KUALA LUMPUR: Walaupun beberapa hari lepas mereka 'bertempur' di medan Pilihan Raya Umum ke-15, ramai pemimpin politik tanah air tampil menzahirkan ucapan tahniah dan kata-kata nasihat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10.
Antaranya Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dan Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) S. Arutchelvan.
Wee menjunjung kasih ke atas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10 dan menghormati keputusan Seri Paduka bagi membentuk sebuah kerajaan perpaduan demi membangunkan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat.
"Semoga dengan kepimpinan Perdana Menteri baharu ini, negara kita dapat menghapuskan politik dendam dan mengelak daripada sebarang perpecahan dalam sebuah masyarakat majmuk.
"Masa depan negara perlu ke arah kesederhanaan dan meraikan kepelbagaian. Semoga Malaysia menuju ke arah kestabilan dan kemakmuran," katanya melalui hantaran di laman Facebook, pada Khamis.
Pada masa sama, Bung Moktar menerusi ciapan di Twitter beliau juga mengucapkan tahniah selepas penantian lebih 20 tahun Anwar berakhir, setelah dia mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri yang baharu di hadapan Seri Paduka petang ini.
"Buat yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya.
Seterusnya, Mukhriz berkata pihaknya berharap penubuhan kerajaan yang dianggotai Pakatan Harapan, BN, Gabungan Parti Sarawak dan lain-lain akan menstabilkan keadaan politik yang bergelora lebih dua tahun.
Beliau juga berkata rakyat mengharapkan sebuah kerajaan yang memberi tumpuan kepada krisis ekonomi yang dijangka lebih buruk tahun hadapan, kenaikan harga barang yang membebankan dan pandemik COVID-19 yang masih mengancam nyawa.
"Pejuang doakan kerajaan penggal ke-15 di bawah kepemimpinan Anwar akan menakhodai Malaysia keluar dari lautan yang bergelora ini dan memulihkan negara, sekali gus meletakkannya kembali di atas landasan yang benar," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Turut senada, Arutchelvan dalam satu kenyataan berkata PSM berharap beliau akan berusaha untuk menyatukan seluruh negara serta menjaga kepentingan rakyat.
"Kami berharap dasar-dasar terbaik dan reformasi demokrasi yang progresif jadi teladan," katanya.
Ahmad pula berharap Anwar memperbaiki ekonomi rakyat dan ekonomi negara dengan menjadikan usaha membasmi kemiskinan sebagai fokus utama.
"Kos hidup mesti dikurangkan. Pendapatan kerajaan mesti ditambah. Pendidikan dan kemahiran tinggi orang muda.
"Bangunkan kawasan desa. Adil kepada semua kaum. Hebatkan #Malaysia peringkat antarabangsa," katanya menerusi ciapan di Twitter beliau.
Sementara itu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendoakan semoga Malaysia bertambah baik di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri dan berharap semua pihak dapat menerima baik pelantikan Anwar itu.
“Meskipun mengambil masa beberapa hari, dan diikuti oleh seluruh dunia proses yang berlaku ini, namun kita bersyukur kepada Allah ia berjalan dengan baik tanpa sebarang kejadian tidak diingini,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Pengerusi BN itu juga berkata semua pihak wajib menjujung titah Yang di-Pertuan Agong supaya bekerjasama membangunkan negara serta mengelakkan kemelut politik yang boleh merencatkan ekonomi dan pembangunan negara.
“Keputusan ini perlu diterima dengan baik oleh semua pihak kerana ia sudah diperhalusi dengan sebaiknya oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2022
Anwar mengaminkan bacaan doa selepas selesai menandatangani Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara, Kuala Lumpur, 24 Nov 2022. --fotoBERNAMA
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Lawatan ke UAE buahkan kejayaan bermanfaat untuk rakyat, negara - PM Anwar
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan memainkan peranan lebih luas dan meningkatkan kerjasama strategik dalam beberapa bidang.
Perancis alu-alukan inisiatif baharu Malaysia di bawah kepengerusian ASEAN
Perancis mengalu-alukan kemajuan dan inisiatif baharu Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Kedudukan unik Malaysia bantu rangka dasar ekonomi komprehensif, mampan
Malaysia beruntung kerana stabil dari segi politik walaupun mempunyai rakyat yang berbilang budaya, agama dan bangsa.
Lawatan kerja: PM adakan perbincangan dengan Presiden Kenya, Uganda
Kenya dan Uganda menyatakan kesepakatan meningkatkan perdagangan dua hala dengan Malaysia.
MY-UAE CEPA: Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
MY-UAE CEPA telah mencipta rekod baharu untuk Malaysia sebagai perjanjian perdagangan bebas paling pantas dimuktamadkan.
MY-UAE CEPA tingkat akses pasaran, kurangkan tarif perdagangan – PM
Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) membuka lembaran baharu dalam hubungan perdagangan dua hala.