Calon PKR Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, melihat pilihan raya sebagai satu nikmat yang dibawa parti tertentu kepada penduduk di kawasan berkenaan.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga berkata, ia sekali gus perlawanan antara parti-parti bertanding untuk memastikan kepuasan tertinggi pengundi di sana.
Bercakap pada siri ceramah kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di Bukit Malut di sini pada Isnin, beliau menegaskan mengenai kepentingan pilihan raya, yang katanya membawa banyak nikmat.
"Kalau ada pertandingan, lagi banyak nikmat. Kalau tidak ada pertandingan, maka parti-parti tidak akan datang ke sini.
"Tetapi bila ada pertandingan, maka kita berlumba-lumba hendak sokongan daripada rakyat, maka ramailah yang datang ke sini," kata Dr Mahathir.
Turut hadir, calon PKR Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah, Firdaus Ahmad dan calon PKR DUN Ayer Hangat, Johari Bulat
Selain warga tempatan, Bukit Malut turut didiami masyarakat etnik Rohingya.
Mengikut sejarah, penduduk di Kampung Bukit Malut pada asalnya didiami kaum Melayu Islam Kedah (MIK).
Mereka merupakan rakyat asal Kedah yang dibawa semasa pemerintahan Jepun untuk pembinaan jambatan Sungai Kwai di Myanmar.
Mereka tinggal di hujung atau selatan Myanmar, sebelah sempadan Thailand, yang mana anak cucu mereka akhirnya tinggal di sana.
Sebahagian MIK adalah rakyat Malaysia sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957, dan atas dasar itu, mungkin kerajaan membenarkan mereka tinggal di Langkawi pada ketika itu.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 19, mereka ini tergolong dalam kumpulan yang boleh diberikan kad pengenalan Malaysia melalui proses naturalisasi.
Wan Syamsul Amly
Mon May 07 2018

DR MAHATHIR: Kalau tidak ada pertandingan, parti-parti politik tidak akan datang ke Langkawi, tetapi apabila ada pertandingan, parti berlumba-lumba hendak mendapatkan sokongan rakyat. - Gambar fail

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Feri penumpang dalam pembaikan terbakar
Sebuah feri yang sedang dalam penyelenggaraan enjin di limbungan pembaikan kapal di Bukit Malut, terbakar pada petang Jumaat.

Semua penduduk Bukit Malut termasuk warga asing akan divaksin
Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tiada diskriminasi membabitkan suntikan vaksin itu bagi mengelak mereka menjadi pembawa virus itu.

Penduduk risau wujud fenomena 'Bukit Malut 2' di Kuala Perlis
Penduduk setempat bimbang terhadap keselamatan mereka dan jika perkara itu tidak dibendung dari awal akan mengubah perkampungan nelayan Kuala Perlis sebagai pusat transit pendatang asing.

Kerajaan komited selesaikan isu penempatan di Bukit Malut
Dr Mahathir mahu kesemua penduduk Bukit Malut ditempatkan di kawasan perumahan yang lebih terancang dan sempurna.

Tragedi Langkawi: Polis sahkan mayat rentung milik tiga sekeluarga
Polis telah membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca kematian tiga sekeluarga dalam kebakaran di sebuah rumah di Pangkalan Jeti Nelayan Sungai Tepi, dekat Bukit Malut di Langkawi pagi tadi.

Bukit Malut hampir ditenggelami lautan sampah
Bukit Malut hampir 'ditenggelami' sampah, apabila sisa buangan itu langsung tidak diuruskan dengan baik.

Bidaan Equanimity ditutup hari ini, dan pemenangnya...
Kapal layar penuh kontroversi itu dirampas pihak berkuasa Malaysia pada 7 Ogos dan mula dilelongkan sejak 29 Oktober dalam usaha kerajaan mengembalikan wang yang dilesapkan dalam skandal 1MDB.

Pilihan raya satu nikmat kepada pengundi - Tun M
Calon PKR Parlimen Langkawi itu melihat pilihan raya sebagai satu nikmat yang dibawa parti tertentu kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Langkawi bakal muncul pengeluar utama udang putih Amerika Selatan
Projek berskala besar di Bukit Malut yang dijangka bermula sebelum akhir 2018, juga disasarkan menjana hasil kira-kira RM1.5 bilion setahun selepas tiga tahun pelaksanaannya.

150 buah rumah di perkampungan nelayan Langkawi musnah dijilat api
Kira-kira 150 rumah setinggan musnah dalam satu kebakaran dekat Bukit Malut, Langkawi hari ini. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.