IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan mencadangkan tarikh bagi mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah untuk memohon perkenan baginda.
Speaker DUN Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad akan menghadap Sultan Nazrin bagi menyembah maklum mengenai cadangan tarikh untuk persidangan itu pada minggu ini.
"Saya difahamkan dalam minggu ini Menteri Besar akan menghadap Tuanku Sultan untuk sembah maklum cadangan tarikh untuk mengadakan Sidang DUN.
"Selepas mendapat perkenan dari Tuanku, barulah kita akan keluarkan notis untuk memanggil sidang dewan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sebelum ini, Mohammad Zahir dilaporkan berkata persidangan DUN Perak sepatutnya diadakan selewat-lewatnya Jun ini selepas persidangan terakhir pada Disember lepas ketika pembentangan Belanjawan 2021 negeri.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu lepas menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan pula dipetik berkata di peringkat negeri, Raja-Raja Pemerintah turut berpendirian agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibolehkan bersidang secepat mungkin.
Jumaat lepas, beberapa negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah memaklumkan akan membuat pemohonan bagi mengadakan sidang DUN manakala Perlis dijadual kembali bersidang selama tiga hari bermula 24 Ogos.
Pada Sabtu lepas, sidang DUN Melaka dilaporkan akan diadakan selewat-lewatnya pertengahan bulan depan selepas tarikh sebenar pelaksanaannya digazetkan.
Semalam pula, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan Kedah belum bercadang untuk mengadakan persidangan DUN dan hanya melaksanakannya selepas Parlimen bersidang berikutan masih terikat dengan Ordinan Darurat.
DUN Kelantan juga dilaporkan hanya akan bersidang selepas Parlimen mengumumkan tarikh persidangannya, kata Yang Dipertuanya Datuk Abdullah Ya'kub.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 21 2021
![Perak akan cadang tarikh sidang DUN bagi mohon perkenan Sultan Nazrin - Speaker Perak akan cadang tarikh sidang DUN bagi mohon perkenan Sultan Nazrin - Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41608261129_PARLIMEN.jpg)
Persidangan DUN Perak sepatutnya diadakan selewat-lewatnya Jun ini selepas persidangan terakhir pada Disember lepas ketika pembentangan Belanjawan 2021 negeri.- Gambar fail
![Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739600767_DatukMohdJoehariM.jpg)
Joehari Presiden FAM baharu, Dollah dan Zainal bantu teraju pengurusan tertinggi
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.
![Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739593151_TBIMAN.jpg)
Iman Aliff mahu lakar sejarah di Olimpik menerusi Muay Thai
Atlet Muay Thai negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib menaruh harapan besar agar sukan tempur itu dapat dipertandingkan pada temasya Sukan Olimpik.
![Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.
![Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.
![Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi! Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739595654_AwieMBOR.jpg)
Konsert 'Triad', kegilaan tiga jam yang amat berbaloi!
MEMANG sukar untuk dipercayai sebenarnya apabila melihat Datuk Awie mampu 'henjut' lebih 25 buah lagu bersama tiga kumpulan rock berbeza untuk tempoh tiga jam tanpa henti.
![Wanita ditemui mati dalam tandas Wanita ditemui mati dalam tandas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739599151_WanitaMautTandas.jpg)
Wanita ditemui mati dalam tandas
Seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam tandas yang berkunci di sebuah rumah di Taman Yuk Kwan di Batu Gajah pada Sabtu.
![Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739595287_TBZaliha.jpg)
Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.
![Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739597935_TBbotterbalik.jpg)
Bot terbalik: Tiga sekeluarga selamat, seorang dikhuatiri lemas
Seorang pemuda dikhuatiri lemas manakala tiga lagi ahli keluarganya terselamat selepas bot digunakan mereka untuk menjala terbalik di Jasin.
![CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739590711_CaptainNorazmanMah.jpg)
CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.
Hampir 10,000 kakitangan agensi kerajaan dipecat pentadbiran Trump
Kempen Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan penasihatnya, Elon Musk untuk mengurangkan birokrasi negara itu secara ketara menyaksikan pemecatan hampir 10,000 kakitangan kerajaan Persekutuan.
![Sidang Khas Parlimen: KPM, KPT wajar bentang isu pendidikan negara - JKPPH Sidang Khas Parlimen: KPM, KPT wajar bentang isu pendidikan negara - JKPPH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626513176_TBpdpr.jpg)
Sidang Khas Parlimen: KPM, KPT wajar bentang isu pendidikan negara - JKPPH
Jawatankuasa tersebut dalam satu kenyataan bersama menggesa agar perancangan kerajaan berhubung isu pendidikan yang dirangka KPM dan KPT dibentang.
![UMNO dilihat tamak kuasa jika keluar kerajaan PN - Penganalisis politik UMNO dilihat tamak kuasa jika keluar kerajaan PN - Penganalisis politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603626940_DrJeniriAmir.jpg)
UMNO dilihat tamak kuasa jika keluar kerajaan PN - Penganalisis politik
Tindakan sedemikian juga boleh mengundang kecaman dan dipandang negatif.
![Buka Parlimen: 'We will see you soon' - Timbalan Speaker Buka Parlimen: 'We will see you soon' - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71624945072_agong.jpg)
Buka Parlimen: 'We will see you soon' - Timbalan Speaker
Sesi sembah maklum kedua-dua Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim di Istana Negara berakhir kira-kira 12 tengah hari tadi.
![Buka Parlimen: Kuasa Agong dengan nasihat jemaah menteri - Peguam Negara Buka Parlimen: Kuasa Agong dengan nasihat jemaah menteri - Peguam Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41602821872_parlimen.jpg)
Buka Parlimen: Kuasa Agong dengan nasihat jemaah menteri - Peguam Negara
Penjalanan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil Parlimen bersidang hendaklah dijalankan mengikut nasihat jemaah menteri.
![Sidang Parlimen secara hibrid dijangka akhir Ogos, awal September - Yang di-Pertua Dewan Sidang Parlimen secara hibrid dijangka akhir Ogos, awal September - Yang di-Pertua Dewan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61622362361_TBParlimen.jpg)
Sidang Parlimen secara hibrid dijangka akhir Ogos, awal September - Yang di-Pertua Dewan
Sedikit masa lagi diperlukan oleh Parlimen Malaysia untuk memperolehi bekalan, mengintegrasikan sistem persidangan hibrid dengan sistem sedia ada, ujian, pentauliahan dan juga latihan.
![Perak akan cadang tarikh sidang DUN bagi mohon perkenan Sultan Nazrin - Speaker Perak akan cadang tarikh sidang DUN bagi mohon perkenan Sultan Nazrin - Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41608261129_PARLIMEN.jpg)
Perak akan cadang tarikh sidang DUN bagi mohon perkenan Sultan Nazrin - Speaker
Kerajaan Negeri Perak akan mencadangkan tarikh bagi mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah untuk memohon perkenan baginda.
![Pembukaan Parlimen medan terbaik cari penyelesaian COVID-19 - Mohd Razlan Pembukaan Parlimen medan terbaik cari penyelesaian COVID-19 - Mohd Razlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81624064752_MohdRazlanRafii.jpg)
Pembukaan Parlimen medan terbaik cari penyelesaian COVID-19 - Mohd Razlan
Pelbagai isu boleh dibincang serta diperdebat di Dewan Rakyat, terutamanya Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan Perdana Menteri baru-baru ini.
![Pembukaan Parlimen: PH ambil pendekatan 'Khemah Besar', serah memorandum kepada Agong Pembukaan Parlimen: PH ambil pendekatan 'Khemah Besar', serah memorandum kepada Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61605658162_TBGENERICPARLIMEN.jpg)
Pembukaan Parlimen: PH ambil pendekatan 'Khemah Besar', serah memorandum kepada Agong
Pakatan Harapan (PH) akan mempersembahkan satu memorandum yang ditandatangani semua Ahli Parlimennya kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara agar pembukaan semula Parlimen.