JERLUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan sekelompok kecil golongan bukan Islam yang melabelnya sebagai Islamist atau menerapkan konsep Islam secara berlebihan dalam kerajaan pimpinannya adalah satu pandangan yang haprak.
Menurut beliau, keputusan dalam memperluaskan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bukan bertujuan seperti dimaksudkan kelompok berkenaan sebaliknya ia adalah langkah agar kefahaman umat Islam dalam ajaran agama dapat dipertingkatkan.
Selain itu, ianya juga adalah platform dalam mengelakkan berlaku pertembungan yang lebih serius sesama masyarakat yang berbeza kaum dan agama di Malaysia pada masa akan datang.
"Ada kalangan kelompok kecil bukan Islam menulis, secara kasar mengatakan (bahawa) Anwar sekarang ini mempamerkan sikap Islamist yang cuba diselindungi selama ini, dengan mengarahkan Jakim menguasai semua sistem, ini haprak punya pandangan.
"Saya hendak beritahu rakan-rakan saya yang bukan Islam, terima kasih atas sokongan mereka, tetapi mereka harus faham, kalau umat Islam ini ilmunya dangkal, kecenderungan itu (untuk) menghukum (sahaja), kalau sikap itu bengis, keras, (ia) tidak (akan) membawa rakyat menarik dan meminati Islam," katanya.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah di Kampung Melele, Kodiang pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan bahawa kerajaan pimpinannya tidak pernah mengabaikan agenda pembangunan melibatkan pendidikan Islam.
Ianya dibuktikan apabila sejumlah RM821 juta di bawah Kementerian Pendidikan telah diperuntukkan bagi pengoperasian dan pembangunan pendidikan Islam khususnya bagi 228 sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) yang berdaftar di bawah kementerian seluruh negara.
Langkah itu jelasnya tetap dilaksanakan meskipun kerajaan menghadapi kekangan kewangan, hutang yang banyak dan perbelanjaan defisit ketika ini.
Pada Ahad, Anwar menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan mahu memperluaskan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam usaha mengangkat martabat dan darjat negara.
Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, pihaknya telah bertemu dengan kepimpinan Jakim baru-baru ini dan mahu mereka untuk membantu melakar rangka dasar pembangunan negara berteraskan Malaysia Madani.
Abd Hadi Che Awang
Sat Jun 17 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah Melele, Kodiang hari ini. - Foto BERNAMA

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

PM Anwar sampaikan sumbangan TabungKasih@HAWANA kepada pengamal media veteran
Sumbangan itu disampaikan Perdana Menteri ketika menyantuni pengamal media berkenaan pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media di Angkasapuri.

KBS perlu kaji semula kursus, latihan kemahiran agar selari kehendak industri - PM Anwar
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu mengkaji semula kursus dan latihan kemahiran agar memenuhi kehendak industri.

Projek pembangunan dan kebajikan rakyat diteruskan di semua kawasan - PM Anwar
Perdana Menteri memberi jaminan segala projek pembangunan dan kebajikan rakyat di semua kawasan akan diteruskan.

PM Anwar ucap takziah kepada mangsa banjir di Beaufort - Shamsul Iskandar
Kerajaan persekutuan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada mangsa banjir melalui NADMA dan menyeru kerjasama agensi persekutuan serta negeri dalam misi pascabanjir.

Kerajaan mahu guna kepakaran anak tempatan tingkat keselamatan siber negara
Mesyuarat Keselamatan Siber Negara membincangkan trend penurunan insiden keselamatan siber dan pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024.

PM Anwar dijadual terima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia petang ini
Mereka akan membincangkan hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan AS, serta kepengerusian ASEAN 2025.

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

LHDN tumpu pelaksanaan e-Invois, pembesaran asas cukai dan inisiatif baharu
Sistem taksir sendiri bagi duti setem dan sistem taksir sendiri cukai keuntungan harta tanah serta cukai aktiviti perniagaan Labuan juga akan diberikan penekanan.