PUTRAJAYA: Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' turut menjalankan fungsi sebagai kerajaan 'caretaker', demikian menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Dalam satu kenyataan hari ini mengenai fungsi dan peranan kerajaan 'caretaker', Mohd Zuki berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan secara khusus mengenai fungsi dan peranan kerajaan 'caretaker', namun berdasarkan konvensyen dalam sistem demokrasi berparlimen di negara-negara Komanwel, ia hanya berfungsi untuk mentadbir negara sehingga satu kerajaan baharu dibentuk.
"Dalam hal ini, kerajaan caretaker boleh mengambil tindakan-tindakan bagi maksud menjalankan urusan pentadbiran kerajaan.
"Walau bagaimanapun, kerajaan caretaker tidak boleh membuat apa-apa keputusan dan dasar yang boleh mengikat, atau mengambil apa-apa tindakan yang boleh memberi implikasi kewangan dan membebankan kerajaan baharu yang bakal dibentuk, melainkan tindakan tersebut perlu dilaksanakan demi kepentingan awam," katanya.
[LAPOR LANGSUNG] Pembentukan kerajaan baharu, siapa PM ke-9?
BACA SEMUA BERHUBUNG POLITIK MALAYSIA DI SINI
Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
Pelantikan sebagai perdana menteri sementara itu diputuskan setelah Seri Paduka berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai perdana menteri, serta seluruh Jemaah Menteri yang berkuat kuasa semalam.
Memperincikan mengenai peranan kerajaan 'caretaker' itu, Mohd Zuki berkata, kerajaan 'caretaker' boleh menjalankan tugasan rasmi rutin, termasuk kuasa yang diberi di bawah undang-undang bagi memastikan kerajaan berfungsi.
Beliau berkata, kerajaan 'caretaker' juga boleh mengadakan mesyuarat rasmi berhubung urusan pentadbiran kerajaan.
Beliau berkata, kerajaan 'caretaker' boleh meneruskan pelaksanaan dasar serta program sedia ada, berdasarkan peruntukan kewangan yang diluluskan sebelum perdana menteri meletakkan jawatan seperti Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Pelan Pemulihan Negara dan bantuan-bantuan lain.
"Kerajaan 'caretaker' juga boleh melaksanakan apa-apa perjanjian, kontrak dan aku janji, yang mana dasar telah diluluskan oleh kerajaan atau peruntukan mengenainya telah diluluskan di Parlimen, seperti Belanjawan tahun semasa," katanya.
Mohd Zuki berkata, kerajaan 'caretaker' juga boleh mengadakan mesyuarat dan menghadiri majlis-majlis rasmi yang telah dijadualkan bagi sesuatu projek atau program kerajaan. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 17 2021

Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jabatan Peguam Negara siar Warta Kerajaan pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sementara
Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau 'caretaker'.

Takiyuddin, KSN, Peguam Negara bertemu di kediaman Muhyiddin
Begitupun, tidak dapat dipastikan intipati pertemuan tersebut memandangkan tiada di antara mereka mengeluarkan kenyataan berkaitan pertemuan tersebut setakat ini.

Kabinet saya hanya fikir COVID-19, bukan politik - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, jika pemimpin terbabit meletakkan fokus kepada usaha menyelamatkan rakyat, sudah tentu kerajaan PN tidak akan tumbang.

Sebagai Perdana Menteri Caretaker, peranan Muhyiddin berbeza, kuasa juga sangat terbatas
Muhyiddin juga tidak boleh meluluskan peruntukan kewangan yang besar dan membuat keputusan untuk negara.

Ini curahan hati Muhyiddin, akhiri perjalanan di Perdana Putra
Perdana Menteri Caretaker, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional mampu menempuh pelbagai dugaan walaupun dalam keadaan sukar.

Muhyiddin mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Muhyiddin harap kerajaan baharu dapat dibentuk segera agar pentadbiran negara tidak terganggu dan berjalan seperti biasa.