GENTING HIGHLANDS: Selepas hampir setahun menjalin kerjasama membentuk kerajaan negeri, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Pahang memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan lagi kestabilan pentadbiran serta politik negeri itu.
MoU itu ditandatangani oleh Pengerusi PH Pahang Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam satu majlis di sini hari ini.
Wan Rosdy, yang juga Menteri Besar Pahang, berkata MoU itu adalah bagi memantap dan memudahkan urusan pentadbiran kerajaan negeri serta sebagai rujukan pada masa depan.
"Kerangka perjanjian ini meliputi pelbagai perkara termasuk perbincangan mengenai lantikan, jawatan, ruang kerjasama dan perancangan di negeri ini," katanya pada sidang media.
Beliau juga berkata kerjasama kedua-dua gabungan politik gergasi tanah air itu terbukti kukuh meskipun diuji dengan Pilihan Raya Kecil Tioman dan Pelangai yang memberikan kemenangan kepada PH-BN.
Menjawab soalan mengenai tempoh luput MoU itu, Wan Rosdy berkata kedua-dua pihak akan mengadakan perbincangan sekiranya terdapat sebarang ketidaksetujuan dalam sesuatu perkara.
Amirudin, yang juga Menteri Besar Selangor, pula berkata perjanjian itu mengikut 'acuan' MoU Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat dan diseimbangkan dengan situasi Pahang bagi mewujudkan kerajaan negeri yang lebih stabil.
"Saya juga percaya persefahaman ini menjadi model kepada bentuk persefahaman lain sebab di negara seperti Jerman, perkara ini adalah biasa malah ia dipaparkan kepada awam selepas pilihan raya atau tidak ada kata putus dibuat," katanya.
Beliau juga yakin perjanjian yang termeterai hari ini akan membantu rakyat Pahang untuk mengetahui dengan lebih jelas hala tuju, perancangan dan komitmen kerajaan negeri itu.
Pahang adalah negeri pertama yang memeterai MoU berkaitan kerjasama Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.
Gabungan PH-BN membentuk kerajaan negeri selepas BN memperoleh 17 kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang dan PH memenangi lapan kerusi manakala Perikatan Nasional menjadi pembangkang dengan 17 kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 19 2023
Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (dua, kiri) bersama Pengerusi PH Pahang Datuk Seri Amirudin Shari (dua, kanan) melakukan pertukaran memorandum Perjanjian Persefahaman Kerjasama Kerajaan Perpaduan Negeri Pahang. - Foto BERNAMA
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Pemulihan ekonomi Palestin melalui Bandar Wakaf Gaza
Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang bakal dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin.
AWAN Ringkas 31 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 31 Januari 2025
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh ke paras 4.3900/3975 berbanding dolar AS daripada 4.3905/3980 pada Selasa.
‘Segalanya mungkin’ - kata Amorim mengenai nasib Manchester United
Walaupun permulaan sukar sebagai pengurus Manchester United, pasukannya perlu mensasarkan kemenangan dalam Liga Eropah.
PH, BN Pahang meterai MoU perkukuh pentadbiran kerajaan negeri
MoU itu ditandatangani oleh Pengerusi PH Pahang Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
PRK Pelangai: Dakwaan guna jentera kerajaan negeri untuk berkempen, BN Pahang sedia disiasat
Wan Rosdy berkata dakwaan yang dilemparkan oleh Perikatan Nasional (PN) itu hanyalah mainan politik fitnah yang diamalkan mereka setiap kali musim pilihan raya.
PRK Pelangai: BN Pahang umum calon 17 September ini
BN Pahang menyenaraikan enam nama untuk dipertimbang sebagai calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Pelangai.
PRU15: BN Pahang kemuka lebih 63 peratus calon muka baharu di Parlimen, DUN - Wan Rosdy
BN Pahang mengemukakan 64 peratus calon muka baharu bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini.
PRU15: Sheikh Mohmed Puzi ganti Najib di Pekan, dua penyandang Parlimen Pahang gugur
Beberapa penyandang kerusi Parlimen Barisan Nasional (BN) di Pahang digugurkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: 'Tak faham, parti tiada akar umbi pun mahu bertanding'- Wan Rosdy
Wan Rosdy menyifatkan tindakan parti politik tertentu yang tiada akar umbi tetapi mahu bertanding di negeri Pahang sebagai hanya mengacau undi.