HULU SELANGOR: Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Teo Nie Ching berkata PH akan berkerja keras dengan mengambil pendekatan bertemu seramai mungkin pengundi bagi memastikan kerusi berkenaan dapat dipertahankan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) KKB, 11 Mei ini.
"Ini baru hari keempat kempen dan kita faham bahawa untuk sesuatu PRK (itu) kadar (keluar) mengundi rendah. Jadi saya rasa itu merupakan (antara) cabaran kami.
"Jadi bagi kami, kami akan berkempen sampai saat terakhir...kita akan bekerja keras dalam kempen ini kerana saya rasa kempen ini adalah penting bukan sahaja untuk DAP, PH tetapi ia juga (penting) untuk kerajaan negeri Selangor," katanya di sini pada Selasa.
Teo yang juga Ketua Wanita DAP berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melakukan tinjauan mesra di sekitar Pasar Awam KKB bersama calon PH yang mewakili Kerajaan Perpaduan dalam PRK berkenaan Pang Sock Tao, di sini.
Timbalan Menteri Komunikasi itu berkata setakat ini penerimaan penduduk di KKB serta tinjauan di media sosial terhadap Pang adalah baik, dan beliau harap tempoh kempen yang berbaki 10 hari lagi dimanfaatkan sepenuhnya semua pihak dengan kempen yang matang dan sihat.
Mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari yang menyifatkan pemimpin PH sebagai 'mudah melenting', Ahli Parlimen Kulai itu berkata ia mempamerkan kenyataan tidak matang Ahli Parlimen Pasir Mas itu.
"Saya rasa itu kenyataan yang cukup tidak matang. Apabila ada orang yang serang (semula) kenyataan mereka, mereka rasa orang lain cepat emosi. Jadi saya rasa tak perlulah label orang lain seperti itu," katanya.
PRK KKB yang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada 11 Mei ini, manakala pengundian awal pada 7 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024

Sock Tao (dua, kiri) bersama Nie Ching (dua, kanan) mengedarkan risalah kempen kepada peniaga pada program tinjauan mesra sempena PRK DUN KKB di Pasar Awam pekan KKB, pada Selasa. - Foto BERNAMA

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.

Himpunan Benci Rasuah: Dipanggil beri keterangan, mahasiswa dakwa ditekan
Sekumpulan 10 penuntut universiti yang dipanggil memberi keterangan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah, menganggap ia adalah intimidasi terhadap perjuangan mereka.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.

Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.

Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Amirudin kekal Pengerusi Majlis Pimpinan PH Selangor sesi 2024/2025
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan (PH) Selangor bagi sesi 2024/2025.

Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.

Kerjasama BN-PH: Ahli akar umbi BN terima baik - Zambry
Penerimaan ahli akar umbi Barisan Nasional (BN) terhadap kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) adalah baik, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.