KUALA LUMPUR: Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat campur tangan terhadap pertuduhan mahkamah melibatkan tokoh-tokoh politik ternama hanyalah persepsi masyarakat.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berpandangan, persepsi berkenaan akan berubah sekiranya kerajaan terutamanya Ahli Parlimen Tambun itu dilihat adil dalam pendakwaan yang bukan sahaja melibatkan pemimpin pembangkang malah kes berkait pemimpin kerajaan.
“Saya lihat apa yang penting bukan sahaja kenyataan, tetapi persepsi masyarakat apabila pendakwaan kepada pembangkang sahaja (dibuat masa ini) tetapi dalam masa sama, isu melibatkan kerajaan ditimbulkan dalam Parlimen.
“Isu pembinaan kapal LCS (kapal tempur pesisir) sebagai contoh dan kes-kes yang berlaku di mahkamah, orang tanya bila nak mula. Bahkah kes ini jauh lebih awal daripada yang lain-lain.
“Saya bukan mahu pertikai tetapi persepsi itu tidak boleh elak melainkan kerajaan dilihat berlaku adil kepada semua,” katanya ketika sidang media di bangunan Parlimen pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar dalam Dewan Rakyat pada Selasa yang menggesa mana-mana pihak tampil memberikan bukti sekiranya benar beliau campur tangan terhadap pertuduhan mahkamah terhadap tokoh-tokoh politik.
Dalam pada itu Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, rakyat dilihat akan menilai Perdana Menteri menerusi sentimen yang berbeza sekiranya persepsi berkenaan dapat diubah.
Sementara itu, mengenai misi kemanusiaan Perikatan Nasional (PN) di Turkiye baru-baru ini, beliau yang baru pulang dari negara itu memaklumkan, mangsa gempa bumi masih memerlukan bantuan terutamanya tempat penginapan.
Beliau berkata, rumah sementara daripada kontena merupakan alternatif berikutan kediaman mangsa yang musnah ketika bencana itu melanda bulan lalu.
“Sebuah rumah kontena dianggarkan berjumlah RM30,000 dan kita mensasarkan kutipan sejumlah RM3 juta. Dana dan bantuan itu akan dihantar selepas Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 14 2023
!['Persepsi masyarakat lihat PM campur tangan' - Tuan Ibrahim 'Persepsi masyarakat lihat PM campur tangan' - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678776021_TBTUANIBRAHIM.jpg)
Tuan Ibrahim ketika sidang media di bangunan Parlimen pada Selasa. - Foto Sinar Harian
![2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS 2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736855519_TBPPSKOTATINGGI.jpg)
2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS
Sebanyak 2,062 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.
![Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739239055_keyfield.jpg)
Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali
Tertakluk kepada hak penyewa di bawah kontrak, WOA dan WOE mempunyai tempoh lima hingga enam bulan bermula dari tarikh permulaan masing-masing.
![Steam haramkan permainan video paksa pemain tonton iklan Steam haramkan permainan video paksa pemain tonton iklan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739239047_Steam.jpg)
Steam haramkan permainan video paksa pemain tonton iklan
Pembangun tidak dibenarkan meletakkan iklan dalam permainan semata-mata untuk menjana pendapatan.
![Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236340_SamAltman.jpg)
Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion
Reaksi Sam Altman kepada Musk: "Tidak, terima kasih. Tapi kami sudi beli Twitter dengan harga AS$9.74 bilion jika anda mahu."
![PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236309_PLUS.jpg)
PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April
Melalui laporan TheEdge, PLUS dikatakan ingin memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
![Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739229729_RecepTayyipErdoan.jpg)
Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion
Erdogan berkata, Turkiye ingin meningkatkan usaha bersama dalam setiap sektor dan bergerak maju bersama dalam pelbagai bidang dengan Malaysia.
![Erdogan pejuang Palestin sejati, tidak gentar kutuk pendudukan haram, pembunuhan beramai-ramai - Anwar Erdogan pejuang Palestin sejati, tidak gentar kutuk pendudukan haram, pembunuhan beramai-ramai - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739181823_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Erdogan pejuang Palestin sejati, tidak gentar kutuk pendudukan haram, pembunuhan beramai-ramai - Anwar
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan adalah antara pemimpin dunia yang menunjukkan kecerahan moral dan keberanian dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
![Anwar mahu Jabatan Kastam perkukuh integriti, kerajaan tegas tangani rasuah Anwar mahu Jabatan Kastam perkukuh integriti, kerajaan tegas tangani rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739176780_TBAnwarIbrahim.jpg)
Anwar mahu Jabatan Kastam perkukuh integriti, kerajaan tegas tangani rasuah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terus memperkukuh nilai integriti dalam kalangan pegawai dan anggota.
![Turkiye anggap Malaysia saudara, rakan kongsi sejati – Erdogan Turkiye anggap Malaysia saudara, rakan kongsi sejati – Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739181929_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Turkiye anggap Malaysia saudara, rakan kongsi sejati – Erdogan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan hubungan di antara negaranya dan Malaysia sebagai rakan sejati, saudara dan rakan kongsi.
![Presiden Erdogan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari Presiden Erdogan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739175355_AnwarIbrahim.jpg)
Presiden Erdogan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan tiba di sini bagi memulakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia.
![Projek berkepentingan rakyat perlu disegerakan - PM Projek berkepentingan rakyat perlu disegerakan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739158790_tbAnwarIbrahimMaj.jpg)
Projek berkepentingan rakyat perlu disegerakan - PM
Semua projek berkepentingan rakyat termasuk membasmi kemiskinan tegar dan tebatan banjir perlu disegerakan.
![Amalan Ramadan ada kaitan dengan negara MADANI - PM Amalan Ramadan ada kaitan dengan negara MADANI - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739152053_tbAnwarIbrahimJab.jpg)
Amalan Ramadan ada kaitan dengan negara MADANI - PM
Amalan di bulan Ramadan memberikan satu penegasan tentang disiplin, kekuatan rohani, keyakinan dan sifat yang lebih sederhana.
![Erdogan bakal terima anugerah tertinggi Universiti Malaya sempena lawatan rasmi Erdogan bakal terima anugerah tertinggi Universiti Malaya sempena lawatan rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732716056_TayyipErdogan.jpg)
Erdogan bakal terima anugerah tertinggi Universiti Malaya sempena lawatan rasmi
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa oleh Universiti Malaya sempena lawatan rasminya ke Malaysia.
![Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739010550_TBMAJLISBELIA.jpg)
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Anwar menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
![Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.