KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) berhak menarik sokongannya daripada Kerajaan Perpaduan pada bila-bila masa sekiranya hak Sarawak dicabar atau statusnya dipersoalkan ujar Ketua Setiausaha Politik di Jabatan Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman.
Beliau merujuk kepada Perjanjian Persefahaman yang ditandatangani oleh parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan termasuk GPS di Putrajaya pada Jumaat.
Jelas Fazzrudin perjanjian persefahaman itu itu hanya berfungsi untuk memeteraikan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga akhir penggal berada dalam keadaan stabil.
“Perjanjian tersebut antara lain bertujuan untuk menggariskan komitmen pihak-pihak yang membentuk Kerajaan Perpaduan untuk melindungi Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, pengasingan kuasa, tadbir urus yang baik serta persamaan taraf antara Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah.
“Pada masa sama, ia memastikan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk akan stabil kerana parti-parti dalam kerajaan terikat untuk menyokong Perdana Menteri dalam meluluskan Rang Undang-undang di Parlimen,” ujarnya.
Dalam pada masa yang sama,Fazruddin turut menjelaskan bahawa perjanjian persefahaman yang ditandatangani itu tidak bermakna GPS hilang status berkecuali.
“Perjanjian Persefahaman yang ditandatangani adalah bertujuan untuk memastikan kerajaan persekutuan yang stabil.GPS masih GPS dan ia bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH).
“Kerajaan ini bukan kerajaan persekutuan PH, tetapi ia adalah kerajaan yang dibentuk oleh himpunan parti yang mempunyai objektif yang sama iaitu untuk membawa kestabilan kepada negara.
“Jika ini berlaku, GPS tidak akan kehilangan ahli parlimennya kerana ahli parlimen GPS sebelum ini bertanding di bawah symbol GPS dan sekiranya ia meninggalkan Kerajaan Perpaduan, keputusan akan dibuat sebagai satu blok dan bukan oleh ahli parlimen individu dan ini tidak melanggar Undang-undang Anti-Lompat Parti,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Fazruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong merangkap Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengiktiraf sokongan yang diberikan oleh perdana menteri dalam mengetengahkan perkara yang tidak dapat diselesaikan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk Sarawak dan Sabah
“Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan mandat penuh kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof untuk tuntutan MA63 yang tertunggak ini diselesaikan secepat mungkin dan kami menjangkakan pemulihan hak-hak yang terhakis kepada Sarawak,” ujarnya.
Azizah Alwi
Sat Dec 17 2022

Tegas Fazruddin perjanjian persefahaman yang ditandatangani itu tidak bermakna GPS hilang status berkecuali. - Astro AWANI
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

PRN: Calon PH, BN adalah calon saya - PM Anwar
Permuafakatan yang jitu antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membolehkan gabungan itu mengekalkan kepimpinan di peringkat pusat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dakwaan perjanjian persefahaman Kerajaan Perpaduan tidak berperlembagaan, tidak benar - TPM Fadillah
Dakwaan perjanjian persefahaman bagi membentuk Kerajaan Perpaduan sebagai tidak berperlembagaan adalah tidak benar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Perjanjian Persefahaman Kerjasama untuk mantapkan kestabilan politik, fokus kepada ekonomi
Ia adalah satu inisiatif jangka panjang untuk memastikan kestabilan politik negara dalam tahap terbaik dan kukuh supaya fokus kepada isu ekonomi dan rakyat dapat diutamakan.

Perjanjian permuafakatan bukti Anwar goyah - Muhyiddin
Perjanjian permuafakatan antara gabungan parti politik yang dimeterai, membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak yakin mampu meraih sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Permuafakatan: Perjanjian persefahaman Kerajaan Perpaduan jamin prinsip Perlembagaan
Empat prinsip dalam Perlembagaan menjadi antara perkara utama yang disepakati dalam Perjanjian Persefahaman Antara Gabungan Kerajaan Perpaduan yang dimeterai hari ini.

Pas Perak akan pertahan kerajaan PN
Ini berdasarkan keputusan pucuk pimpinan untuk menyokong kerajaan yang telah dibina bersama atas permuafakatan antara Pas dengan Bersatu dan UMNO.

Sabah komited lonjakkan pembangunan dan ekonomi negeri - Shafie
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata usaha itu juga didorong oleh perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan yang dilihat mampu mencetuskan perkembangan ekonomi yang hebat di Borneo.

Kembali kepada asas perjuangan parti - PM Najib
Sebagai 'orang parti' semua anggota komponen BN perlu faham tentang prinsip berkenaan dan bergerak dengan tersusun bersama-sama untuk memastikan kemenangan besar parti itu dalam PRU14.

11 negara capai persetujuan umum berhubung perjanjian baharu TPP
Mereka bersetuju untuk melaksanakan akses pasaran asal TPP, termasuk penghapusan atau pengurangan tarif dalam sektor pertanian dan perindustrian, secara am.

Keputusan Majlis Syura buka jalan untuk kerjasama PAS dan UMNO/BN
Keputusan Majlis Syura Ulama PAS pada 2 Januari adalah satu keputusan positif yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya bagi membentuk kerjasama antara PAS-UMNO.