Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan mesyuarat dan Perhimpunan Agung pertamanya selama empat hari bermula 25 Jun ini.
Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pencalonan bagi pemilihan parti akan bermula pada 26 Jan, disusuli mesyuarat peringkat cawangan yang bermula 15 Feb hingga 29 Mac manakala mesyuarat di peringkat bahagian pada 18 April.
"Jumlah bahagian yang layak bersidang adalah 189 manakala jumlah ahli yang layak mengambil bahagian dalam persidangan adalah 363,167 (ahli)," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di sini pada Jumaat.
Menurut Dr Mahathir, jumlah ahli parti yang layak mengambil bahagian dalam persidangan parti berkenaan diperoleh selepas parti itu menjalankan proses pemutihan ahli.
BACA: Selepas empat tahun penubuhan, Bersatu bakal hadapi pemilihan
BACA: Ada pengecualian khas benarkan bekas ahli UMNO bertanding dalam Bersatu - Tun Mahathir
Mengenai tempoh penggantungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil Adhif Shan Abdullah sebagai Ketua ARMADA Selangor dan beberapa ahli Bersatu lain yang masih dalam siasatan polis berhubung kes dadah, Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri berkata ia akan ditentukan kemudian.
"Setakat ini parti belum ada keputusan dan kita kena tunggu siasatan kes ini dijalankan terlebih dahulu," katanya.
Pada Khamis, Adhif Shan digantung serta-merta daripada jawatannya sebagai Ketua ARMADA Selangor dan tindakan sama turut diambil ke atas Penolong Setiausaha sayap parti itu, Ahmad Redzuan Mohamad Shafi.
BACA: ADUN Dengkil, Adhif Syan nafi ditahan polis, positif dadah
BACA: Dakwaan ADUN ditahan: KPN sahkan 16 daripada 17 positif dadah, identiti tidak didedah
Media baru-baru ini melaporkan, Adhif Shan ditahan bersama 16 yang lain dalam serbuan polis di sebuah unit kondominium di Jalan Puchong, dengan hasil saringan awal mendapati 16 daripada mereka dikesan positif dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 17 2020
![Perhimpunan Agung Bersatu bermula 25 Jun Perhimpunan Agung Bersatu bermula 25 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524481292_logoPPBM.jpg)
Jumlah bahagian Bersatu yang layak bersidang adalah 189 manakala jumlah ahli yang layak mengambil bahagian dalam persidangan adalah 363,167.
![Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739196996_TBbanjir.jpg)
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.
Consider This: Parliamentary Reform (Part 1) — Reviving the Parliamentary Services Act
In 1992, the Malaysian government under Prime Minister Mahathir Mohamad, repealed the Parliamentary Services Act—placing Parliament services under the jurisdiction of the Prime Minister’s Department. Now, the current government has promised to table a new PSA in this parliamentary session, to restore Parliament’s independence. What does a truly independent and effective parliament look like—and why should it matter to you? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Thomas Fann, Founding Member of Projek SAMA, and former chairperson of BERSIH.
AWANI Tonight: Govt to revoke Ramadan bazaar licences if traders sell them
The government is cracking down on the illegal sale of Ramadan bazaar licences, warning that violators will face immediate revocation.
AWANI Tonight: Trump to announce 25% steel, aluminium tariffs
U.S. President Donald Trump will impose 25% tariffs on all steel and aluminium imports, while warning of retaliatory tariffs on countries that impose duties on American goods. Donald Trump, steel, aluminium, tariff
Consider This: Parliamentary Reform (Part 2) — Reviving the Parliamentary Services Act
In 1992, the Malaysian government under Prime Minister Mahathir Mohamad, repealed the Parliamentary Services Act—placing Parliament services under the jurisdiction of the Prime Minister’s Department. Now, the current government has promised to table a new PSA in this parliamentary session, to restore Parliament’s independence. What does a truly independent and effective parliament look like—and why should it matter to you? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Maha Balakrishnan is a Parliamentary and Institutional Development Specialist and Member of the All-Party Parliamentary Group on Integrity, Governance & Anti-Corruption.
![KPDN Terengganu rampas lebih 30,000 liter diesel dipindah tanpa kebenaran KPDN Terengganu rampas lebih 30,000 liter diesel dipindah tanpa kebenaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712385465_SaharuddinMohdKia.jpg)
KPDN Terengganu rampas lebih 30,000 liter diesel dipindah tanpa kebenaran
KPDN Terengganu merampas sebuah lori tangki dan lima tangki gelongsor yang memuatkan 32,760 liter diesel di sebuah stor di Kawasan Perindustrian Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.
![Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739194805_TBabangadik.jpg)
Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa.
![Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan tarif Trump
Keuntungan Axiata, Tenaga Nasional dan Maybank membantu mengimbangi kerugian sebelum ini dalam indeks utama Bursa Malaysia.
![Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737685068_TBgari.jpg)
Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah
Lelaki yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi didapati berada di bawah pengaruh dadah.
AWANI Ringkas: Dua juta pengunjung dijangka banjiri Batu Caves
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Perhimpunan Agung Bersatu bermula 25 Jun Perhimpunan Agung Bersatu bermula 25 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524481292_logoPPBM.jpg)
Perhimpunan Agung Bersatu bermula 25 Jun
Pencalonan bagi pemilihan parti akan bermula pada 26 Jan, disusuli mesyuarat peringkat cawangan yang bermula 15 Feb hingga 29 Mac manakala mesyuarat di peringkat bahagian pada 18 April.