KUALA LUMPUR: Kenyataan beberapa pemimpin UMNO agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding dalam pemilihan parti akan datang, hanyalah bersifat membodek semata-mata.
Ketua Puteri UMNO Ledang, Nadhirah Afiqah Abdul Rahim dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia bukan pendirian lebih tiga juta ahli UMNO di negara ini.
Beliau berkata, majoriti ahli parti lebih cenderung untuk melihat demokrasi di dalam UMNO dihidup dan disuburkan semula, selepas penangguhan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan sebelum ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Jika sebelum ini alasan penangguhan pemilihan adalah disebabkan tidak mahu berlaku perpecahan menjelang PRU15, justeru usai PRU15 seharusnya proses demokrasi yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO ini dihormati dan dipatuhi.
“Cadangan agar jawatan utama terutamanya Presiden tidak dipertandingkan juga dilihat memperlekeh kebolehan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam mempertahan jawatan yang disandangnya kini,” katanya lagi.
BACA: Belum ada keputusan dua jawatan tertinggi UMNO akan dipertanding - Ahmad Maslan
Sebelum ini beberapa pemimpin UMNO, termasuk Ketua-ketua Bahagian, mendesak agar dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan, demi memastikan kesatuan dalam parti.
Mengulas lanjut, Nadhirah berkata, sebagai pemimpin yang bijaksana, Presiden UMNO telah 'berjaya memastikan UMNO terus berada dalam Kerajaan' walaupun hanya memenangi 26 kerusi dalam PRU15 yang lalu.
Tambahnya, sebagai seorang pemimpin yang berdarah pahlawan, Ahmad Zahid juga telah 'berjaya mendapatkan semula jawatan Timbalan Perdana Menteri' yang pernah disandang beliau sebelum ini.
“Dengan rekod pencapaian ini, adalah mustahil beliau akan berasa gentar untuk menghadapi apa-apa cabaran dalam pemilihan parti malah pastinya akan mempertahan dan melindungi asas demokrasi dalam UMNO,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Dec 26 2022
![Permintaan jawatan Presiden UMNO, timbalan tidak dipertanding hanya bersifat 'bodek' - Ketua Puteri UMNO Ledang Permintaan jawatan Presiden UMNO, timbalan tidak dipertanding hanya bersifat 'bodek' - Ketua Puteri UMNO Ledang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81664883817_perjumpaankhas.jpg)
Nadhirah Afiqah berkata, permintaan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding, bukan pendirian lebih tiga juta ahli UMNO di negara ini. - Gambar fail
![Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314407_protest.jpg)
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia 24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314325_flood.jpg)
24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.
![Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737941629_YoonSukYeolSouth.jpg)
Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.
![Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739308976_SheikhMujiburRahma.jpg)
Bangladesh sasar pilihan raya menjelang Disember
Kerajaan peralihan Bangladesh sedang berusaha untuk mengadakan pilihan raya umum menjelang Disember tahun ini.
![Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720081108_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Dua wanita kerugian hampir RM50,000 selepas disamun di sebuah runcit di Bandar Parklands, Klang pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong dalam satu kenyataan pada Selasa berkata kejadian berlaku kira-kira 2 petang apabila premis terbabit dimasuki seorang lelaki bersenjatakan parang dan meluru ke arah seorang pelanggan wanita berusia 59 tahun.
Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor pada Selasa malam.
![Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739309087_KingAbdullahII.jpg)
Jordan tegas menentang pemindahan rakyat Palestin – Raja Abdullah
Usaha bangunkan semula Gaza tanpa memindahkan rakyat Palestin serta menangani krisis kemanusiaan harus menjadi keutamaan semua pihak, kata Raja Abdullah.
![Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739308707_DonaldTrump.jpg)
Trump kongsi cadangan bangunkan Gaza sekalipun ditentang Raja Jordan
Lawatan Raja Abdullah ke Washington berlaku dalam saat genting bagi gencatan senjata di Gaza.
"Kami tetap akan ambil alih Gaza" - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sekali lagi menegaskan rancangannya untuk mengambil alih Gaza dalam pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah, pada selasa.
![Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739096345_ZafrulAbdulAziz.jpg)
Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO.
![Ahmad Zahid yakin tiada ahli Parlimen BN alih sokongan Ahmad Zahid yakin tiada ahli Parlimen BN alih sokongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720855831_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid yakin tiada ahli Parlimen BN alih sokongan
Tiada keperluan ahli Parlimen BN untuk memberi sokongan terhadap pembangkang meskipun mereka mempunyai alasan politik tersendiri.
![UMNO kian kukuh, keahlian terus bertambah - Ahmad Zahid UMNO kian kukuh, keahlian terus bertambah - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715506701_AhmadZahidHamidi.jpg)
UMNO kian kukuh, keahlian terus bertambah - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti pimpinannya itu kian kukuh, di sebalik pelbagai tohmahan dilontarkan pihak tertentu.
!['UMNO tak akan tenggelam dalam lipatan sejarah' - Zahid 'UMNO tak akan tenggelam dalam lipatan sejarah' - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715495898_UMNOZahid.jpg)
'UMNO tak akan tenggelam dalam lipatan sejarah' - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersumpah dan tekad untuk memastikan parti itu tidak akan tenggelam dalam lipatan sejarah.
![Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710595472_TBZAHIDHAMIDITANAHME.jpg)
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.
![Wanita UMNO Sabah kekal pendirian sokong Zahid Hamidi Wanita UMNO Sabah kekal pendirian sokong Zahid Hamidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81693007327_WanitaUMNOSabah.jpg)
Wanita UMNO Sabah kekal pendirian sokong Zahid Hamidi
Mendesak Presiden parti letak jawatan bukan jalan tuntas yang boleh menyelesaikan masalah.
![WarisPEKEMBAR pertahan Zahid Hamidi, sasar perhimpunan besar 30 Ogos WarisPEKEMBAR pertahan Zahid Hamidi, sasar perhimpunan besar 30 Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692956059_zahid.jpg)
WarisPEKEMBAR pertahan Zahid Hamidi, sasar perhimpunan besar 30 Ogos
Shahbudin Embun berkata, tidak wajar untuk meletakkan beban ke atas Ahmad Zahid semata-mata, ekoran prestasi UMNO sewaktu PRN enam negeri baru-baru ini.
![UMNO Bukit Bendera sokong Zahid Hamidi kekal sebagai Presiden parti UMNO Bukit Bendera sokong Zahid Hamidi kekal sebagai Presiden parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692585378_ZahidHamidi.jpg)
UMNO Bukit Bendera sokong Zahid Hamidi kekal sebagai Presiden parti
Budaya mendesak pemimpin parti letak jawatan perlu dihentikan kerana tindakan itu tidak menyelesaikan masalah.
![Ahmad Zahid perlu letak jawatan - Idris Jusoh Ahmad Zahid perlu letak jawatan - Idris Jusoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-12/51544782259_TANYAGOMEN.jpg)
Ahmad Zahid perlu letak jawatan - Idris Jusoh
Idris Jusoh mahu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab atas kekalahan besar dialami Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).
![PRN: Kena 'bantai' teruk pun, Zahid Hamidi tidak akan turun - KJ PRN: Kena 'bantai' teruk pun, Zahid Hamidi tidak akan turun - KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691821016_KhairyJamaluddin.jpg)
PRN: Kena 'bantai' teruk pun, Zahid Hamidi tidak akan turun - KJ
KJ yakin Ahmad Zahid akan ambil langkah sama seperti yang dilakukan ketika BN tewas di kebanyakan kerusi pada PRU15 lalu.