PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan membawa isu berkaitan tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pada Mesyuarat Kabinet, Rabu ini.
Ahli Parlimen Bera itu berkata, beliau akan membawa pandangan semua pihak tentang tarikh pilihan raya itu, memandangkan Kabinet mempunyai wakil daripada pelbagai parti.
Malah, kata Naib Presiden UMNO itu lagi, perbincangan dengan Kabinet itu mungkin lebih cepat daripada pertemuan dengan pemimpin atasan UMNO atau ‘Top 5' yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, dan tiga Naib Presiden parti.
"Saya akan bawa dalam Kabinet juga. Apa yang disebutkan oleh semua pihak. Kalau (Tan Sri) Muhyiddin kata nak PRU15 cepat, tidak kira sebab, kita akan bincang dalam Kabinet kerana ada wakil dalam Kabinet. Ada wakil Bersatu, GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan UMNO.
"Kita akan bawa dalam mesyuarat Kabinet. Secepat mungkin, mungkin lebih mendahului daripada Top 5. Hari Rabu ini akan ada mesyuarat Kabinet sebelum saya berlepas ke UNGA (Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu). Mungkin saya boleh bawa dalam mesyuarat Kabinet minggu ini,” katanya lagi.
Awal hari ini Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara serta Pengerusi Perikatan Nasional (PN), beranggapan ada keperluan untuk Parlimen dibubarkan lebih awal, bagi memberi ruang untuk rakyat memilih kerajaan yang lebih efektif.
Beliau berkata, saranan itu dikeluarkan selepas melihat ada kelemahan dalam kerajaan pimpinan Ismail Sabri berkaitan pengurusan ekonomi dan negara.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, beliau akan membawa beberapa isu berkaitan PRU15 ke dalam mesyuarat tersebut, termasuk juga pengurusan ekonomi seperti yang dibangkitkan Muhyiddin.
"Kita akan bincang, yang pertamanya, mungkin perbentangan dari segi ekonomi kerana sudah ada disebut samada kita berjaya atau gagal. Dan saya akan minta laporan daripada (Datuk Seri) Mustapa Mohamed (Menteri Hal Ehwal Ekonomi) untuk beritahu kita.
"Kalau soal PRU15 yang perlu kita bincang, kita akan bincang dalam Kabinet,” katanya lagi.
Sebelum ini beberapa pakar Perlembagaan membangkitkan Peruntukan Perlembagaan tentang penentuan tarikh PRU, terutamanya berkaitan Perkara 40(1) dan (1A) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara itu memperuntukkan antara lain, dalam menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima serta bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan.
Firdaus Azil
Mon Sep 19 2022

Perdana Menteri berkata, akan membawa pandangan semua pihak tentang tarikh pilihan raya, memandangkan Kabinet mempunyai wakil daripada pelbagai parti. - Gambar fail

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.

Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.

PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.

PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.

PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.

Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.

PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.

Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.