Pakatan Harapan Johor menerima keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, sebagai satu isyarat daripada pengundi yang perlu diambil serius oleh parti, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Mengambil kira kekalahan ini, Pakatan Harapan (PH) perlu kembali semula ke paparan lakaran, untuk menilai dasar, pendekatan dan prestasi parti dan kerajaan, yang telah menyumbang kepada rasa tidak puas hati rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan bersama pemimpin PH Johor yang lain, di sini, pada Sabtu.
Turut sama dalam kenyataan itu ialah Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Aminolhuda Hassan, Pengerusi DAP Johor Senator Liew Chin Tong dan Pengerusi Bersatu Johor Mazlan Bujang.
PH Johor turut merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera PH, yang telah bekerja keras dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam kempen pilihan raya kecil ini.
Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan PRK itu disifatkan satu mesej jelas rakyat kepada kerajaan PH.
Sambil mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng kerana memenangi kerusi parlimen itu, Anwar berkata PH menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat keseluruhannya.
"Majoriti yang diperoleh pembangkang ini satu kejutan dan ia mesej jelas kepada seluruh pimpinan PH. Kita seharusnya mengambil pengajaran dan iktibar daripada keputusan PRK ini," kata beliau.
Anwar turut mengingatkan pimpinan kerajaan PH supaya berusaha menanam keyakinan rakyat terhadap dasar yang dibawa oleh PH, dengan usaha positif melaksanakan janji.
BACA: PRK Tanjung Piai: Kejayaan bersama Muafakat Nasional - Abdul Hadi
Sementara itu, Ketua Pemuda Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kekalahan itu sesuatu yang pahit untuk ditelan.
"Rakyat sudah bersuara. Suara rakyat, suara keramat. Saya memohon maaf kepada belia Malaysia atas kekurangan saya. Kemarahan ini perlu dijawab dengan tindakan. Sekali lagi, minta maaf," kata beliau.
Bekas Ahli Parlimen Tanjung Piai dua penggal itu merampas kembali kerusi parlimen itu setelah diumumkan pemenang dengan majoriti 15,086 undi, selepas selesai proses penjumlahan undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini.
BACA: Kekalahan ini pahit untuk ditelan - Syed Saddiq
Calon Barisan Nasional dari Parti MCA itu memperolehi 25,466 undi sekali gus mengalahkan pencabar terdekatnya, calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini yang memperolehi 10,380 undi.
Calon Gerakan Wendy Subramaniam memperolehi 1,707 undi, calon Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz memperolehi 850 undi, sementara dua calon Bebas Dr Ang Chuan Lock mendapat 380 undi manakala Faridah Aryani Abdul Ghaffar sekadar mendapat 32 undi.
Keempat-empat mereka hilang wang deposit kerana tidak berjaya mendapat 12.5 peratus atau satu perlapan dari jumlah undi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 16 2019

MUHYIDDIN: PH perlu kembali semula ke paparan lakaran, untuk menilai dasar, pendekatan dan prestasi parti dan kerajaan, yang telah menyumbang kepada rasa tidak puas hati rakyat. - Gambar fail

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.

PM Anwar terima kunjungan delegasi pimpinan Muhammadiyah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi pimpinan Muhammadiyah, sebuah pertubuhan Islam dari Indonesia yang diketuai Ketua Umumnya Prof Dr Haedar Nashir.

Presiden FAM jumpa PM Anwar, kongsi agenda terkini bola sepak negara
Mohd Joehari menekankan hasrat memperkasakan pembangunan peringkat remaja dan akar umbi kepada Perdana Menteri.

PM Anwar beri sumbangan kepada nelayan di Kampung Cherating Baru
Sumbangan termasuk wang tunai dan kerja-kerja baik pulih rumah Mustafa yang uzur akan segera dilaksanakan.

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

PM Anwar laksana program Ihya' Ramadan, santuni penjawat awam, rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan Program Ihya' Ramadan di pelbagai kementerian sepanjang bulan Ramadan ini.

Pejabat PM adakan taklimat harian, salur maklumat sahih kepada rakyat
Taklimat ini akan disiarkan menerusi Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia pada jam 11 pagi dan 5 petang setiap hari.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

PM Anwar beri bantuan kepada 166 penerima di DUN Beserah, Semambu
Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi.