KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata segala hal berkaitan kelompongan dan kelemahan dalam Akta Lompat Parti sudah diperjelaskan oleh beliau semasa sesi penggulungan ketika ia diluluskan.
Justeru, beliau menasihatkan agar semua pihak tidak menuding jari kerana cadangan pindaan itu sudah diutarakan sejak awal akta itu mula dibincang untuk dibentangkan.
Wan Junaidi berkata, beliau telah meramalkan apa yang akan berlaku semasa akta itu sedang dirangka dan bertegas mahu memasukkan klausa yang menyatakan bahawa Ahli Parlimen yang melanggar kehendak parti akan kehilangan kerusi mereka secara automatik.
"Jawatankuasa Pemilihan berbincang hampir dua bulan maka RUU (Akta Lompat Parti) dapat (diluluskan) tapi dua syarat iaitu melanggar arahan parti dan melanggar arahan Whip digubal, digugurkan berlandaskan untuk dapat kelulusan di Dewan Rakyat.
"Jadi kalau Perikatan Nasional tak sokong, dua pertiga tak dapat dicapai. Kerana itulah RUU sekarang dikatakan ada kelemahan, bukan kerana jawatankuasa tak tahu.
"Kita tahu, sudah diberi amaran awal-awal lagi dari September 2021," katanya ketika muncul dalam Buletin AWANI, pada Isnin.
Justeru, beliau mencadangkan agar pindaan undang-undang dilaksanakan termasuk membawa kembali syarat kelayakan bertanding bagi mereka yang sudah meletak jawatan, selain parti sendiri meminda perlembagaan mereka.
"Pindaan rang undang-undang boleh dicadangkan dengan membawa balik syarat satu, membantah arahan atau prinsip parti, kedua ingkar arahan Whip dalam Parlimen serta bawa balik persoalan kehilangan kelayakan bertanding yang sudah wujud sebelum itu. Sesiapa letak jawatan tak boleh bertanding dalam lima tahun.
"Bawa syarat itu balik ke dalam Perlembagaan dan Parlimen, kalau bawa ke Parlimen perlu dua pertiga majoriti, ini payah. Sebagai pilihan yang kedua ialah untuk setiap parti meminda perlembagaan parti sendiri dengan syarat sama diletakkan dalam perlembagaan, iaitu siapa ahli parti yang ingkar arahan parti atau prinsip secara automatik hilang keahlian.
"Hilang keahlian dianggap dia melompat parti. Kedua tidak patuh arahan Whip semasa dalam Parlimen, dengan sendiri hilang kedudukan sebagai Ahli Parlimen," tambahnya.
Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Akta Anti Lompat Parti perlu diperhalusi dan ditambah baik kerana terdapat kejanggalan dalam akta tersebut selepas empat Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.
Pada 12 Oktober lalu, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak.
Tindakan itu diikuti Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman sebelum menyaksikan Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim turut berbuat demikian pada Selasa.
Seterusnya Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik mengisytiharkan sokongan terhadap Anwar pada Rabu.
Madiha Abdullah
Mon Nov 13 2023

Wan Junaidi telah meramalkan apa yang akan berlaku semasa akta itu sedang dirangka dan semua pihak juga sudah dimaklumkan. - Gambar fail/ Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.

Wan Junaidi, isteri tiba di Pulau Pinang bagi lawatan dan percutian rasmi
Wan Junaidi tiba pada 12.55 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas, dekat sini.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada Wan Junaidi
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Toh Puan Fauziah dahului senarai penerima darjah kebesaran sempena hari jadi TYT Sarawak
Isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mendahului senarai 1,046 penerima darjah kebesaran.

Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.

Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat kepada Perjanjian Malaysia 1963.

Formasi dron, pancaran laser warnai perasmian gilang-gemilang SUKMA 2024
Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.

SUKMA 2024: Sarawak bakal sajikan upacara pembukaan gilang-gemilang
Upacara itu akan memperlihatkan semangat perpaduan digambarkan menerusi gabungan pancaran laser yang pastinya memukau hadirin.

Ribuan umat Islam di Sabah dan Sarawak meriahkan sambutan Maal Hijrah
Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M di Sabah dan Sarawak hari ini dihadiri ribuan umat Islam bagi menghayati semangat hijrah dan perjuangan Rasulullah SAW.

Wan Junaidi beri penghormatan terakhir buat penerima SP
Yang Dipertua Negeri Sarawak memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Kpl (B) Etin Jam, seorang penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.