KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah membuktikan parti itu sudah bersedia untuk melakar sejarah baharu dengan kemenangan calon termuda, Syed Hamzah Datuk Wan Hamid, 37, sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu.
Graduan Sarjana Usuluddin Syariah Universiti Mut’ah Jordan itu antara 16 Ahli Majlis Tertinggi (MT) PBB baharu daripada sayap Bumiputera yang diumumkan Pengerusi Tetap PBB, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar pada Ahad.
Anak kelahiran Sibu itu percaya kehadirannya di dalam saf MT PBB telah membina satu jambatan yang kukuh bagi merapatkan jurang antara pucuk pimpinan utama dan belia untuk berdiskusi dalam pelbagai perkara, aspirasi atau isu berkaitan.
“PBB adalah parti yang terbuka, dan kini belia bukan sahaja berada di dalam pertubuhan 18-28, atau sayap pemuda sahaja kerana kini kami boleh seiringan dengan pucuk pimpinan tertinggi parti atau kerajaan.
“Ini adalah satu peluang untuk belia menyampaikan secara langsung idea-idea atau sumbangan dari akar umbi yang untuk disampaikan kepada Premier Sarawak dan kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui Astro Awani pada Ahad.
Tambah Syed Hamzah, pertubuhan pergerakkan belia PBB yang lebih progresif mencerminkan kematangan serta toleransi politik untuk golongan belia dari pelbagai etnik di Sarawak.
“Kini umur bukan penghalang untuk belia berbakti kepada parti, tidak semestinya tunggu umur 45 tahun baru sertai politik, kematangan sebenarnya penting untuk kita (PBB) tarik minat belia yang juga profesional untuk semakin terbuka dan kuat,” katanya lanjut.
Jelasnya, berada di dalam medan politik akan membuka laluan yang lebih jelas arah tuju untuk pembangunan belia terutama dalam usaha untuk memberikan hak pendidikan yang sama rata kepada anak-anak pedalaman negeri itu.
“Pendidikan yang holistik salah satu idea yang akan kita bawa, kita akan mengutarakan penguasaan bahasa Inggeris ke kawasan pedalaman, jangan terhad kepada kawasan bandar, masyarakat di sana mesti menerima manfaat pendidikan antaranya kelas tambahan yang baik.
“Kita mahu khususnya pendidikan bahasa Inggeris dapat diberikan dengan holistik kerana kepentingannya di peringkat global dan selaras agenda pembangunan kerajaan negeri,” ujarnya.
Nuzuluddin Abdul Razak
Sun Jun 19 2022
Ahli Majlis Tertinggi PBB termuda Syed Hamzah Datuk Wan Hamid, 37, menyifatkan kemenangannya membuka peluang untuk belia menyampaikan idea kepada Premier Sarawak secara langsung. - Foto Astro AWANI
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
AS tarik diri Majlis Hak Asasi Manusia PBB, henti dana untuk pelarian Palestin - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka menandatangani perintah eksekutif pada Selasa untuk menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tindakan Israel di Tebing Barat adalah 'jenayah' - Pelapor Khas PBB
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Palestin Francesca Albanese, menyifatkan tindakan Israel di Tebing Barat sebagai "jenayah,".
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
Lebih 423,000 penduduk menyeberang dari selatan ke utara Gaza - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan hampir 430,000 orang sedang bergerak dari selatan Semenanjung Gaza ke utara enklaf itu.
Ketua PBB gesa bantuan luar AS diteruskan susulan pengumuman Trump
Ketua PBB menyuarakan kebimbangan berhubung pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai pembekuan bantuan baharu kepada negara lain.
Jawatan Yang Dipertua, empat pemimpin utama PBB tidak dipertandingkan - Nanta
Borang penamaan calon untuk tujuh jawatan Naib Yang Dipertua serta 30 ahli majlis kerja tertinggi akan mula diedarkan beberapa hari lagi.
AI tidak boleh ganti elemen pembelajaran manusia yang penting - Ketua PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Jumaat berkata bahawa kecerdasan buatan (AI) tidak boleh menggantikan elemen penting manusia dalam pembelajaran.
630 trak bantuan kemanusian masuk Gaza - PBB
Trak-trak tersebut memasuki Gaza pada hari pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan pasukan pejuang Palestin, Hamas.
Hampir 200,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan Assad - PBB
Antara 8 Disember hingga 16 Januari, kira-kira 195,200 rakyat Syria telah kembali ke negara asal mereka.