Pakatan Harapan (PH) akan berusaha mempertahankan kerusi Parlimen Tanjung Piai, Johor dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan tidak lama lagi, kata Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook.
Sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik yang meninggal dunia semalam, Loke yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata untuk itu, semua jentera PH perlulah bekerja keras baik diperingkat pusat mahu pun negeri.
"Kita akan menghadapi PRK Tanjung Piai dan ia menjadi ujian besar kepada kita dalam PH. Bagi mengenang jasa, budi dan sumbangan Dr Md Farid, kita mesti mengembleng tenaga dan menggerakkan jentera kita untuk memastikan kerusi Tanjung Piai dipertahankan," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Konvensyen Tahunan DAP Negeri Sembilan di sini yang turut dihadiri Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Pengerusi PH Negeri Sembilan yang juga Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun serta barisan pemimpin komponen PH negeri.
Loke yang juga Menteri Pengangkutan turut menyifatkan Allahyarham Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai seorang pemimpin yang berwawasan dan pemergiannya merupakan kehilangan besar buat negara dan PH.
BACA: Bersatu jangan bercakaran sesama sendiri, pesanan terakhir Dr Md Farid
BACA: 'Itu kehendak Allah' - Ibu Md Farid reda pemergian anak sulung
Terdahulu, semua perwakilan dan pemimpin yang hadir turut bertafakur selama seminit pada awal sesi konvensyen itu bagi memperingkati kematian Md Farid.
Semalam, Md Farid, 42, yang juga Ahli Parlimen Tanjung Piai dan juga Naib Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, meninggal dunia sekitar 6 pagi di Hospital Pontian akibat serangan jantung.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 22 2019
Loke menyifatkan Allahyarham Md Farid sebagai seorang pemimpin yang berwawasan dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar. - Gambar fail
ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun
Keadaan itu boleh menjadi masalah terhadap produktiviti ekonomi.
Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 - Hajiji
3,000 rumah SMJ lagi akan dibina tahun ini di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, dengan peruntukan RM250 juta.
Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Trump mahu negara Arab bina perumahan penduduk Palestin di lokasi lain
Trump berkata beliau telah membangkitkan perkara itu dalam perbualan telefon dengan Raja Jordan Raja Abdullah II.
Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly
Keputusan Jemaah Menteri itu adalah bertujuan untuk memastikan libat urus dengan semua pihak dapat dilakukan secara menyeluruh.
Doktor sahkan tahanan Israel tidak diberi dadah oleh Hamas
Doktor tentera Israel pada Sabtu menyatakan bahawa kesihatan empat askar wanita yang dibebaskan adalah "sangat baik" dan mengesahkan mereka tidak diberikan perangsang atau dadah semasa ditawan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Aduan harga barang, perkhidmatan catat jumlah tertinggi - KPDN Terengganu
Aduan tertinggi melibatkan harga barang dan perkhidmatan iaitu 18 kes yang diterima melalui pelbagai medium termasuk sistem dalam talian.
ASEAN25: Cabaran tangani kadar kelahiran rendah lebih besar daripada perubahan iklim
Timbalan Editor ASEAN Briefing Ayman Falak Medina berkata walaupun perubahan iklim akan menjadi cabaran untuk ASEAN, beliau percaya cabaran lebih besar adalah menangani penurunan kadar kelahiran dan kesuburan.
AWANI Ringkas: KPKT akan promosi pasar sebagai produk pelancongan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekurang-kurangnya 70 terbunuh dalam serangan ke atas hospital di Sudan
Serangan ke atas Saudi Hospital, satu-satunya hospital yang berfungsi di al-Fashir, telah mengorbankan 70 nyawa dan mencederakan 19 orang.
Subsidi tambang penerbangan musim perayaan kurangkan rungutan rakyat - Loke
Langkah kerajaan melanjutkan pemberian subsidi mengurangkan rungutan rakyat mengenai harga tiket penerbangan yang mahal.
Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke
Tender untuk projek transit aliran ringan (LRT) Johor Baharu masih belum dibuka lagi.
KTMB tawar tren tambahan sempena musim perayaan, 630 tiket disediakan sehari
KTMB menyediakan tren ETS tambahan bagi perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar dan Padang Besar ke KL Sentral sempena Tahun Baharu Cina.
Projek pembangunan Ipoh Sentral bermula enam bulan lagi
Projek ini bertujuan mengubah landskap Ipoh dengan menghubungkan ruang kediaman, komersial, dan rekreasi, serta dijangka membawa manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan nasional.
MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP
Anthony Loke berkata, ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
Prasarana sedia 300 van DRT baharu untuk keselesaan pengguna LRT, MRT - Loke
Operasi 300 van baharu yang mesra OKU tersebut akan bermula secara berperingkat antara Februari sehingga Jun depan.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Penggantian Aerotrain lama dengan sistem baharu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang dan mengurangkan risiko gangguan operasi di KLIA.
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 14.3 peratus pada 2024 - Loke
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
MOT tiada kompromi, sifar toleransi isu integriti - Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) mengamalkan pendekatan tiada kompromi dan sifar toleransi terhadap isu integriti melibatkan pegawai penguat kuasa di bawah kementerian itu, kata Menterinya Anthony Loke.