PUTRAJAYA: Perjanjian permuafakatan antara gabungan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan akan menutup ruang berlakunya satu lagi Langkah Sheraton, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) itu berkata ini kerana perjanjian yang dimeterai hari ini perlu dilihat bersekali dengan kewujudan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti.
"Insya-Allah tidak lagi (berlaku Langkah Sheraton) sebab kita kena baca dua perkara bersekali iaitu satu dokumen yang ditandatangani hari ini bersekali dengan apa yang kita usahakan iaitu pindaan kepada Perlembagaan melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Permuafakatan Antara Gabungan Di Bawah Kerajaan Perpaduan di sini.
Lima gabungan parti politik utama negara - PH, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan Parti Warisan telah menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama bagi membentuk Kerajaan Perpaduan yang stabil.
Langkah Sheraton pada Februari 2020 dikaitkan dengan kejatuhan kerajaan yang diterajui PH selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 serta Tun Dr Mahathir Mohammad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh.
Rentetan episod itu, Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih tampuk pentadbiran pada Mac 2020 sebelum diganti oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ogos 2021.
Fahmi juga berkata perjanjian yang membabitkan kelima-lima gabungan itu adalah satu detik bersejarah dalam senario politik negara dan ia titik noktah kepada proses yang bermula dengan keadaan Parlimen tergantung.
"Pembentukan atau usaha yang kita lihat berdasarkan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar dibentuk sebuah Kerajaan Perpaduan," katanya.
Beliau berkata hubungan baik dan akrab antara kepimpinan tertinggi lima gabungan parti politik itu adalah isyarat jelas Kerajaan Perpaduan akan sentiasa dalam keadaan baik.
"Ini isyarat jelas, fokus kita selesaikan masalah rakyat dan hubungan erat itu akan menjamin satu kestabilan untuk membantu memacu ekonomi negara demi kemakmuran bersama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2022
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Dokumen Permuafakatan Antara Gabungan Di Bawah Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA
Festival Musim Bunga: Wuhan antara lokasi sambutan
Sebagai bandar persimpangan utama di tengah China, gala itu mempamerkan daya tarikan Wuhan dengan pemandangan kehidupan malam yang sibuk dan meriah di sepanjang Sungai Yangtze.
Deepseek, AI dari China, kejutkan industri teknologi global, pemain utama
Kejayaan DeepSeek mencetuskan perbincangan dalam industri teknologi kerana ia beroperasi dengan hanya sebahagian kecil daripada sumber yang digunakan pesaingnya.
India umum kejayaan pelancaran satelit navigasi ke orbit
Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) berkata kenderaan pelancar satelit geosegerak (GSLV) yang membawa satelit navigasi NVS-02 berlepas pada 6.23 pagi waktu tempatan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota.
Empat penumpang pesawat Air Busan alami kecederaan
Empat penumpang dilaporkan cedera selepas ekor pesawat Air Busan dilaporkan terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Busan, pada Selasa.
Pihak berkuasa India tingkat kawalan keselamatan
Tiada pengumuman rasmi mengenai kematian daripada kerajaan tempatan, lebih daripada dua belas jam selepas rempuhan itu.
Rakyat Syria Mulai Pulang Biarpun Kos Tinggi
Lebih 200,000 pelarian Syria kini mulai pulang ke rumah mereka setelah bertahun-tahun berlindung di kem pelarian.
Walaupun terpaksa menghadapi kos pemindahan yang tinggi, mereka bertekad memulakan kehidupan baru di celah runtuhan.
Laporan eksklusif oleh Hilal Azmi dari Aleppo, Syria, menceritakan kisah kepulangan ini. Ikuti perkembangan terkini dan cabaran yang dihadapi rakyat Syria dalam proses pemulihan pasca perang.
Walaupun terpaksa menghadapi kos pemindahan yang tinggi, mereka bertekad memulakan kehidupan baru di celah runtuhan.
Laporan eksklusif oleh Hilal Azmi dari Aleppo, Syria, menceritakan kisah kepulangan ini. Ikuti perkembangan terkini dan cabaran yang dihadapi rakyat Syria dalam proses pemulihan pasca perang.
Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Tourism Malaysia memulakan pelbagai usaha bagi mempromosikan negeri di wilayah utara khususnya Pulau Pinang bersempena kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Pembangunan sejagat: Integrasikan pembangunan ekonomi dan manusiawi
Penilaian terhadap sesebuah negara bukan saja terletak pada kemajuan ekonomi tetapi juga falsafah, jati diri dan ketamadunan.
Malaysia, Thailand teroka kerjasama baharu dalam pertahanan
Malaysia dan Thailand komited memperkukuhkan hubungan sedia ada, selain meneroka peluang kerjasama baharu termasuk dalam konteks pertahanan.
Jawatankuasa penyelarasan bantu bangun Gaza akan dibentuk
Satu Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi yang diurussetiakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Waqaf Malaysia akan dibentuk bagi mendukung komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha permulaan membantu membangunkan semula Gaza.
Perjanjian permuafakatan: P. Pinang tunggu arahan kepimpinan pusat
Chow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata kerajaan negeri akan melihat apa yang diputuskan dan menunggu arahan seterusnya.
Permuafakatan: Perjanjian gabungan politik dalam Kerajaan Perpaduan elak Langkah Sheraton berulang
Perjanjian permuafakatan antara gabungan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan akan menutup ruang berlakunya satu lagi Langkah Sheraton, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Permuafakatan: Pemimpin Sabah, Sarawak yakin Anwar mampu bawa kestabilan untuk negara
Kerajaan Perpaduan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini dapat membawa kestabilan, serta dapat menjamin hak Sabah dan Sarawak, kata pemimpin kedua-dua wilayah itu.