Peratusan keluar mengundi yang rendah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia adalah berikutan cuti hujung minggu yang panjang serta cuaca hujan dan mendung sepanjang tempoh pengundian.
Demikian menurut pemenang kerusi DUN Seri Setia, Halimey Abu Bakar daripada Pakatan Harapan (PH) selepas menewaskan calon PAS, Dr Halimah Ali dengan majoriti 4,027 undi pada PRK itu pada Sabtu.
Halimey, 46, yang mewakili PKR, memperoleh sebanyak 13,725 undi manakala Dr. Halimah, 58, yang merupakan bekas Ahli Exco kerajaan negeri Selangor, mendapat sejumlah 9,698 undi.
Bercakap pada sidang media selepas keputusan diumumkan, Halimey berkata perkara utama yang akan diusahakan ialah masalah yang dihadapi oleh penduduk Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang.
"Saya sedia menjadi pengantara antara penduduk dengan kerajaan negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk berbincang bagi mengatasi pelbagai masalah yang dialami oleh penghuni flet itu," katanya.
Selain itu, katanya, beliau juga akan menambah baik pusat khidmat masyarakat di kawasan berkenaan untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkesan untuk penduduk di sekitar Seri Setia.
Sementara itu, usaha Bernama untuk mendapatkan reaksi Dr Halimah tidak berhasil.
Terdahulu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi PRK DUN Seri Setia, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata peratusan keluar mengundi pada PRK berkenaan adalah 44.1 peratus.
Menurutnya jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah seramai 23,423 orang berbanding 53,492 pengundi layak mengundi bagi DUN Seri Setia.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia menikmati cuti hujung minggu yang panjang berikutan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong hari ini dan esok cuti serta Awal Muharam, Selasa ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 08 2018

Halimey memperoleh sebanyak 13,725 undi manakala Dr Halimah mendapat sejumlah 9,698 undi. - Astro AWANI/Shahir Omar

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Peratusan keluar undi rendah kerana cuaca dan cuti panjang
Jumlah pengundi yang keluar mengundi adalah seramai 23,423 orang berbanding 53,492 pengundi layak mengundi bagi DUN Seri Setia.

Calon PH mengundi di SK Kg Lindungan
Halimey turut menggesa pengundi Seri Setia turun menunaikan tanggungjawab masing-masing hari ini.

Warga emas pesakit strok antara pengundi paling awal di Seri Setia
Saad Morad tiba seawal jam 7.30 pagi dan menunggu kira-kira setengah jam sebelum ke kaunter semakan daftar pemilih.

PH atau Pas, kalau menang turunlah selalu - Pengundi Seri Setia
Pengundi di DUN Seri Setia mengharapkan agar calon yang menang akan menunaikan janji selain kerap turun ke kawasan.

Kerjasama Pas-UMNO kini formal - Penganalisis politik
Kehadiran beberapa pimpinan UMNO jelas tanda sokongan kepada calon Pas, Dr Halimah Ali dan ia menunjukkan kebersamaan dalam konteks pembangkang.

PRK Balakong dan Seri Setia: Logo baru, satu lawan satu dan kerjasama Pas-UMNO
Keputusan kedua-dua PRK itu tidak akan mengubah kerajaan yang memerintah di negeri paling maju itu kerana majoriti besar yang dimiliki PH.

Satu lawan satu di PRK Seri Setia
Pengumuman rasmi dibuat Pegawai Pengurus PRK Seri Setia yang juga Datuk Bandar Petaling Jaya Datuk Mohd Azizi Mohd Zain.

'Tiada nilai tambah sekiranya pembangkang menang PRK Seri Setia'
Pihaknya yakin pengundi di Seri Setia akan memilih calon Pakatan Harapan (PH) berdasarkan rekod cemerlang parti pemerintah itu yang mentadbir Selangor sejak 10 tahun lepas.

Dr Halimah Ali calon Pas Di PRK Seri Setia
Dr Halimah yang juga merupakan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang dipilih kerana beliau merupakan seorang pemimpin yang berpengaruh di Selangor.

PRK Seri Setia dan Balakong serentak 8 September
Dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Seri Setia dan Balakong akan diadakan serentak pada 8 September ini.