ISKANDAR PUTERI: Pakatan Harapan (PH) Johor tidak akan mencadangkan apa-apa perubahan dalam komposisi Eksekutif Kerajaan Negeri, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.
Ketua Pembangkang Liew Chin Tong berkata PH Johor menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac lepas yang memberikan Barisan Nasional (BN) kekuatan majoriti dua pertiga dalam DUN Johor.
Beliau berkata bagaimanapun, PH Johor mencadangkan kerajaan negeri memperkukuh kerjasama dwipartisan dengan blok pembangkang di DUN Johor demi kesejahteraan Bangsa Johor.
"PH Johor komited serta bersikap terbuka mencadangkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor dan kerajaan Persekutuan dalam usaha memastikan rakyat mendapat manfaat sepenuhnya, terutama dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan.
"Dengan mengambil kira keputusan PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) dan persefahaman yang membolehkan wujudnya Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan, PH Johor dengan rendah diri mencadangkan kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar (Datuk Onn Hafiz Ghazi) dan kerajaan negeri agar memperkukuhkan kerjasama dwipartisan antara kerajaan negeri dengan pembangkang DUN Johor demi kesejahteraan Bangsa Johor," katanya.
Liew (DAP-Perling) yang juga Pengerusi DAP Johor berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2023 pada Persidangan DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini hari ini.
PRN Johor diadakan pada 12 Mac dengan BN mendapat kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Pada PRN itu, PH memenangi 11 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (tiga), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) masing-masing satu kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 04 2022
Liew Chin Tong berkata PH Johor menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac lepas yang memberikan Barisan Nasional (BN) kekuatan majoriti dua pertiga dalam DUN Johor. - Gambar fail/BERNAMA
Agenda AWANI Asia: Usaha tangani bencana alam
Apakah strategi dan pendekatan menangani bencana alam abad ini? Sejauh mana tahap kesedaran masyarakat awam terhadap kesiapsiagaan menghadapi bencana alam? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
AWANI Ringkas: Minat pelabur asing mengukuh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Januari 2025
1️⃣ Polis tembak mati tiga penjenayah
2️⃣ SPRM reman empat lagi individu
3️⃣ Minat pelabur asing mengukuh
#awaniringkas
1️⃣ Polis tembak mati tiga penjenayah
2️⃣ SPRM reman empat lagi individu
3️⃣ Minat pelabur asing mengukuh
#awaniringkas
HLB unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.5-5.0 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada kadar sederhana 4.5 peratus hingga 5.0 peratus pada 2025, didorong oleh manfaat asas ekonomi yang kukuh serta peningkatan pelaburan asing.
Agenda AWANI: Memperkasa tadbir urus masa depan keselamatan negara
Diskusi mengenai ancaman baharu jenayah siber dan keselamatan dalam talian serta strategi memperkasa tadbir urus sektor keselamatan melalui penganjuran Asia International Security Summit & Expo (AISSE'25) dalam Agenda AWANI 8.30 malam ini.
Nigeria sah sertai BRICS sebagai negara rakan
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan. Perkara itu dimaklumkan Kementerian Luar Brazil dalam kenyataan pada Sabtu.
Suk Yeol hadir pendengaran bantahan penahanan rasmi
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menghadiri pendengaran di sebuah mahkamah di Seoul pada Sabtu untuk membantah kemungkinan penahanan rasminya atas keputusan penguatkuasaan undang-undang tentera bulan lepas.
Eksesais La Perouse: Perkukuh kerjasama maritim Malaysia-Perancis
Kerjasama membabitkan Malaysia dan Perancis terus diperkukuhkan dengan pembabitan kedua-dua negara Eksesias La Perouse.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Kempen pengusiran migran Trump bermula Selasa dengan serbuan di Chicago - Laporan
Pasukan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang akan datang di bawah pimpinan Donald Trump merancang untuk memulakan serbuan besar-besaran terhadap migran tanpa dokumen di Chicago minggu depan.
PN Johor bincang PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram minggu depan
PN Johor akan mengadakan mesyuarat berhubung kekosongan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada minggu depan.
PH Johor tidak akan tuntut jawatan Exco Kerajaan Negeri
PH Johor yakin dengan kepemimpinan dan kestabilan politik negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika ini.
PH Johor tidak akan cadangkan perubahan komposisi Eksekutif Kerajaan Negeri
Pakatan Harapan (PH) Johor tidak akan mencadangkan apa-apa perubahan dalam komposisi Eksekutif Kerajaan Negeri, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor diberitahu hari ini.
PRU15: Jentera PH Johor tidak terbabit isu khianat bendera parti - Salahuddin Ayub
Salahuddin berkata beliau juga yakin parti-parti politik lain turut mengamalkan politik yang matang.
PRU15: PH Johor sasar menang 22 daripada 26 kerusi Parlimen
Pakatan Harapan (PH) Johor menyasarkan untuk memenangi 22 daripada 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: PH Johor umum senarai calon 3 November
Pakatan Harapan (PH) Johor akan mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding di 26 kerusi parlimen pada 3 November.
PH Johor, MUDA bincang kerjasama hadapi PRN
Pakatan Harapan (PH) Johor mengadakan perbincangan dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi menjalin kerjasama dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Beri laluan hingga akhir penggal, PRN Johor dalam masa terdekat tidak wajar
Pengerusi PH Johor, Aminolhuda Hassan menegaskan, kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad itu disaran untuk terus mentadbir jentera kerajaan sehingga akhir penggal.
PH Johor tolak pelaksanaan PRN
Pakatan Harapan (PH) Johor menolak pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada waktu ini, kerana ia dilihat tidak sensitif memandangkan rakyat sedang mengalami krisis kesihatan COVID-19 dan ekonomi.
PH Johor akan mengadap Sultan Ibrahim
PH Johor akan memohon mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar secepat mungkin kerana mendakwa mempunyai jumlah kerusi mencukupi bagi menerajui kerajaan negeri.