SHAH ALAM: Kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak lagi dianggap kubu kuat UMNO ketika ini memandangkan Perikatan Nasional (PN) mula bertapak dan membina pengaruh kuat di tanah rancangan itu.
Ketua Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, peralihan sokongan pengundi di segmen itu dipengaruhi dua faktor utama iaitu naratif Melayu dan Islam yang diangkat gabungan berkenaan.
“Majoriti sokongan orang Melayu khususnya di luar bandar dalam aspek politik berada dalam dua elemen ini, semangat Melayu dan semangat Islam. Sebelum ini naratif Melayu banyak dipegang oleh UMNO, manakala naratif Islam banyak dipegang oleh Pas.
“Disebabkan pelbagai faktor dalaman dan luaran, sekarang UMNO sedikit kehilangan naratif Melayu. Kedua-dua naratif Melayu dan Islam sekarang banyak dipegang oleh PN, khususnya Pas.
“Pas dilihat oleh orang Melayu sebagai penyelamat Melayu dan Islam mutakhir ini, inilah persepsi politik orang Melayu sekarang khususnya di luar bandar,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan pemimpin pembangkang Felda kini bukan lagi menjadi kubu kuat UMNO, namun ia sudah berubah menjadi kubu kuat Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Menurut Mohd Yusri, atas faktor yang dinyatakan tersebut menjadi punca PN berjaya menembusi kubu kuat UMNO sebelum ini termasuk Felda.
Pada Isnin, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan mendakwa kawasan penempatan Felda kini tidak lagi menjadi kubu kuat UMNO.
Katanya, perkara itu terbukti apabila sokongan peneroka dilihat sudah beralih kepada PN dalam pilihan raya baru-baru ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 28 2023
!['PN makin bertapak, bina pengaruh kuat di Felda' 'PN makin bertapak, bina pengaruh kuat di Felda'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695863401_tbMohdYusriIbrahim.jpg)
Kawasan Felda tidak lagi dianggap kubu kuat UMNO ketika ini memandangkan PN mula bertapak dan membina pengaruh kuat di tanah rancangan itu. Gambar kecil: Mohd Yusri Ibrahim. - Foto Sinar Harian
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
![Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720071429_DATUKDRZAINIHUSSI.jpg)
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
![Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733572258_PPSTumpat.jpg)
Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.
![Johor hasrat perluas tanaman lada hitam Johor hasrat perluas tanaman lada hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732531790_tbZahariSarip.jpg)
Johor hasrat perluas tanaman lada hitam
Johor berhasrat memperluas tanaman lada hitam berskala sederhana di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Datuk Zahari Sarip.
![Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730798372_SuzanaIdayuWatiOs.jpg)
Suzana Idayu Wati wanita pertama dilantik Pengarah Besar Felda
Ahli Lembaga Pengarah Felda Datuk Suzana Idayu Wati Osman dilantik sebagai Pengarah Besar Felda yang baharu berkuat kuasa hari ini, menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan berkenaan.
![Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727705597_FELDA.jpg)
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
![12 cedera dua kereta bertembung di Jengka 12 cedera dua kereta bertembung di Jengka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727614644_kemalangan.jpg)
12 cedera dua kereta bertembung di Jengka
Sebanyak 12 individu termasuk empat kanak-kanak cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Felda Jengka 4 menghala Maran hari ini.
![Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726274934_Taveekun.jpg)
Taaveekun, KPF Agro Properties perluas kerjasama, edar baja perapi tanah untuk ladang Felda
Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kolaborasi bersama KPF Agro Properties Sdn. Bhd dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang FELDA di Malaysia
!['Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar 'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726131423_AnwarIbrahim.jpg)
'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726120309_AnwarIbrahim.jpg)
Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan - Anwar
Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan adakan perbincangan untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan.
![Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726120309_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia mahu berbaik dengan semua negara - Anwar
Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.