PUTRAJAYA: Pertemuan beberapa pimpinan utama UMNO dipercayai tamat selepas hampir sejam mengadakan perbincangan di Kompleks Seri Perdana di sini, malam tadi.
Melalui pemerhatian Astro AWANI difahamkan konvoi kenderaan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat meninggalkan perkarangan Seri Perdana sekitar jam 9.11 malam.
Difahamkan, perbincangan tersebut dikatakan bermula pada jam 8 malam.
Sebelum itu, satu pertemuan tergempar melibatkan pimpinan utama UMNO hadir mengadakan mesyuarat di Menara Dato Onn, WTCKL, pada Isnin.
Perjumpaan itu dipercayai menjurus kepada perbincangan mengenai soal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
[LAPOR LANGSUNG] Mesyuarat Tergempar:'Tiada agenda perbincangan desak PM campur tangan urusan mahkamah' - Asyraf Wajdi
Bagaimanapun, mesyuarat tergempar itu tidak dihadiri Perdana Menteri yang juga Ketua UMNO Bera.
Tinjauan awal mendapati kenderaan milik Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilihat memasuki Kompleks Seri Perdana sekitar jam 6 petang, pada Isnin.
Sementara itu, jam 7.45 malam, dua kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Velfire hitam turut dilihat memasuki kompleks itu. Namun, tidak dapat dipastikan ia milik siapa.
Seri Perdana menjadi lokasi tumpuan sejak petang tadi membabitkan desas-desus mengenai perjumpaan membabitkan 'Top 5' UMNO.
Hilmi Malik
Mon Aug 22 2022

Tinjauan awal mendapati kenderaan milik Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilihat memasuki Kompleks Seri Perdana sekitar jam 6 petang, pada Isnin. - Foto Sinar Harian

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Mesyuarat Tergempar UMNO: Hanya perjumpaan biasa - Tok Mat
Mohamad bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai agenda yang dibincangkan dalam majlis itu.

UMNO nafi Zahid Hamidi arah Ketua Bahagian gerak usul desak PM bubar Parlimen
Tangkap layar berkaitan dakwaan tersebut dilihat tular dalam media sosial pada Isnin, antara lain mendakwa UMNO akan memecat Ismail Sabri sekiranya beliau ingkar.