JOHOR BAHRU: Mandat Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram perlu dipertahankan supaya rakyat di situ akan terus menikmati perkhidmatan yang terbaik selain menerima limpahan pembangunan dan ekonomi.
Pengerusi BN Sabah yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sehubungan itu, rakyat perlu mengundi calon PH dan tidak termakan dengan janji-janji yang ditawarkan pihak lawan.
Belaiu berkata, calon-calon yang dikemukakan oleh PH-BN perlu mendapat sokongan dan dukungan daripada rakyat agar rakyat terus menerima perkhidmatan yang baik daripada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
"Di Johor ini pun sekiranya pembangkang menang, mereka tidak akan memainkan peranan apa-apa," katanya kepada Bernama selepas program bersama penduduk rumah pangsa Sri Indah Taman Tampoi, di sini, pada Sabtu.
Selain itu, beliau berharap kerjasama dan keserasian gabungan jentera PH-BN akan terus diperkasa untuk meyakinkan pengundi seterusnya memastikan kemenangan calon PH di kedua-dua kawasan itu.
Menurutnya, jentera-jentera BN dari seluruh negara termasuk dari Sabah turut turun padang untuk sama-sama membantu berkempen dalam PRK Pulai dan Simpang Jeram.
PRK itu diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
PH mempertaruhkan bekas Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat bagi Parlimen Pulai, yang berhadapan calon Perikatan Nasional (PN) iaitu Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pulai, Zulkifli Jaafar, dan seorang calon Bebas iaitu Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi.
Bagi DUN Simpang Jeram pula, PH meletakkan Timbalan Ketua Amanah kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman yang akan ditentang calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya seorang pakar perunding vaskular dan pakar bedah endovaskular serta seorang calon Bebas yang merupakan ahli perniagaan, S. Jeganathan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 Sept, diikuti hari pengundian 9 Sept. - BERNAMA
Bernama
Sat Sep 02 2023

Bung Moktar berkata, rakyat perlu mengundi calon PH dan tidak termakan dengan janji-janji yang ditawarkan pihak lawan. - Gambar FB UMNO Online

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Pertahankan mandat PH di Pulai, Simpang Jeram - Bung Mokhtar
Sekiranya pembangkang menang di Johor, mereka tidak akan memainkan apa-apa peranan, pesan Bung Mokhtar.