMNO Bahagian Tanjung Piai yang mempunyai kekuatan keahlian seramai 16,640 orang untuk berdepan dengan PRN kelak," katanya ketika ditemui pada Ahad.
Seramai 300 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai sebelum ini mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menyertai Warisan dalam sebuah majlis yang diadakan di Pekan Nanas di sini pada malam Ahad.
BACA: Setiausaha Bersatu Tanjung Piai umum letak jawatan, bubar cawangan
BACA: Cawangan bubar, keluar parti kes biasa menjelang pilihan raya - Wan Fayhsal
Kesemua mereka terdiri daripada ahli Jawatankuasa Bahagian Bersatu Tanjung Piai dan lima cawangan Pusat Daerah Mengundi (PDM) iaitu Pekan Nanas Timur, Pekan Nanas Selatan, Ladang South Malaya, Melayu Raya dan Lubok Sawah.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 08 2022
JEFRIDIN: Penubuhan cawangan Warisan di kawasan Parlimen Tanjung Piai didakwa tidak akan memberi kesan kepada UMNO pada PRN Johor. -Gambar fail/Bernama
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Netanyahu akan bertemu Trump di Washington D.C
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan berada di Washington D.C. pada Selasa bagi mengadakan mesyuarat kerja dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
PRU15: Calon MUDA Tanjung Piai hormat kehendak Amanah Johor, sedia berbincang
MUDA mahu bersemuka dengan pimpinan Amanah cari jalan penyelesaian peruntukan kerusi Parlimen Tanjung Piai.
PRU15: Amanah Johor kesal kerusi Tanjung Piai diserah kepada MUDA
Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menzahirkan kekecewaan terhadap keputusan pucuk pimpinan menyerahkan kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada Parti Ikatan Demokratik (MUDA).
Penubuhan Parti Warisan di Tanjung Piai tidak gugat UMNO
Jefridin Atan berkata, sebagai sebuah parti politik yang cukup matang, UMNO bersedia berdepan lawan sama ada daripada Warisan atau parti politik yang lain.
Berusaha tunaikan segala janji dalam manifesto - Kit Siang
Ini perlu bagi memastikan PH tidak menjadi kerajaan sepenggal lebih-lebih lagi selepas keputusan mengejutkan pada PRK Parlimen Tanjung Piai, baru-baru ini.
Jeck Seng angkat sumpah Ahli Parlimen Tanjung Piai
Jeck Seng pernah menjadi ahli Parlimen Tanjung Piai bermula 2008 sebelum tewas kepada Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan 524 undi.
Kami tidak akan lemah semangat - Amanah
Presidennya Mohamad Sabu berkata keputusan itu membangkitkan semangat untuk terus memperbaiki perkhidmatan demi kepentingan rakyat.
PH Johor terima keputusan PRK, isyarat jelas yang perlu diambil serius
PH perlu kembali semula ke paparan lakaran, untuk menilai dasar, pendekatan dan prestasi parti dan kerajaan.
Karmaine, Wee selesai tunai tanggungjawab mengundi
Karmaine berkata sebagai calon, perasaannya amat berdebar menunggu keputusan PRK itu yang akan diumumkan malam ini.
PRK Tanjung Piai: Calon BN selesai buang undi
Sebanyak 27 pusat mengundi membabitkan 125 saluran dibuka dari 8 pagi hingga 5.30 petang ini.
Memahami sosok bernama Karmaine Sardini
Astro AWANI berkesempatan bertemu dengan calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini untuk mendengar visi dan misi beliau untuk Parlimen Tanjung Piai.