SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) melakukan rombakan terhadap Majlis Pimpinan Negeri di enam negeri berkuat kuasa serta-merta.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 18 Februari lalu.
"Penyusunan ini telah mengambil kira semua pandangan bagi memastikan PKR terus kukuh dalam mendukung agenda reformasi di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden).
"MPP juga bersetuju saya menjadi pemantau untuk perjalanan parti di Perlis dan Kedah manakala (Datuk Seri) Aminuddin Harun akan memantau PKR di Melaka," katanya dalam kenyataan, pada Selasa.
Dalam pada itu, penyusunan tersebut melibatkan pimpinan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.
Jika sebelum ini Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang, namun kini beliau hanya memberi tumpuan di Pulau Pinang.
Nurul Izzah akan dibantu Mohamad Abdul Hamid yang bertindak sebagai timbalan pengerusi.
Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang yang juga Naib Presiden PKR akan mengetuai Majlis Pimpinan Negeri Perak dan Mohamad Hairul Amir Sabri sebagai timbalan pengerusi.
Di Negeri Sembilan, Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Harun dilantik pengerusi manakala Muhammad Nazri Kassim sebagai timbalannya.
Di Perlis, PKR melantik Noor Amin Ahmad sebagai pengerusi manakala Gan Ay Ling bertindak timbalan pengerusi.
Kedah menyaksikan Nor Azrina Surip @ Nurin Aina Abdullah dilantik sebagai pengerusi dan Zamri Yusuf timbalan pengerusi, manakala Melaka, Mohd Rafee Ibrahim (pengerusi) dan R Jagatheason (timbalan pengerusi). - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 20 2024

Saifuddin Nasution berkata, keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 18 Februari lalu. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April
Semua pihak terlibat diarah kemuka hujahan bertulis selewat-lewatnya 2 April dan satu lagi sesi pengurusan kes akan diadakan pada 7 April untuk kemas kini pematuhan kepada arahan mahkamah.

PKR selar kenyataan Rafidah berkaitan usaha kerajaan bantu rakyat Palestin
Amidi berkata, dalam edisi terbaharu perang Hamas-Israel, rejim Zionis serang semua kemudahan awam termasuk masjid, sekolah dan hospital.

Pengurangan bayaran bon Zuraida: PKR fail rayuan ke Mahkamah Persekutuan
PKR memfailkan permohonan ke Mahkamah Persekutuan untuk mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang mengurangkan bayaran bon Datuk Zuraida Kamaruddin.

'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.

UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.

Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.

Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR

PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.

Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.

Langgar bon parti: PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Saifuddin akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar oleh Zuraida daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.