KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong sebagai anggota Keadilan berkuatkuasa serta merta selepas kedua-dua Ahli Parlimen itu menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam satu kenyataan media pada Ahad.
"Keadilan memohon maaf kepada para pengundi di Julau dan Tebrau di atas sikap dua Ahli Parlimen yang telah membuat tindakan keluar parti hari ini.
"Majlis Pimpinan Pusat juga telah membuat keputusan hari ini untuk memecat YB Larry Sng, Ketua Cabang Julau, dan YB Steven Choong, Ketua Cabang Tebrau, sebagai anggota Keadilan dengan serta-merta.
"Jentera Keadilan di kedua-dua cabang tersebut diminta melipat gandakan usaha mendampingi rakyat, menyelesaikan isu dan masalah, serta bersiap sedia mengambil semula kerusi-kerusi ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 kelak," katanya.
Jelasnya lagi, Majlis Pimpinan Pusat juga telah berbincang bagaimana tindakan mahkamah akan diambil terhadap kedua Ahli Parlimen yang telah bertanding di atas tiket Keadilan telah mengkhianati mandat rakyat dan keluar parti.
"Majlis Pimpinan Pusat juga telah membincangkan tindakan mahkamah yang telah dan akan diambil terhadap mereka yang telah bertanding di atas tiket Keadilan tetapi telah mengkhianati mandat rakyat dan keluar parti," katanya lagi.
Tambah Saifuddin lagi, ketika wabak COVID-19 masih merebak dan ekonomi negara terus suram, namun darurat jelasnya digunakan sebagai alasan mengekalkan kuasa kerajaan yang telah hilang sokongan majoriti.
Ia bagi memberi masa mendapatkan sokongan Ahli-Ahli Parlimen melalui ugutan mahupun tawaran jawatan dan habuan katanya lagi.
"Walaupun dengan pengkhianatan dua Ahli Parlimen hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu sedar bahawa majoriti Ahli-Ahli Parlimen sudah tidak lagi bersama beliau.
"Beliau sepatutnya tidak lagi berusaha untuk mengekalkan Kerajaan yang lemah ini, tetapi meletakkan jawatan secara terhormat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan," jelas Saifuddin.
BACA: Langkah Larry Sng 'lemahkan' Anwar Ibrahim
BACA: Muhyiddin terima Akuan Bersumpah dua Ahli Parlimen pembangkang sokong PN
BACA: PN di landasan tepat, keputusan keluar parti demi rakyat - Larry Sng, Steven Choong
Fareez Azman
Sun Feb 28 2021

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata Majlis Pimpinan Pusat membuat keputusan untuk memecat keahlian dua Ahli Parlimen yang menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional. - Gambar fail/Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.