Status permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat hanya akan diketahui selepas Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan berhubung petisyen pengampunan yang dikemukakan keluarga ketua pembangkang itu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menerima surat permohonan daripada peguam Anwar, S. Sivarasa mengenai perkara itu dan telah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara serta Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
"Sebagaimana yang diketahui, ia tertakluk kepada interpretasi perundangan tetapi yang lebih penting ialah Lembaga Pengampunan belum bersidang maka tentunya keputusan kita juga tertangguh.
"Lembaga Pengampunan hanya akan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila ditanya mengenai status permohonan Anwar, yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh, untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang bermula 9 Mac ini.
Ahmad Zahid berkata Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal penjara hanya boleh membuat keputusan mengenai kedudukan seseorang anggota Parlimen mengikut interpretasi perundangan.
"Terutama perkara 48 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Penjara serta undang-undang berkaitan dengan anggota Parlimen," katanya.
Pada 23 Feb lepas, isteri Anwar Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Nuha, mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pihak ketua pembangkang itu berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pada 10 Feb lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun dihadapinya bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari pada 26 Jun, 2008.
Bernama
Mon Mar 02 2015
![Permohonan Anwar hadir sidang parlimen tertakluk keputusan Lembaga Pengampunan Permohonan Anwar hadir sidang parlimen tertakluk keputusan Lembaga Pengampunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41360073872_295x200.jpg)
Status permohonan Anwar Ibrahim untuk hadir sidang parlimen hanya akan diketahui selepas Lembaga Pengampunan buat keputusan. - Ahmad Zahid
![Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738838225_DzulkeflyAhmad.jpg)
Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly
Enam klinik kesihatan (KK) di Sarawak antara 100 fasiliti kesihatan di seluruh negara yang akan menjalani transformasi digital tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
![Jasad Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan bersih, tidur mengiring - Saksi Jasad Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan bersih, tidur mengiring - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738837536_ZaynRayyan.jpg)
Jasad Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan bersih, tidur mengiring - Saksi
Jasad Zayn Rayyan berada dalam keadaan bersih serta tidur mengiring, dengan kakinya bengkok semasa ditemukan di atas timbunan pasir anak sungai berhampiran Apartment Idaman.
Kemboja sasar pertingkat sektor setaraf piawaian Bank Dunia
Chanthol menekankan kepentingan kerjasama berterusan dalam kalangan pihak berkepentingan yang berkaitan dan meminta sokongan Bank Dunia dalam menambah baik sektor logistik Kemboja.
![Pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah Pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738835746_rasuah.jpg)
Pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah
Seorang pegawai penguat kuasa direman bagi membantu siasatan kes meminta rasuah kira-kira RM5,000 daripada seorang wanita
Dasar fleksibel pacu pertumbuhan ekonomi Vietnam
Insentif cukai dan yuran yang dilaksanakan antara 2020 dan 2024 memberi sumbangan utama kepada pemulihan dan pembangunan sosio-ekonomi.
![Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738837483_TBCourtHammer.jpg)
Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera
Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya anak rakannya yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Kadar pengangguran di Filipina menurun pada Disember
Insentif cukai dan yuran yang dilaksanakan antara 2020 dan 2024 memberi sumbangan utama kepada pemulihan dan pembangunan sosio-ekonomi.
Malaysia bersedia tangani cabaran geopolitik, ekonomi
Malaysia bersedia untuk menangani cabaran geopolitik dan ekonomi yang mendesak dengan menggariskan tiga keutamaan, sekaligus menafikan Kepengerusian ASEAN tidak mempunyai panduan dan hala tuju yang jelas.
Visi Komuniti ASEAN bakal dilancarkan
Ia yang akan menzahirkan inspirasi ASEAN sebagai sebuah rantau yang bersepadu dari aspek politik, ekonomi dan sosial, seterusnya menjadi contoh kepada dunia.
Singapura belanja S$150 juta naik taraf saliran
Buat masa ini terdapat 19 projek menaik taraf perparitan yang sedang dijalankan, dengan enam lagi dijangka dimulakan tahun ini.
![Maria Chin mahu cabar pertuduhan di bawah APA 2012 Maria Chin mahu cabar pertuduhan di bawah APA 2012](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81440579901_MariaChin.jpg)
Maria Chin mahu cabar pertuduhan di bawah APA 2012
Selain Chin, tiga lagi iaitu Pengerusi Jingga 13, Mohd Fariz Abd Talib @ Musa, Pengurus Sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh dan Anggota Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin akan membuat permohonan sama
![Maria Chin, Mandeep ditahan polis, dibebas atas jaminan polis Maria Chin, Mandeep ditahan polis, dibebas atas jaminan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/81430207692_295x200.jpg)
Maria Chin, Mandeep ditahan polis, dibebas atas jaminan polis
Maria Chin Abdullah dan Mandeep Singh hari ini ditahan polis sejurus memberi keterangan di Balai Polis Dang Wangi tentang perhimpunan #KitaLawan
![#Kitalawan: Seorang daripada yang ditahan, individu diburu polis #Kitalawan: Seorang daripada yang ditahan, individu diburu polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/51380630192_295x200.jpg)
#Kitalawan: Seorang daripada yang ditahan, individu diburu polis
Seorang daripada empat lelaki yang ditahan sejurus perhimpunan #KitaLawan merupakan individu diburu polis.
![Jimmy Puah antara 4 individu ditahan di perhimpunan #KitaLawan di JB Jimmy Puah antara 4 individu ditahan di perhimpunan #KitaLawan di JB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61368768610_295x200.jpg)
Jimmy Puah antara 4 individu ditahan di perhimpunan #KitaLawan di JB
ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah dan ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin, antara empat individu yang ditahan polis selepas perhimpunan #KitaLawan yang diadakan di sini, petang semalam.
![Reman dibatalkan, Khalid Samad dibebaskan polis Reman dibatalkan, Khalid Samad dibebaskan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/51427599130_295x200.jpg)
Reman dibatalkan, Khalid Samad dibebaskan polis
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang ditahan awal pagi ini, telah dibebaskan selepas polis gagal mendapatkan reman.
![#KitaLawan: Selepas Fariz Musa, Khalid Samad pula ditahan #KitaLawan: Selepas Fariz Musa, Khalid Samad pula ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/51427599130_295x200.jpg)
#KitaLawan: Selepas Fariz Musa, Khalid Samad pula ditahan
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ditahan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan.
![Fariz Musa ditahan bantu siasatan perhimpunan #KitaLawan Fariz Musa ditahan bantu siasatan perhimpunan #KitaLawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/71427549752_295x200.jpg)
Fariz Musa ditahan bantu siasatan perhimpunan #KitaLawan
Fariz Musa ditahan di sini malam ini mengikut Seksyen 134 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan.
![Peserta himpunan #KitaLawan dihalang polis di Jalan Ampang Peserta himpunan #KitaLawan dihalang polis di Jalan Ampang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/81427537254_295x200.jpg)
Peserta himpunan #KitaLawan dihalang polis di Jalan Ampang
Peserta perhimpunan #KitaLawan terhenti di hadapan bangunan Wisma Selangor Dredging akibat halangan polis di Jalan Ampang.
![Tian Chua ditahan reman bantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan Tian Chua ditahan reman bantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/51426835594_295x200.jpg)
Tian Chua ditahan reman bantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan
Polis hari ini menahan Naib Presiden PKR, Tian Chua bagi membantu siasatan berhubung pembabitannya dengan perhimpunan #KitaLawan baru-baru ini.
!['Kenapa tahan saya? Saya mempunyai kekebalan di parlimen' - Nurul Izzah 'Kenapa tahan saya? Saya mempunyai kekebalan di parlimen' - Nurul Izzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/61426569191_295x200.jpg)
'Kenapa tahan saya? Saya mempunyai kekebalan di parlimen' - Nurul Izzah
Nurul Izzah, yang ditahan di lokap balai polis Jinjang sejak Isnin, berkata tahanan beliau merupakan penyalahgunaan kuasa pihak berkuasa.