KUALA LUMPUR: Tidak sampai satu penggal atau kurang lima tahun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, pentadbiran kerajaan Persekutuan yang telah bertukar tiga kali akan diganti sekali lagi setelah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen hari ini.
Pembubaran itu memberi laluan kepada PRU ke-15 (PRU15) diadakan, sekali gus mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memberi mandat kepada parti mana yang akan dipilih membentuk kerajaan serta menghentikan suara-suara yang mempersoalkan keabsahan kerajaan.
"Parlimen Penggal Ke-14 melakarkan warna suram kepada landskap politik negara. Belum pernah terpateri dalam sejarah, berlakunya pertukaran tiga Perdana Menteri dan Kerajaan memerintah bersilih ganti dalam penggal yang sama. Ini memberi dampak memburuk terhadap sosiopolitiko-ekonomi," kata Ismail Sabri.
Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas sempena Pembubaran Parlimen ke-14 yang disiarkan secara langsung melalui saluran stesen televisyen tempatan dan menerusi Facebook Live Perdana Menteri.
Menelusuri gelora politik negara sejak 2018, kekalahan mengejut Barisan Nasional (BN) pada PRU14 selepas memerintah selama enam dekad mengubah landskap politik tanah air apabila parti pembangkang, Pakatan Harapan (PH) buat pertama kali menerajui tampuk pemerintahan kerajaan pusat dan beberapa negeri.
PH yang terdiri daripada PKR, DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menang dengan majoriti mudah selepas memenangi 113 kerusi manakala BN pula hanya memenangi 79 kerusi diikuti PAS (18), Parti Warisan Sabah (lapan), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) (satu) dan Bebas (tiga).
Kemenangan PH memberi tamparan hebat kepada BN, manakala Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Pengerusi Bersatu ketika itu mencatat sejarah apabila dilantik sebagai Perdana Menteri untuk kali kedua pada usia 92 tahun menerusi tiket parti yang pernah menjadi musuh politiknya.
Bagaimanapun, pelantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh datang dengan janji penyerahan jawatan itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tempoh dua tahun memerintah untuk membolehkan Presiden PKR itu menjadi Perdana Menteri kelapan.
Kemelut politik negara bermula dengan tekanan dari dalam kerajaan PH berhubung peralihan kuasa dan kegagalan mencapai kata sepakat membawa kepada beberapa pertemuan yang melibatkan pemimpin utama parti-parti politik termasuk 'cakap-cakap' mengenai penjajaran semula politik tanah air.
Kemuncaknya, beberapa pemimpin PH dan parti pembangkang mengatur pertemuan yang dikenali 'Langkah Sheraton' pada 23 Feb 2020 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, Selangor yang berakhir dengan kejatuhan kerajaan PH selepas 22 bulan memerintah.
Susulan Langkah Sheraton, pada 24 Feb 2020 Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu keluar PH dan lebih mengejutkan Dr Mahathir mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan pengerusi Bersatu pada hari sama sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri interim.
Langkah Sheraton turut menyaksikan PKR memecat Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden Zuraida Kamaruddin yang mengakibatkan sembilan lagi ahli Parlimen PKR keluar parti dan menjadi wakil Bebas.
Kemelut yang berlaku mengubah keseluruhan landskap politik dan pentadbiran negara apabila PH kehilangan tampuk pemerintahan. Perubahan pentadbiran di peringkat persekutuan turut menyebabkan PH 'kehilangan' negeri Johor, Kedah, Melaka dan Perak.
Seluruh negara yang ketika itu diancam pandemik COVID-19 memerlukan seseorang untuk mengemudi negara dan berikutan itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memanggil menghadap setiap Ahli Parlimen serta pemimpin utama parti di Istana Negara sebelum merujuk isu itu kepada Majlis Raja-raja.
Pada 29 Feb 2020, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menerajui kerajaan baharu Persekutuan, setelah mendapatkan pandangan Ahli-ahli Dewan Rakyat dan pemimpin parti-parti politik.
Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac 2020, sebelum membentuk kerajaan gabungan merangkumi Bersatu, BN (UMNO, MCA, MIC), PAS, STAR, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Maju Sabah (SAPP), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN).
Namun, pelantikan Muhyiddin tidak berupaya menstabilkan politik negara malahan berlarutan dan rakyat berterusan disajikan dengan pelbagai drama desakan terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin. Isu keabsahan Muhyiddin sebagai perdana menteri dan kerajaan PN menjadi perkara sering dibangkitkan pembangkang, pemimpin dan pemerhati politik.
Sepanjang lapan bulan pertama pentadbirannya, Muhyiddin terpaksa menangkis pelbagai usaha untuk menjatuhkan kerajaan PN, termasuk dakwaaan Anwar bahawa beliau mempunyai sokongan meyakinkan di Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu serta cadangan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri itu.
Selain itu, cadangan Muhyiddin berhubung kerjasama rentas parti untuk bersama-sama kerajaan PN menangani COVID-19 juga tidak diterima oleh parti-parti pembangkang serta penentangnya, sehingga beliau dilihat kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.
Susulan itu, beliau memutuskan untuk meletak jawatan pada 16 Ogos 2021 selepas memerintah selama 17 bulan, sebelum Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, menggantikan Muhyiddin.
Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 21 Ogos 2021 setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, sekali gus memberikan sinar harapan bahawa polemik politik yang melanda negara akan dapat ditamatkan.
Ahli Parlimen Bera itu memperoleh sokongan majoriti 114 Ahli Dewan Rakyat untuk membolehkannya membentuk kerajaan 'Keluarga Malaysia' bertunjangkan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.
Tanpa mengambil masa panjang, Ismail Sabri mengambil langkah drastik dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan PH pada 13 Sept 2021, bagi membentuk satu kerjasama dwipartisan dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia.
Dengan termeterainya MoU itu, suhu politik negara kembali reda dengan tumpuan semua pihak ketika itu terarah kepada usaha pemulihan negara, merangkumi pelbagai aspek, yang terjejas berikutan pandemik COVID-19.
Perjalanan politik selepas PRU14 yang mencatatkan sejarah apabila berlaku pelantikan tiga Perdana Menteri pastinya tidak akan dilupakan seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa.
Sejarah yang tercatat ini juga membuka mata seluruh rakyat Malaysia dalam menilai dan memilih siapakah yang akan diundi mereka pada PRU15 untuk menerajui tampuk pemerintahan supaya kemelut yang berlaku pada penggal lepas tidak berulang lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 10 2022
![PM bertukar tiga kali dalam satu penggal, Malaysia catat sejarah tersendiri PM bertukar tiga kali dalam satu penggal, Malaysia catat sejarah tersendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665394374_IsmailSabriYaakob.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan perutusan khas di Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA
![Hamas tangguh pembebasan tebusan, tentera Israel diarah ‘bersiap sedia’ Hamas tangguh pembebasan tebusan, tentera Israel diarah ‘bersiap sedia’](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739229223_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas tangguh pembebasan tebusan, tentera Israel diarah ‘bersiap sedia’
Penangguhan ini "sebagai amaran" kepada Israel dan bertujuan memberi tekanan agar "mematuhi sepenuhnya" terma perjanjian gencatan senjata.
![Maybank tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia Maybank tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/61584424236_maybank.jpg)
Maybank tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia
Malayan Banking Bhd (Maybank) sekali lagi tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia dengan meraih kedudukan baharu di tangga ke-472.
![Perbincangan mengenai kabel dasar laut Sarawak-Singapura akan dimuktamadkan tidak lama lagi Perbincangan mengenai kabel dasar laut Sarawak-Singapura akan dimuktamadkan tidak lama lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739221824_KabelDasarLaut.jpg)
Perbincangan mengenai kabel dasar laut Sarawak-Singapura akan dimuktamadkan tidak lama lagi
Perbincangan akan dimuktamadkan dalam suku pertama tahun ini, diikuti dengan kemungkinan pemeteraian perjanjian antara Malaysia dan Singapura.
![Pendakwa raya mohon hukuman penjara 15 tahun terhadap lelaki yang serang bekas PM Jepun Pendakwa raya mohon hukuman penjara 15 tahun terhadap lelaki yang serang bekas PM Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681723590_RyujiKimura.jpg)
Pendakwa raya mohon hukuman penjara 15 tahun terhadap lelaki yang serang bekas PM Jepun
Ryuji Kimura didakwa melemparkan satu alat letupan ke arah Kishida, yang sedang berjalan berhampiran orang ramai di Bandar Wakayama pada April 2023.
![Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739223444_YoonSukYeolSouth.jpg)
Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan
Mahkamah Daerah Pusat Seoul menetapkan 20 Feb sebagai tarikh pendengaran bagi menyemak permohonan Yoon untuk membatalkan penahanannya dan membebaskannya.
![3 maut, 4 hilang selepas bot laju terbalik di Kalimantan Utara 3 maut, 4 hilang selepas bot laju terbalik di Kalimantan Utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739222026_KalimantanUtara.jpg)
3 maut, 4 hilang selepas bot laju terbalik di Kalimantan Utara
Sebuah bot laju yang membawa 30 penumpang terbalik di Bulungan, Kalimantan Utara pada Isnin.
![Penglibatan lebih ramai pemain industri, pekebun kecil tingkat pengeluaran koko negara - Johari Penglibatan lebih ramai pemain industri, pekebun kecil tingkat pengeluaran koko negara - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739223619_JohariAbdulGhani.jpg)
Penglibatan lebih ramai pemain industri, pekebun kecil tingkat pengeluaran koko negara - Johari
Negara pada masa ini hanya mampu menghasilkan kira-kira 450 tan biji koko setahun, berbanding 300,000 tan setahun sekitar 20 tahun lepas.
![Lebih 50 peratus rakyat Amerika setuju dengan prestasi kerja Trump - Tinjauan Lebih 50 peratus rakyat Amerika setuju dengan prestasi kerja Trump - Tinjauan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738813756_DonaldTrump.jpg)
Lebih 50 peratus rakyat Amerika setuju dengan prestasi kerja Trump - Tinjauan
Pada masa sama, 47 peratus responden tidak bersetuju dengan prestasi Trump di Rumah Putih.
![Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739181364_AbangJohari.jpg)
Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari
Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih.
![Vaksin influenza percuma untuk warga emas langkah progresif, tingkatkan kesejahteraan di usia emas Vaksin influenza percuma untuk warga emas langkah progresif, tingkatkan kesejahteraan di usia emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652936420_Vaccine.jpg)
Vaksin influenza percuma untuk warga emas langkah progresif, tingkatkan kesejahteraan di usia emas
Warga emas iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas akan menikmati vaksin influenza secara percuma bermula 18 Februari 2025.
![Presiden Serbia bubar Parlimen, pilihan raya awal dijadual pada 17 Disember Presiden Serbia bubar Parlimen, pilihan raya awal dijadual pada 17 Disember](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675485831_AleksandarVucic.jpg)
Presiden Serbia bubar Parlimen, pilihan raya awal dijadual pada 17 Disember
Aleksandar Vucic meminta rakyat dan ahli politik untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya itu.
![Thailand bubar Parlimen, tetapkan pilihan raya pada Mei Thailand bubar Parlimen, tetapkan pilihan raya pada Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669110173_ThailandFlag.jpg)
Thailand bubar Parlimen, tetapkan pilihan raya pada Mei
Raja Maha Vajiralongkorn telah mengesahkan dekri untuk membubarkan Parlimen, menurut Warta Diraja yang diterbitkan pada Isnin.
![Thailand akan bubar Parlimen pada Mac, pilihan raya 7 Mei Thailand akan bubar Parlimen pada Mac, pilihan raya 7 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/41585835343_prayuth.jpg)
Thailand akan bubar Parlimen pada Mac, pilihan raya 7 Mei
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha akan membubarkan parlimen pada Mac dan pilihan raya mungkin akan diadakan pada 7 Mei.
![PRU15: Mahkamah putuskan PM tak perlu berunding dengan Kabinet untuk bubar Parlimen PRU15: Mahkamah putuskan PM tak perlu berunding dengan Kabinet untuk bubar Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665739806_TBROSMAHCOURT.jpg)
PRU15: Mahkamah putuskan PM tak perlu berunding dengan Kabinet untuk bubar Parlimen
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkata Ismail Sabri berhak membuat keputusan sendiri kerana itu adalah hak mutlak beliau sebagai Perdana Menteri.
![Pasukan Jihad Tangani Inflasi masih berfungsi, tidak bubar - Annuar Pasukan Jihad Tangani Inflasi masih berfungsi, tidak bubar - Annuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666079060_AnnuarMusa.jpg)
Pasukan Jihad Tangani Inflasi masih berfungsi, tidak bubar - Annuar
Annuar berkata pasukan itu juga tidak dibubarkan kerana masalah berkaitan inflasi masih lagi menjadi tanggungjawab kerajaan ketika ini.
![Keputusan pembubaran DUN Pulau Pinang diketahui petang Rabu Keputusan pembubaran DUN Pulau Pinang diketahui petang Rabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61664700586_AnthonyLokeSiewFo.jpg)
Keputusan pembubaran DUN Pulau Pinang diketahui petang Rabu
Keputusan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan diketahui selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada petang Rabu.
![PRU15: UMNO mohon bubar Parlimen demi kemaslahatan, masa depan rakyat - Zahid PRU15: UMNO mohon bubar Parlimen demi kemaslahatan, masa depan rakyat - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665387613_ZahidHamidi.jpg)
PRU15: UMNO mohon bubar Parlimen demi kemaslahatan, masa depan rakyat - Zahid
UMNO memohon Parlimen dibubarkan ketika kerajaan campuran berada di puncak kuasa demi kemaslahatan dan masa depan rakyat serta negara, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
![Pas kecewa situasi memaksa Parlimen dibubar tergesa-gesa - Abdul Hadi Pas kecewa situasi memaksa Parlimen dibubar tergesa-gesa - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662189191_PAS.jpg)
Pas kecewa situasi memaksa Parlimen dibubar tergesa-gesa - Abdul Hadi
Pas melahirkan rasa kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan yang agak tergesa-gesa.
![PRU15: BN perlu bertanggungjawab jika berlaku kemudaratan - Hannah Yeoh PRU15: BN perlu bertanggungjawab jika berlaku kemudaratan - Hannah Yeoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81639988322_HannahYeoh.jpg)
PRU15: BN perlu bertanggungjawab jika berlaku kemudaratan - Hannah Yeoh
Hannah Yeoh berharap BN akan bertanggungjawab seandainya berlaku sebarang kemudaratan akibat PRU15 yang diadakan semasa musim bah.
![PRU15: 'Ini masa untuk memecut' - Rafizi PRU15: 'Ini masa untuk memecut' - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648520109_RafiziRamli.jpg)
PRU15: 'Ini masa untuk memecut' - Rafizi
Rafizi berkata ada kemungkinan PRU15 akan berlangsung sebelum minggu kedua November.