KUCHING: Sesiapa pun yang akan menjadi Perdana Menteri ke-9 nanti perlu terus menjaga hak istimewa Sarawak.
Demikian harapan Naib Presiden Parti Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengenai situasi hangat politik di peringkat persekutuan ketika ini
Baginya, siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu perlulah bersikap seperti seorang bapa yang menjaga kesemua negeri di bawah pentadbirannya dengan saksama, dan tidak terkecuali Sarawak.
“Kita (Sarawak) mempunyai hak istimewa maka sesiapa yang menjadi Perdana Menteri mesti cakna hak tersebut dan memastikannya tidak terhakis.
"Ia telah terhakis sejak 50 tahun lalu dan kita sedang berusaha mendapatkan semula hak istimewa itu.
“Semasa tampuk pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin selama satu setengah tahun lepas kita dapat melihat beliau bersimpati dengan kita dan kita dapat memperoleh beberapa hak tersebut kembali maka siapa yang menggantikannya selepas ini kita harap akan dapat meneruskan perkara ini,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak berkata demikian semasa sidang media Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Sarawak selaku menteri penyelaras di Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada Selasa.
Tambahnya, calon yang akan diangkat sebagai Perdana Menteri harus mempunyai sokongan dan keyakinan majoriti daripada Ahli Parlimen serta ketua parti politik seluruh negara.
Kaedah ini sama seperi yang telah dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong semasa pemilihan Perdana Menteri ke-8 tahun lalu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Justeru itu beliau tidak menolak kemungkinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.
“Jadi siapa pemimpin tersebut kemungkinannya pemimpin lama, kemungkinannya pemimpin baru ataupun kemungkinannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri kalau semua masih setuju dengan beliau.. saya percaya tidak salah untuk beliau dilantik semula sebagai Perdana Menteri,” katanya.
Dalam pada itu, Karim berpendapat pentadbiran negara tidak terjejas meskipun tidak mempunyai kabinet menteri ketika ini.
Beliau percaya dengan kecekapan badan perkhidmatan awam, pengurusan pentadbiran itu akan dilaksanakan dengan baik dalam tempoh Malaysia mencari Perdana Menteri baharu.
“Pentadbiran negara pada masa ini masih berjalan dengan baik kerana kita mempunyai badan perkhidmatan awam yang cekap untuk mentadbir walaupun eksekutif ataupun menteri-menteri ataupun kementerian-kementerian tidak ada,” jelasnya.
Peletakan jawatan Muhyiddin sebagai pemimpin nombor satu negara adalah selaras dengan Perkara 402(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Muhyiddin sebelum itu mengakui beliau terpaksa meletak jawatan selepas hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat susulan penarikan sokongan 15 ahli parlimen UMNO.
Fadilah Sulaiman
Tue Aug 17 2021

Abdul Karim tidak menolak kemungkinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9. - Foto Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

‘Pemimpin 33 bulan dahulu hanya tahu kritik, masalah tak selesai’ - PM
Kerajaan MADANI tidak akan meminggirkan mana-mana kaum dalam soal kesejahteraan hidup, terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan.

Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.

PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.

Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.

Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.

PM Anwar perkukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia di Davos
Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos, di sini dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.

PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.

Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.

PM Perancis Francois Bayrou terselamat undi tidak percaya
Ahli Parlimen Perancis pada Khamis mengundi menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou, lapor Xinhua.

Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.