JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) Johor tidak akan menuntut sebarang jawatan dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Johor walaupun di peringkat pusat PH dan Barisan Nasional (BN) bergabung membentuk Kerajaan Perpaduan.
Pengerusi PH Johor Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata ini kerana pihaknya yakin dengan kepemimpinan dan kestabilan politik Johor di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika ini.
"Setakat ini, PH tidak mendesak apa-apa sebab kita lihat kestabilan politik di Johor adalah lebih penting. Kewujudan Kerajaan Perpaduan di peringkat pusat telah menyebabkan peranan Ketua Pembangkang (di Johor) diubah kepada Ketua Pengimbang.
"Walaupun kita (PH) bukan sebahagian daripada kerajaan Johor, banyak program libat urus boleh diadakan secara bersama dengan Menteri Besar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran iTTV e-Learning Rahmah di sini semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram itu berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bakal berlaku rombakan dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Johor dengan beberapa nama akan digugurkan dan digantikan dengan individu lain.
Bagaimanapun, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah berkata rundingan akan dibuat melibatkan agihan jawatan peringkat akar umbi negeri agar ia turut melibatkan wakil PH.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata langkah itu bagi memastikan ADUN PH diberi peluang untuk terlibat sama dalam pembangunan di negeri itu.
Pada Pilihan Raya (PRN) Johor yang diadakan Mac tahun lepas, BN meraih kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN di negeri itu.
Pada PRN itu, PH memenangi 11 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (tiga), selain Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) masing-masing satu kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 24 2023

Salahuddin bergambar bersama penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Daerah Johor Bahru, Shaharuddin Saari (tiga, kanan) pada Majlis Pelancaran iTTV e-Learning Rahmah di Dewan White Hall Event Space, Kempas, Johor Bahru, 24 Jun 2023. --fotoBERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penstrukturan semula Exco Johor tidak jejas segala perancangan termasuk belanjawan
Penstrukturan semula portfolio Exco negeri Johor tidak akan menjejaskan segala perancangan termasuk yang telah dibentang dalam Belanjawan 2024.

PH Johor tidak akan tuntut jawatan Exco Kerajaan Negeri
PH Johor yakin dengan kepemimpinan dan kestabilan politik negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika ini.